Monday, December 19, 2011

Catatan Borneo 4


Hari ke 5 (26 Oktober 2011)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Brunei. Seawal jam 7 pagi kami bersiap-siap untuk bertolak ke bandar dengan ditemani sahabat2 MPP dari UBD. Bandar Seri Begawan. Seindah namanya. Pada masa yang sama kami terus mengangkut segala beg dan barang2 untuk check out kerana flight kami dijadualkan pada jam 2.30 pm.

Dalam perjalanan ke Muzium Brunei, kami melalui perkampungan air. Teruja melihat perkampungan tersebut. Rumah, sekolah, masjid hatta stesen minyak juga berada di atas air. Kerana kesuntukan masa, kami tidak berkesempatan untuk singgah ke sana. hanya dapat melihatnya dari kejauhan.

Antara tempat menarik yang sempat kami lawati antaranya Pasar Tamu Kianggeh, Muzium Brunei, Kampung Ayer dan Royal Regalia. Di Royal Regalia, terdapat banyak barang-barang perhiasan Kesultanan Brunei dan kerabatnya. Sebelum bertolak ke airport, kami sempat solat jama' zohor and asar di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang merupakan masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Brunei. Antara masjid yang mesra jemaah dan unik kerana terletak di atas air. Juga terdapat tasik yang indah dengan dihiasi replika kapal yang sangat menarik perhatian semua pengunjung. Kami dimaklumkan bangunan2 di Brunei tidak boleh melebihi ketinggian masjid. Alhamdulillah, masjid adalah syiar Islam di sana.

Flight bertolak pada jam 2.30pm dan selamat sampai ke KLIA pada jam 5.00 pm. Alhamdulillah, tiba dengan selamatnya di UIA kuantan pada jam 2.30 am.


0 comments: