Thursday, January 14, 2010

Mengadulah padaNya..

Syuraih bin Al Haris merupakan seorang tabiin berketurunan Yaman dari Kabilah al-Kindah, seorang hakim buta yang celik hatinya.

Kebijaksanaannya mengendalikan kes yang rumit itu menjadikannya masyhur, sehinggalah Umar r.a melantiknya menjadi hakim Kufah, salah sebuah wilayah besar di bawah Negara Islam yang berpusat di Madinah.

Ternyata pemilihan Umar r.a itu merupakan firasat yang tepat apabila semua khalifah yang datang selepasnya hingga ke zaman permulaan bani Umayyah, Mua’wiyah r.a terus mengekalkan Syuraih r.a sebgai hakim tertinggi mahkamah.

Syuraih juga turut dikenali dengan nasihat-nasihat ikhlasnya kepada umat Islam. Antara contohnya ialah cerita seorang lelaki yang dinasihati syuraih. Lelaki ini sering menceritakan masalah peribadinya kepada orang lain sehingga didengari syuraih.

Syuraih mengingatkannya : “ saudaraku! Setiap orang yang kita temui adalah orang yang m menyayangi kita atau musuh kita. Jika kita menceritakan kesusahan kita pada orang yang kita sayangi, mereka akan merasa sedih. Sebaliknya jika kita menceritakan masalah kita pada musuh, mereka akan gembira”.

“saudaraku! Ketahuilah olehmu,” beliau menunjukkan sebelah matanya seraya berkata,”mata ini sudah tidak berfungsi sejak lima belas tahun yang lalu. Aku tidak dapat melihat manusia dan jalan serta segala benda lain dalam tempoh itu. Alhamdulillha, Aku tidak memberitahu seesiapapun melainkan kepadamu, agar kau mengambil penagajaran!”.

“kau tentu pernah membaca firman Allah dalam surah Yusuf ayat 86 yang bermaksud : “sesungguhnya aku hanyalah mengadu kesusahan dan dukacitaku kepada Allah’

Maka, jadikanlah Allah tempat pengaduanmu dalam menghadapi tekanan dan kesusahan hidup. Dia lebih menyayangimu dan dapat membantumu.

Semoga Allah merahmati khalifah islam kedua, Umar r.a yang dengna firasatnya ynag benar itu, lahir seorang hakim islam yang hebat yang menjadi pemangkin kesempurnaan pembentukan system pelaksanaan undang-undang dan mahkamah islam.

p/s : Apa yang saya nak tekankan di sini ialah kebanyakkan manusia akan lebih dulu berkongsi masalah dengan manusia, jarang sekali kita berkongsi masalah terus kepada Allah..biasanya kita akan jumpa manusia dulu, lepas tu barulah mengadu dengan Allah.

mungkin lepas ini kita boleh utamakan Allah lebih dari segalanya..

wallahua'lam