USRAH?
Satu ungkapan yang acapkali di dengari dalam sesebuah jemaah atau organisasi. Ia juga merupakan salah satu method untuk mentarbiyyah seseorang selain daripada daurah, tamrin, rehlah, mukhayyam dan sebagainya.
Mengambil teladan dari sirah dan ini juga adalah merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW semasa dakwah sirriyyah baginda di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam dan peristiwa pemilihan 12 orang nuqaba’ di malam Baiah Aqabah.
Semua harus menyedari “kuasa” usrah dalam menentukan kejayaan atau kegagalan pembangunan diri dan perjuangan islam.
Menyedari konsep / tabiat sebenar usrah, dan objektif usrah berbanding nidzhom-nidzhom tarbiyah jamaah yang lain.
Menyedari faktor-faktor keberkesanan usrah dan kesan-kesan berbahaya sekiranya usrah dipandang remeh oleh nuqaba mahupun ahli usrah.
Usrah bukan sekadar berkumpul bersama-sama sahabat dan ada naqib/ah yang akan menerangkan tentang silibus-silibus yang perlu difahami dan dihabiskan dalam jangkamasa tertentu. Duduk dalam bulatan dan berbincang bersama-sama. Bukan setakat itu sahaja, Hakikatnya usrah adalah tempat untuk :
mencari buah iman
tempat melepaskan tension
tempat berkongsi rasa
tempat menambah ilmu
tempat brainstorm idea
tempat laksana program
tempat mendapatkan rahmat ALLAH
tempat berlatih berkasih sayang
tempat naqib melatih menundukkan ego
tempat naqib belajar ilmu sosiologi
tempat ilmu persahabatan dipraktikkan
tempat belajar ilmu psikologi dan komunikasi
Usrah is everything…segalanya bermula dengan usrah..secara mudahnya begini..usrah ini adalah keluarga..bila dalam keluarga, adakalanya kita akan :
ada masa resah
ada masa senang
ada masa gelisah
ada masa berkocak
ada masa bergolak
berbeza atau tidak pandangan kita bergantung pada pendekatan yg kita guna untuk mengemudi usrah itu sendiri.
Usrah juga adalah tempat untuk mengubah seseorang individu..banyak insan-insan yang telah berubah menjadi lebih baik hasil daripada mengikuti usrah. Apakah rahsianya sehingga mereka ini boleh berubah dengan ikhlas dan terus istiqamah???
Jawapannya ialah laksanakanlah usrah itu dengan hati kerana kita berurusan dengan hati-hati yang cintakan ALLAH dalam berusrah..
pokoknya dari hati ke hati, tanya hati kita…adakah rasa cinta kepada usrah dan adik2 usrah kita...sebab itu persediaan menjadi seorang naqib adalah amat penting..seorang naqib yang ikhlas membawa usrah, ikhlas berkongsi segalanya bersama anak2 usrahnya adalah amat penting untuk menjamin keberkesanan usrah itu. Tugas naqib bukan setakat untuk menghabiskan silibus, tetapi ada yang lebih penting lagi dari itu. Memastikan pentarbiyyahan yang berterusan.
Jentik dan tengkinglah hati kita sebelum kita hendak menjentik hati-hati yang lain. Hati yang mati tidak akan mampu menghidupkan hati-hati mati yang lain.
Wallahua’lam..
Ini adalah sekadar perkongsian pendapat bersama sahabat-sahabat, saling memberi dan menerima...syukran semua.
kredit to nuruddin zenki, Hamasyie Khairani dan lain-lain.
Al faqir ilaAllah,
Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi
3 comments:
salam kak sayyidah..
marina ni..
nak copy pasal usrah ni bley??
interesting!! =)
to marina..ok..amik la..smoga bermanfaat untum semua.=)
Post a Comment