Thursday, December 23, 2010

Si kecil itu...



Sejuk hati melihat keletah dan gelagat kanak-kanak. Tersenyum gembira dan riang sentiasa. tapi, kadang-kadang sangat menguji kesabaran. Cuti sem baru-baru ini saya banyak meluangkan masa bersama kanak-kanak. menjaga anak saudara, mengajar budak-budak mengaji dan terlibat dengan program bersama kanak-kanak. Sungguh mencabar!


Ayuh panjat pokok!..Muhammad Muiz Abqari bersama abangnya

ramainya kanak-kanak ini..



Iman Sofea Ikmal Hisham, seorang yang banyak "mulut", penat nak layan soalan2 dia.



Anak-anak suadara bersama atuk dn neneknya..


Muhammad Haziem Azfar & Muhamad Raid Rifqi


Nurin Dania Syahmina Mohd Ransaimon



Muhammad Mukhlis Wafi Mohd Lazim


Muhammad sufi amsyar sedang ketawa dengan gembiranya..


Muhammad Rodhi Amzar Mohd Lazim


Muhammad Sufi Amsyar Mohd Lazim sedang tidur


Ini adalah sebahagian daripada koleksi gambar anak-anak saudara saya yang kini berjumlah 12 orang, mungkin akan bertambah lagi dalam masa terdekat ni..=p



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, ketika dia berjalan-jalan dia terlihat seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai Atukku saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai Atuk,Atuk adalah orang yang berakal, tidakkah Atuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Tuesday, December 14, 2010

JNS kembali lagi...



Jambori Nisa' Selangor kembali lagi...


TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H


TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.


MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)


SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)


PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.


OBJEKTIF
-Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
-Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
-Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
-Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
-Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.


BENTUK PENGISIAN PROGRAM
-Ceramah dan diskusi dua hala.
-Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
-Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
bimbingan intensif fasilitator.
-Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
-Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
-Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)



p/s : Sekali lagi untuk kali keduanya saya tidak berpeluang untuk menyertai JNS ini. Tahun lepas sebab bertindan dengan program lain, tahun ni pn bertindan dengan program lain juga. Kebetulan kali ini saya dah kembali ke kampus. Sedih. Minta maaf banyak2 kepada kak tina, ketua Nisa Kapar kerana tidak banyak terlibat dengan program2 nisa' dan terpaksa menolak semua program saat akhir kerana kekangan masa cuti dan program2 kampus yang perlu diberi perhatian. huhu

Sunday, December 12, 2010

teruskan langkah ini...



Semester 2, 2010/2011

Semester baru

Tahun baru

Semangat baru

Azam baru

Harapan baru

Lahirlah jiwa dan diriku yang baru


Mengharapkan kekuatan untuk meneruskan langkah ini, andai kegagalan di pertengahan jalan, mohon Allah tunjukkan yang terbaik buatku


Biarpun akademik, ijazah, dan CGPA bukanlah tiket untuk menjamin kita memasuki syurgaNya, namun andai tidak di beratkan, ia akan mnjadi fitnah kepada Islam.

Semoga diri ini masih terus tegar dalam perjuangan Islam


Allah memberikan kesusahan demi kesenangan.... Allah hantarkan keperitan untuk sebuah kebahagiaan.... Allah turunkan kesedihan untuk secebis harapan... Kalau kita betul2 memikirkan setiap kejadian Tuhan, kita akan menyedari bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu untuk menyusahkan hamba2Nya melainkan untuk kebaikan hamba2Nya... Fikirkan sejenak & renungkan!!!


Tahun 3, sem 1
Kulliyyah of Science
Bachelor of Biomedical Science
IIUM kuantan campus
-Talhah 6-

Dakwah itu cinta



Cerita suatu hari...

Pegawai : Assalamualaikum usth

Saya : waalaikumussalam. Eh, saya bukan ustazah..

(saya pun buatlah 5 perkara sebelum memulakan perjalanan, hampir2 terlupa pakai seatbelt..mujur dia ingatkan.huhu)

Pegawai : awak orang jawa ke? Rantau panjang kt mana? (setelah dia melihat kad keterangan saya)

Saya : aah..orang jawa, rantau panjang dekat2 sini je. Encik ni ore kelate ko?

Pegawai : aah, macamna awak boleh kecek klate? Awak orang mana sebenarnya?

Saya : kelate alik mano encik? Saya belajar kat kuantan, rama sain2 kelate sano. Sampai bulih kecek kelate doh loni..=)

Pegawai : ohh..bulih la lpas ni nikoh dengan ore kelate, ke nak nikoh nge ore jawa gak? saya asal kota bharu. Rajin gi sano?


Saya : x sey la nikoh ore klate, penah la gi sano 2,3 kali


Pegawai : awak belajar kat mana? Amik jurusan apa?


Saya : saya belajar kat uia, amik bioperubatan

Pegawai : ohh, doctor la ni ye?

Saya : tak la, saya bukan doctor, insyAllah jd saintis jah..huhu


Pegawai : nanti awak belajar sungguh-sungguh deh, biar bulih jadi saintis yang mukminah.


Saya : insyAllah..


pegawai itu pun bercerita serba ringkas latar belakang keluarganya, anak2 dan isterinya setelah ditanya oleh saya. Mempunyai 6 orang anak. Anaknya yang sulung berumur 17 tahun, sedang menduduki SPM di SMKA Naim lilbanat, isterinya berasal dari bentong dan mengajar di sana. Tiap2 minggu beliau akan pulang ke Bentong untuk bersama isteri dan anak-anaknya.

Pegawai : saya sakit mata betul kalu tengok perempuan2 yang pakai pakaian yang tak cukup kain ni, baju pendek sampai nampak punggung, tudung pendek tak tutup dada..baju kecil supo pakai baju adik jah, saya selalu tegur orang-orang macam ni, mana yang saya mampu tegur, saya akan cakap. Yela, kadang2 dorang ni nak lulus je. Jadi kita kenalah bising2 skit pasal ni kt dorang. Saya ni kuat p**, jadi tak suka tengok benda2 yang mungkar ni. Awak pn sama juga ke? Ni baju dah hijau ni..(merujuk kepada baju dan tudung yang saya pakai)

Saya : Ya Allah, bagusnya..sepatutnya kita kena lahirkan pegawai2 JPJ yang berfikiran macam encik ni kan, yela..nk katanya medan dakwah itu luas kn, jd pegawai JPJ pn boleh nk dakwah orang. Hihi. insyAllah samalah fikrah kita.

Pegawai : saya bukan apa..benda hok baik, kebenaran itu harus dipertahankan. Takkan kita nak sokong benda hok salah. Tak gitu? (merujuk kepada fikrah islam dia). awak lepasan sekolah agama ke dulu?
Saya : aah, sekolah agama kat shah alam.

Saya pun duk borak-borak lagi dengan dia. Seronok pulak kecek klate dengan dia. Sambil-sambil dia tegur cara saya memandu.

Banyak borak-borak dengan dia sampai hilang terus rasa takut dan gementar.
Apabila telah sampai kembali di tapak ujian, sebelum keluar kereta, beliau masih berkata perkara yang sama, insyAllah saya akan ingat pesanan dia ; semoga berjaya menjadi saintis yang mukminah, teruskan perjuangan ini sampai bila-bila, jangan beralih kepada yang lain pulak. Saya hanya tersenyum sambil dalam hati saya mengaminkn doa-doa dan harapan beliau. Setelah memberi salam, saya pun keluar dari kereta dengan perasaan yang gembira kerana telah lulus ujian JPJ pada hari itu. Alhamdulillah.

Sebenarnya banyak lagi perbualan dengan dia, tapi, mungkin tidak penting untuk saya menulisnya semua disini. Dan sebenarnya semua perbualan tersebut adalah dalam loghat kelate, maaf kerana saya tidak reti nak menulisnya dengan bunyi kelate. Takut tersalah eja, kelakar pula bunyinya nanti. Marah orang Kelantan nanti. (^-~)

Secara jujurnya, saya sangat bersyukur dan bertuah diberikn peluang berjumpa dengan beliau. Bukan mudah hendak bertemu dengan pegawai JPJ seperti itu. Seorang pegawai kerajaan yang mempunyai fikrah islam yang kuat. Tanpa kopiah di kepala, jubah dan penampilan yang dianggap wara’ tetapi Berani menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwah orang secara tidak langsung, hatta usaha itu mungkin dilihat sangat kecil dan tidak standing dengan orang2 yang keluar berdakwah atau berceramah seperti ustaz/ah diluar sana, namun peluang yang ada di depan mata tidak disia-siakn oleh beliau untuk berdakwah. Semoga Allah yang selayaknya membalas segala usaha-usaha beliau. Ameen.

Moralnya : berdakwahlah dimana sahaja anda berada, dan apa jua kedudukan kerjaya anda. Anda seorang doctor, pemandu bas, juruwang pasar raya, pengurus syarikat, peniaga, penulis, kontraktor, hatta jika anda seorang tukang cuci sekalipun! Sampaikanlah cahaya-cahaya islam itu kerana banyak jiwa-jiwa yang amat memerlukannya. Biarlah sedikit usaha itu, namun kesannya mungkin besar di mata mereka dan amatlah besar ganjarannya pada pandangan Allah.


Apabila daie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah islam kerananya, dan runtuhlah dakwah di tangannya. Sahabat..kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkat-kata, bukanlah kecantikan paras rupa, bukan juga dengan aktif berpersatuan, tapi terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya. Maka, waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu.

Sunday, November 14, 2010

Mencari hati yang redha


14 November 2010

Kuliah maghrib, di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Tajuk : hati yang redha
kitab : tak pasti kitab apa..huhu

Redha dengan bala yang menimpa kita, haruslah memandang dan melihatnya dengan akal yang waras. Secara tabiatnya, kita akan benci. Tapi secara akalnya kita akan redha dengan sebab kita mengetahui akan besarnya pahala yang dapat apabila kita redha dengan bala tersebut.

Sebagai contohnya, seorang yang sakit, dia redha dengan makan ubat yang pahit dengan tujuan untuk sembuh kerana secara adatnya ubat dapat menyembuhkan penyakit. Tidak kira walaupun ubat itu mahal sekalipun.

Begitulah juga perumpamaan bagi orang mukmin yang ditimpa musibah/bala, mereka merasa selesa dengan taqdir Allah ini kerana di sebalik kesakitan, Allah nak bagi pahala. Perlu i'tiqad dalam hati, setiap sesuatu yang Allah buat, ada hkmah yang tersendiri, apabila kita faham hal ini, ia akn membawa kita kepada redha.

Ustaz ada membawakan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir di dalam surah al kahfi. Terlalu banyak persoalan Nabi Musa kepada Nabi khidir pada setiap peristiwa yang mereka temui. Akhirnya, Musa mendapat juga jawapan pada setiap peristiwa tersebut. (boleh rujuk tafsir surah al-kahfi bermula ayat 58 dan seterusnya)


Melahirkan sifat redha dalam diri tidak semudah seperti yang disangka. Perlu melatih diri. Kerana kebiasaanya walaupun kita redha, tetapi dalam hati masih ada lagi sedikit perasaan tidak puas hati/perasaan tidak senang itu.

Ada Satu lagi kisah yang Allah datangkan semasa zaman nabi dlu untuk renungan kita. Ada seorang kaya kehilangan duitnya sebanyak 1000 dinar dalam perjalanannya semasa berhenti rehat di suatu tempat. Kemudian, datang orang kedua, (pencuri) yang smpai ke tempat itu lantas mengambil karung duit yang dia jumpa itu dan terus sahaja berlalu dari situ. Selepas itu, datang pula orang ketiga, iaitu seorang miskin datang berehat, minum air dan akhirnnya terlelap di tempat tersebut. Kemudian, apabila orang kaya itu menyedari bahawa kantung duitnya itu tercicir di tempat rehat itu, dia lantas berpatah balik dan mendapati orang miskin itu sedang tidur dan terus sahaja menanyakan tentang duitnya yang hilang, akn tetapi orang miskin itu tidak tahu menahu akan hal itu. Lantas orang kaya itu terus membunuh orang miskin yang tidak bersalah itu. Anda fahamkan kisah ini? maaf la kalu tak pandai nak bercerita..huhu

Apabila sahabat-sahabat mengetahui hal ini, maka mereka pun datang bertanya kepada Nabi mereka kenapa orang miskin yang tidak bersalah itu dibunuh sedangkn pencuri yang sepatutnya terus lepas begitu sahaja. Maka, mereka seakan-akan tidak berpuas hati dengan Allah akan nasib mereka2 yang terlibat ini.

Namun, Nabi pun bertanya kepada Allah, apakah hikmah disebalik kisah ini?

Maka Allah menjawab, bahawa dahulunya ayah kepada orang kaya itu telah dibunuh oleh orang miskin tersebut. Maka sekarang, anaknya telah pun membunuh siapa pembunuh ayahnya dahulu sekalipun orang kaya itu tidak mengetahui perkara ini.

Allah menjawab lagi, bahawa ayah kepada orang kaya itu juga dahulunya pernah mencuri duit orang lain sebanyak 1000 dinar. Maka, sekarang anaknya menerima balasan kehilangan duit juga pada jumlah yang sama.

Adilkan Allah? Tidak menimpakan balasan itu pada orang yang sebenarnya dan pada masa itu, tetapi Allah berikan balasan itu pada orang2 yang ada kaitan dengannya. Maksudnya, kita menerima tempiasan atas amal baik atau amal buruk sesorang.


Bnyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah, dengan itu kita akan memperoleh hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku.

Next tajuk : Ingat akan mati, menjadikan kita hamba yang kuat beramal

p/s : masih teringat2 lagi kuliah tasawuf, kitab Tajul 'urus oleh ustaz fuad di madrsah kubur, pondok pasir tumbuh. Menggamit rindu akan saat itu, insyAllah road to kelntan.


Iktikaf hamba
8 Zulhijjah 1431 H
kamar Arrahman

Keberkatan Bismillah


10 November 2010

Kuliah maghrib, kitab 'aqidatunnajin
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Setiap pekerjaan yang tidak dimulakan dengan Bismillah, maka kuranglah keberkatannya


a. Basamalah (Bismillah) menjelaskan 3 Nama Allah yang amat luas skopnya; Allah, al-Rahman dan al-Rahim.

b. Basmalah itu sendiri merupakan ayat tergantung. Ia disambungkan dengan perbuatan si-pembaca tersebut.

1a. Allah - dinamakan lafaz Jallaalah. Syiekh Salih al-Munajjid menyebut :-

هو الاسم الأعظم وهو أعرف المعارف الغني عن التعريف ، وهو علم على الباري جل جلاله مختص به دون سواه والصحيح أنه مشتق من أله يأله ، ألوهة وإلهة
فهو إله بمعنى مألوه أي معبود فهو : ذو الألوهية .
"(Allah) iaitu nama yang Agung dan ia amat dikenali sehingga tidak perlu kepada penjelasan, ia merupakan nama kepunyaan ekslusif kepada pembuat dan tidak ada yang menyamainya. Pendapat yang sahih ialah ia diambil dari kata dasar ALIHA; iaitu dia adalah Tuhan (ilaah), dengan makna ia di sembah dan 'divine'."

1b. al-Rahman -

اسم من أسماء الله الخاصة به ، ومعناه ذو الرحمة الواسعة لأن وزن فعلان : يدل على الامتلاء والكثرة وهو أخص أسماء الله بعد لفظ الجلالة ، كما أن صفة الرحمة هي أخص صفاته ولذا غالبا يأتي ترتيبها بعد لفظ الجلالة كما في قوله تعالى ( قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن .. الآية )
"salah satu dari nama-nama Allah yang khas untuknya. Maknanya : yang memiliki Rahmah yang meluas, kerana sesungguhnya wazan fa'laan menunjukkan sepenuhnya dan banyak. Ia merupakan nama yang sangat khusus selepas lafaz/nama Allah (Jallaalah), sebagaimana Rahmah merupakan sifatnya yang khusus. malah nama ini biasa akan muncul selepas nama Allah, sebagaimana ayat :'Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman" ' [al-Isra’ 17:110].

1c. al-Rahim :-

اسم من أسماء الله : معناه الموصل رحمته إلى من يشاء من عباده
"Salah satu nama dari nama2 Allah. Maknanya Dia yang menyebabkan rahmat itu sampai kepada hambanya yang dia kehendaki"

Misalan ini boleh didapati didalam 2 ayat al-Quran dibawah ini :-

وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
"Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). "[al-Ahzaab 33:43]

إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka." [al-Tawbah 9:117]

Ibn Qayyim didalam kitabnya Badaa’i’ al-Fawaa’id (1/24) berkata :

ولم يجئ قط ( رحمن بهم ) فعلم أن رحمن هو الموصوف بالرحمة ، ورحيم هو الراحم برحمته
"dan tidak digunakan perkataan 'Rahman' [ddialam ayat diatas], maka kita tahu bahawa Rahman bermakna dia yang mempunyai sifat 'rahmah', dan al-Rahim bermaksud kepada siapa yang diberikan rahmahnya"
-------------

2a. Ulama2 juga mengatakan bahawa perkataan (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) - "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" merupakan ayat tergantung. Misalnya, seseorang yang ingin makan akan membaca "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" dan dikuti dengan perbuatan makan tersebut. Dengan ertikata lain Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Aku Makan..... Oleh kerana itulah menjadi sunnah memulakan pekerjaan dengan basamalah. Perbuatan seseorang yang membaca Basmalah yang menjadikan ayat itu sempurna (tidak tergantung lagi). Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi saw akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa2 pekerjaan dengan menyebut Nama2 Allah yang baik2.

Ini menjelaskan bahawa basamalah ini amat luas dari segi MAKNA dan juga PENGUNAANNYA.


Hukum membaca Bismillah :

1) Wajib - semasa membaca surah Al-fatihah, Imam syafie membaca secara jahr dalam solat.

2) Sunat - apabila hendak memulakan pekerjaan - solat sunat musafir kena amalkan

3) Haram - apabila melakukan perkara yang haram secara zatnya seperti berzina, mencuri, minum arak. Sekiranya dia qasadkn perkara itu, maka kafirlah dia.

4) Makruh - apabila melakukan segala perkara yang makruh pada hukumnya seperti makan bawang mentah.



sumber bantuan : (http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com)

Thursday, November 11, 2010

Sabarlah duhai diri...



Bakal dan sedang menghadapi hari-hari yang akan membuatkan biological clock saya sedikit berubah. Semoga dapat bertahan sehingga ke akhirnya. Permudahkanlah urusanku, Ya Allah..

Dalam kekalutan dan kepeningan peperiksaan akhir semester ini, alhamdulillah Allah masih lagi mengurniakan sedikit masa untuk mentabaddur ayat-ayatnya. Sehinggalah apabila sampai ayat ini...agak lama saya berhenti..Juzu' ke4 awal Maqra ke3


(3:133) Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


(3: 134) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


(3:135) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


(3:136) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


(3:137) Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).


(3:138) (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.


(3:139) Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.


Sedikit terpukul dan akhirnya terpujuk juga dengan ayat-ayat Allah ini.

Semoga aku tidak culas dalam urusan mentaatiMU, Ya Allah..

Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang Kau kurniakan ini...semoga dengannya aku dapat membangunkn agamaMu.


Mode : Philosophy of Science + Pathology

Rintihan hamba
03:16 pm
5 Zulhijjah 1431 H