Wednesday, April 29, 2009

Hari-hari dalam cutiku..


Bismillahi wal Hamdulillah..


lama tak update blog dan sebenarnya lama jugak saya tak online, sejak balik rumah dan kebetulan connection internet kt umah tak blh guna..jadi, knelah gi cc.


hari ni minggu terakhir cuti ku di rumah, tinggal beberapa hari je dengan keluarga,weekend ni dah kne balik kampus smula untuk short sem.


bila dok umah ni, banyak benda yang berlaku..ada berita gembira dan sedih..minggu pertama sy di rumah dapat berita gembira iaitu abang saya dah dapat kerja di TNB setelah bberapa bulan mengganggur. kedua, adik perempuan saya telah mndapat tawaran untuk melnjutkan pelajaran di DQ, sabtu ni daftar. ketiga, permohonan pinjaman yaysan selangor saya dah diterima. Alhamdulillah..banyak juga nikmat Allah kepada kami sekeluarga.


berita sedihnya, tudung purple sy terbakar, habis berlubang tudung tu..huhu..


setelah beberapa hari di rumah, kne plak gi program tarbiah selama seminggu, satu program yang mnjanjikan banyak manfaat bagi sesiapa yang mnghayatinya. dan bagi sy sendiri. ia betul2 menginsafkan sy, wlpn hnya bertindak sebagai urusetia, tapi ada satu peristiwa yang mnyedarkan sy. iaitu ttg USRAH yang selama ni sy buat..syukran adik afiqah, anak usrah yg paling sy sayang..atas pengakuan jujur tersebut..


lepas balik dari program tu, kne plak gi Shah Alam malam tu..memang tak sempat nak rehat pun. sehari semalam berkampung di shah alam sebab terlibat sebagai pengadil Nisa' Indoor Games (NIG) 09..ingat nak cancel je, tapi dah janji dengn orang, knelah jugak tunaikan.


hajat di hati ingin mengunjungi Pesta buku kt PWTC terpaksa dibatalkn, sebab sangat penat keesokan harinya dan sebenarnya abah sy pun dah bising..cuti dah la kejap, asyik nak kluar umah je..huhu..nak buat macam mane, mujur mak sy tlg backup..hehe.
seminggu kt rumah sementara menunggu menghabiskan cuti, jadi surirumah je..tlg mak. barulah sy rasa betapa susahnya mnjadi seorang surirumah ni, pagi2 bangun awal. siapkan sarapan, kmas rumah, bsuh+jemur+lipat kain, memasak, menyapu dll..pendek kata 24jam dok kt dapur je, tak habis2 kerja yang nak dibuat. barulah sy merasai dan menghargai pngorbanan mak abah sy. bukan selama ni tak menghargai, cuma kurang mengerti. tapi bila kita sendiri yang merasainya akan lebih memahami..

semalam result exam kluar, sahabt sy ,syuhadah yang tlg tgkkn.syukran adah ye..


ada dua perasaan bila dapat tahu result ni..sedih dan gembira..gembira sebab pointer sy agak ok wlpun tak mncapai target yg sy inginkn.dan takde subjek yang dapat C..sedih sebab terpaksa repeat satu subjek, molecular BIology, killer subjek tu..huhu..

xpelah, apa2 pun, pastinya semua tu ada hikmah yang tersendiri..Allah sebaik2 perancang!


p/s: next post ttg NIG 09..






Tuesday, April 14, 2009

Selamat bercuti..




Salam mahabbah buat semua...



hari ni saya dah nak balik rumah, cuti sem..seronoknya!..



tak sabar nak jumpa mak ayah dam keluarga, rindu kat si kecil anak2 sedara saya tu...(^-^)



kepada sahabt2, selamat bercuti di ucapkan, semoga cuti ni dapat di manfatkn sepenuhnya untuk berbakti pada mak ayah.



SElamat bercuti..Jagalah hati, jaga iman, jaga amal.


Monday, April 13, 2009

Sanah helwah...

Hari ni 14 April 2009, hari lahir kakak saya yang pertama..Ida Rahayu Mohamed Sujari, sekarang genap umurnya 32 tahun, telah berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak..rindunya kat anak sedara saya tu..hehe..tapi, xd gambar la..bila nak tambah anak lagi?=)

Selamat Hari lahir akak..smg dipnjangkn umur dalam ketaatan dan keberkatan Ilahi

seterusnya, hari lahir mak saya. Rahimah Raden Bustam pada 5 April yang lepas..maaf sangat2 mak, hampir2 lupa dan tak sempat nak wish..InsyaAllah balik ni orang blikan hadiah ye..=) akibat kesibukan exam, sampai tak ingt besday mak saya..huhu.

dan kepada sahabat2 yang lahir pada bulan April, termasuklah sahabt saya,wan nur maizatul akmal hashim, Hs uia gmbak, selamt hari lahir yang ke 21 tahun..pada 12 April..

dan kepada sahabt2 yang tidak disebutkan nama, maaf banyak deh..didoakn smoga kalian beroleh umur yng diberkati dan di penuhi umur tersebut dengan keimanan dan ketaatan kepada pencipta kita..Rabbul 'Alamin...



Nikmat Kesenangan yang sementara...

Bismillahi wal Hamdulillah...

Pertama-tama dan selama-lamanya kesyukuran di rafa'kn ke hadrat Rabbul Jalil atas nikmat iman dan islam yang tidak terhingga. Hari ni saya dah habis final exam, satu keadaan yang sangat2 mnguji kesabaran n keimanan untuk dihadapi..=) biomedic 1st year antara course yang habis exam awal. Alhamdulillah, tak tahu macamne nak terangkan apa perasaan lpas exam ni..takut? gembira? risau?...ntah la, wallahua'lam..tapi yang penting bila dah lepas exam ni, kne bnyakkan doa dan tawakkal yang sangat tinggi pada Allah. Moga2 lecturer yang menanda kertas exam kita tu dilembutkn hati untuk bagi markah banyak kat kita..Ameen. itulah pesan seorang cikgu saya semasa kat sekolah dlu.

Pengalamn2 yang tidak dapat dilupakan semasa hari-hari exam.. akibat perasaan takut dan risau yang teramat untuk menghadapi paper physio, menyebbakn saya menangis sblm exam tu.sebb ada yang tak habis baca lagi sebenarnya..lepas exam pun menangis jgk..huhu..sblm exam call mak dlu, dengar kata2 mak lagi la haru di buatnya..x penah2 saya menngis bila nak exam, dan seingat saya sewaktu kat matrx dlu ada jugak skali..paper physic..kat kuantan ni, mgkin saya baru sem satu kat sini, tu yang rasa sagt2 risau. lagi2 killer paper, physio & molecular biology. mmg blh syahid la jawab exam ni..kalu course saya 'minus marking' mmg agak menakutkan jugak la. mmg kne betul2 yakin bila nak jawab tu. Yang paling seronoknya, petang hari sebelum saya exam paper terakhir, sempat lagi keluar berusrah santai bersama sahabat2 usrahku..kami pergi makan kat restoran zuzana berdekatan kampus kami ni..balik tu, teruslah pulun study sebb esokny exam pagi..

walaupapun, itu semua adalah lumrah kehidupan, sunnah hidup seorang pelajr yang berjuang untuk menuntut ilmu milik Allah. mmg akan sentiasa diuji, ini baru ujian dunia, akhirat nnati tak tahu macamne nak mnghadapinya. smoga Allah memudahkan segala urusan kita.

semalm, lepas je exam..trus sakit kepala. letih yang teramat. mungkin tak ckup tidur sejak 2,3 hari ni..memndgkn jadual exam yang dekat2, kgd2 sampai tak sempat nak study the next subject..huhu..teruk betullah saya ni. Bila dah habis exam ni plak,ingat boleh la nak rehat2 kejap..tapi rupanya banyak lagi kerja2 yang tak settle. kenalah settlekn dlu sebelum balik rumah. saya pun tak rancang bila nak balik rumah sebenarnya ni. dengan tiket yang tak beli lagi.huhu..aduhai, syahida..

Monday, April 6, 2009

Cabaran seorang daie..

5 April 2009

01.27am


Malam ni telah berlaku sesuatu perkara yang saya sendiri tidak pernah pun jangka benda tersebut akan berlaku. Sesuatu yang membuatkan saya menangis srta-merta. Inilah yang dinamakn takdir..huhu..


Begini ceritanya…

Malam tadi selepas liqa’ bersama adik-beradik batch, sempat singgah sekejap di kiosk dan sempat jugak test naik motor zai. Kebetulan, berhampiran blok asrama saya ada parking lot dan kami pun ternampak dengan sepasang sister dan brother yang tengah berbincang dalam gelap, seperti biasa, sebagai seorang yang telah ditarbiah, kami pun buatlah kerja2 amar makruf nahi munkar ni. Tapi feedback negative yang kami terima, diorang tu macam tak puas hati pulak bila kne tegur, akhirnya kami pun malas nak bertekak dan tinggalkan je pasangan tu.


Then, tengah rehat2 kat bilik lepas kemas2 barang, sister tu datang bilik saya dengan keadaan marah dan tak puas hati. Saya yang tengah borak2 dengan roommate masa tu sangatlah terkejut. Sepanjang hidup saya, tidak pernah lagi orang marah dan serang saya sebegitu rupa. Alasannya hanyalah kenapa saya tak puas hati dengan dia..dan saya rasa benda tu kecil je, tapi disebabkn salah faham dan gurauan yang tidak bertempat, mnyebabkan saya yang kena serang. Sebenarnya bukanlah saya tidak puas hati dengan dia, tapi entahlah..adalah sebab lain sebenarnya dan tidak perlulah saya tulis disini.


Lepas dia keluar dari bilik saya, serta merta air mata ni mengalir, terasa diri ini sangat bersalah. Dan sister tu adalah kawan saya sendiri dan merupakn jiran bilik saya. Masa tu jugak saya fikir, apalah salah saya sehingga dia marah sangat kat saya, salah ke tegur orang yang tengah dating?walaupun sebenarnya dia tengah berbincang dengan sepupunya, tapi keadaannya yang sebegitu boleh menimbulkan fitnah. Lagi-lagi perempuan, dirinya sendiri pun adalah fitnah. Bila berjaln seorang pun boleh jadi fitnah, apatah lagi yang lainnya.


saya pun berfikir kembali, sapa yang bersalah sebenarnya ni?kenapa aku pulak yang menangis?musykil2..mugkin jugak salah saya, sebab tak pandai nak approach mad'u dan mungkin jugak disebabkan kafarah dosa-dosa yang telah saya yang lakukan menyebabkan mad'u susah nak menerima teguran saya.dan tangisan saya itu bukanlah tangisan gembira mahupun sedih, tapi adalah tangisan keinsafan seorang hamba yang kerdil atas bebanan dosa.

rasa tidak sanggup nak meneruskan kerja2 ni, tapi bagi memujuk diri sendiri..ingtlah pada janji Allah, sekurang-kurangnya saya telah terlepas dari tanggungjawab yang sepatutnya.

Malam tu mnyebabkan mood saya untuk study berkurangan, tapi bila memikirkan banyak lagi chapter yang tak baca untuk exam selasa ni, saya gagahkan jua untuk study anatomy. Akhirnya terpujuk juga hati ini dengan alunan bacaan Quran dari Syeikh Saad Said Al-Ghamidi.


Apa yang saya paling takut adalah hubungan baik dengan kawan saya tu akan menjadi renggang, mungkin dia akan bermasam muka dan tidak bertegur dengan saya selepas ni..wawaa..Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Takkan nak rosakkan silaturrahim sesame manusia..ehm, walau apa-apa pun, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang islam sewajarnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.


Pengajaran yang boleh saya ambil dari peristiwa ni adalah bukan senang sebenarnya untuk berjuang dalam agama Allah , banyak dugaan dan cabarannya, lagi2 dalam kerja2 amar makruf nahi munkar dan kerja2 dakwah .Seorang daie perlu bersedia mental dan fizikal untuk persiapan berdakwah ni. Dan, perempuan adalah fitnah dunia. Oleh itu seseorang wanita perlulah menjga peribadi dan perlakuannya untuk mengelakkan menjadi fitnah masyarakat. Teringat kata-kata seorang ustaz semasa di pondok dlu, katanya jika perempuan pun tidak disunatkan untuk pergi bersolat di masjid, apatah lagi untuk pergi ke tempat-tempat lain. masyaAllah , kata-kata ustaz tersebut membuatkan saya berfikir banyak kali, betul jugak kn…sebab ape?perempuan adalah fitnah, sebaik-baik wanita adalah perempuan solehah..dan yang terakhir, kita kenalah berfikiran positif terhadap seseorang, sebabnya kita tidak berada di tempat mereka dan bagaimana kita hendak memahami mereka. Kesimpulannya, fahamilah jiwa mad’u supaya mudah untuk kita berdakwah kepada mereka..InsyaAllah..



p/s : syukran kepada 2orang sahabat yg saya sayangi, zaiton dan syera..sebab banyak membantu dan maaf jugak sebb melibatkan zai n syera sekali..