Monday, January 11, 2010

Jalan yang berbeza, matlamat yang sama


Alhamdulillah, telah berlabuhnya tirai CAMPRO (Campus Dakwah Project) atau dalam bahasa mudahnya ‘bulan dakwah’. Program terakhirnya adalah Forum Rejuvinasi Dakwah yang bagi saya telah Berjaya membawa agenda yang hendak disampaikan. Tak lain dan tidak bukan adalah DAKWAH melalui jalan yang berbeza-beza.


Forum Rejuvinasi Dakwah : Penulisan, Perubatan, Hiburan..Jalan yang berbeza, matlamat yang sama..


Menampilkan 3 panelis yang tidak kurang hebatnya:


>
Ustaz Nazrey Johani (former Vokalis Raihan),
>
Zaid Akhtar (Penulis Novel islami)
> Dr. Suhazeli Abdullah (Presiden PAPISMA)
> Moderator : Ust Mohd Ali Abdullah (Principal Mahallah Talhah)


Zaid Akhtar berkata :


Persediaan penting menjadi seorang penulis ialah ILMU,


banyakkan membaca bahan ilmiah..


menulislah dari hati yang tulus ikhlas supaya bila orang baca tulisan kita, ia juga akan menusuk

ke dalam hati..menulis dari hati, ia akan sampai ke dalam hati juga.


Cabaran sebagai seorang penulis memang banyak..mungkin tidak sama dengan orang lain yang juga membawa agenda dakwah.


Dalam bidang penulisan, yang penting adalah MINAT. Bakat boleh jadi no.2 selepas minat.

Dr. Suhazeli pula berkata :


Jadikan bidang perubatan sebagai medium dakwah, indirectly supaya dapat membuatkan patients ingat Allah ketika sakit.


Kerjaya sebagai ahli perubatan menjadikan diri lebih dekat dengan masyarakat (mad’u)


Persiapan yang paling penting juga ialah ILMU


Daie bukanlah sebagai seorang penentang, sebaliknya adalah seorang perbetul keadaan dan penunjuk jalan.


Sebagai seorang daie perlu ada sifat berani dalam diri. Berani menegur dan bersedia untuk ditegur. Berani berhadapan dengan cabaran dalam dunia dakwah ini.


Ustaz Nazrey Johani turut berkata :


Cintailah Allah dan Rasul, tegakkanlah Islam, perjuangkanlah kebenaran


Islam itu datangnya dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali juga dalam keadaan dagang.


Tugas dakwah adalah tanggungjawab semua orang. Jangan tunggu sampai diri jadi baik @ sempurna baru nak buat dakwah. Sedangkan kemungkaran disekeliling kita terus menerus berleluasa seandainya kita beranggapan perlu jadi baik dlu baru nak berdakwah.


Hargailah dan syukurilah nikmat Islam dalam diri kerana kita telah sedia dilahirkan sebagai seorang muslim.


Kalu non-muslim, hidayah yang mereka peroleh adalah nikmat islam. Sebaliknya bagi seorang muslim, mereka juga perlu memohon doa dan hidayah Allah untuk diberi kekuatan melaksanakan islam dan meninggikan ajaran islam itu.


Bidang hiburan adalah sangat mencabar lagi2 dalam usaha untuk membawa dakwah. Bermain dengan publisiti, material dan dunia yang menghuni dalam hati.


Jangan sia-siakan hidayah Allah, ia tidak akan datang untuk kali ke-2..


Perlu sentiasa memohon petunjuk dari Allah.


Berikut adalah serba sedikit point-point yang sempat saya ingat, kerana tidak membawa pen dan buku catatan pun! Hehe..saja nak test kekuatan ingatan. Yela, next week dah nak midterm.



Hijrahkanlah pemikiran kita..

Cintailah Allah dan Rasul,
Tegakkanlah islam,
Perjuangkankah kebenaran
Sekalipun dirimu tidak sempurna!!

0 comments: