p/s : kali pertama saya mendengar nasyid ni semasa form 4, masa tu first time saya duk asrama dan kadang2 untuk aktiviti kat musolla, kami nasyidkan doa rabitah ni..
...sangat mendalam maksudnya bila kita faham makna doa ni...
Tanggal 23 ogos 2009, genap sudah umurku 21 tahun. Terasa diri ini macam dah besar sikit.hehe..perasan je.
Terima ksih kepada sahabat-sahabat yang sudi wish besday saya pada tahun ni. Penuh inbox handset saya malam tu. Hehe..antara banyak2 mesej yang saya terima, ada beberapa daripadanya yang sangat menyentuh hati saya..
“masing-masing dari orang yahudi inginkan umur seribu tahun, padahal umur itu tidak menjauhkan mereka dari azab” (surah Al-baqarah:96)..moga kita orang islam menghargai nikmat usia yang Allah berikan untuk beribadah semata-mata kerana berkat dan rahmat dari Allah. Sanah helwah ya jamilah..semoga dilindungi Allah selalu.
- From Safinah, adik saya yang sedang belajar di DQ sekarng.
Assalamualaikum. Selamat hari jadi. Semoga ceria selalu, bertambah ilmu, bertakwa, beriman dan berbudi ! inilah restu abah dan mak..
- From my beloved father..
Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang, dek ujian yang akan mendatang. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak dan duri. Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNYA. Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu, semakin bersedia malaiakt maut dating menjemput, semakin dekat masa amaln diperhitung, dan semakin hamper haruman Firdausi atau azabnya jahannam..sanah helwah..
Personally, rasa macam takde ape2 perasaan pun bila tarikh lahir saya tiba pada setiap tahun. Seharian berlalu begitu sahaja.huhu.. Malah, semakin bertambah bilangn umur kita, semakin banyak tanggungjawab kita. Diri ini menginsafi hari-hari yang telah berlalu selama 21 tahun adakah terisi dengan amal ibadah sebagai bekaln menuju perjalanan yang jauh kelak. Dan adakah ibadatku yang lepas diterima @ di tolak oleh Allah.? Masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah tentang nikmat usia yang telah dikurniakn oleh Allah .
Kebanyakn ucpan dari sahabat2 pun berunsur ayat yang menginsafkan. tak lupa juga doa sahabt2 pada saya. Syukran semua, semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Tak lupa juga mesej k.jie, katanya ‘semoga dipermudahkan urusan dan mendapat suami yang soleh’..huhu..insyAllah k.jie, calon suami .soleh itu hanya Allah sahaja yng tahu siapa orangnya. Em, Malaslah nak pkir benda2 ni..huhu..
Lama benar tak menulis. Alhamdulillah, our first halaqah already done tonight. Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya dapat juga cari masa untuk buat. Dan bersyukur juga sebab members halaqah saya masih lagi bersemangat untuk meneruskan halaqah 2 untuk sem ni. Amanah sebagai naqibah halaqah under co-curricular activity centre, STAD IIUM harus dipikul sebaiknya. Bahkan amanah inilah yang akan dipersoalkan oleh mahkamah Allah kelak. masyaAllah..
Kekangan dan kesibukan aktiviti seharian amat meletihkan diri ini. Kerja-kerja society, kelas dan quiz yang tiap2 hari ada amat membebankan. Inilah lumrah hidup. Dan kadang-kadang masalah inilah yang menyebabkan saya terlepas pandang amanah sebagai naqibah halaqah ini. Maka, akan menyebabkan hak-hak orang lain tidak tertunai. Amatlah malang andai diri ini turut melupakan dan mengabaikan hak-hak Allah yang perlu ditunaikan. Astagfirullah..
Hanya satu resolusi buat diri ini yang saya dapat simpulkan selepas habis halaqah tadi.
TAMBAHKAN THAQAFAH DARI SEGI SIRAH DAN KISAH TELADAN..
Ini kerana dalam usaha mentarbiah dan mengislahkan sahabat2 yang bukan berlatar belakangkan agama (kurang penghyatan agama dalam hidup) adalah sedikit mencabar. Mereka lebih suka mendengar kisah2, berkongsi cerita dan info2 yang baru berbanding jika saya hanya membaca teks halaqah tersebut.
Ya..lebih2 lagi sebagai seorang remaja, yang banyak mengikuti perkembangan semasa (kecuali isu semasa) memerlukan pendekatan yang berlainan untuk didekati.
Disinilah peranan daie sangat penting. Be creative and be more knowledgeable supaya boleh mnjawab semua soalan yang diajukan oleh mad’u.
Andai kita tak tahu jawapannya, jujurlah mengatakan tidak.
Tapi, biasanya mad’u kita akan menanyakan soalan2 yang simple shja seperti fardu ain, hukum2 dan sebagainya. Walauapapun, persiapkanlah diri kita dengan ilmu. Hnya dengan hujah sahajalah, Islam boleh menang.
Kesimpulannya, jadilah orang yang berilmu, kalu tidak jadilah orang yang mempelajari ilmu, atau jadilah orang yang mendengarkan ilmu, atau jadilah orang yang mencintai ilmu dan janganlah jadi golongan yang kelima, sesungguhnya sangat binasalah bagimu…(mafhum hadith) maaf, tak ingat sanatnya.huhu.
Begitu perlunya kita menghadapi ilmu, kerana kedudukan seorang alim lebih tnggi dibandingkan kedudukan seoranga abid.
Rasulullah bersabda : “kelebihan seorang alim daripada seorang ahli ibadah, seperti kelebihanku terhadap orang yang terendah di antara kamu”. (HR At-Tarmidzi)
Mua'd bin Jabal berkata,”carilah ilmu pengetahuan. Sebab mempelajarinya kerana takutkan Allah adalah ibadah, mempelajarinya bererti tasbih, membahasnya jihad, mengajarkannya sedekah dan mencurahkannya kepada ahlinya merupakan pengorbanan. Ilmu adalah teman ketika bersendirian, dalil agama dan penolong dalam suka dan duka. Ia sahabat karib ketika sepi, teman yg paling baik dan paling dekat serta merupakan cahaya jalan menuju syurga. Dengannya Allah mengangkat martabat ummat, lalu dijadiaknNya mereka pemimpin dlm perkara kebaikan'
Salam muhibbah buat semua. kali ini saya inginkn berkongsi sedikit info tentang sifat dan sikap orang yg lahir pada bulan ogos. memandangkan sekarang kita berada di bulan ogos dan saya pun dilahirkan di bulan ogos, maka, berikut adalah sikap dan perwatakan oarg yg lahir pada bulan ini mengikut kajian Dato' Dr Fadzilah kamsah..
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
1) Aqidah yang sejahtera 2) Ibadah yang sahih 3) Akhlak yang mantap 4) Luas pengetahuan 5) Sihat tubuh badan 6) Mampu berdikari 7) melawan nafsu 8) Sangat menjaga masa 9) Tersusun urusannya 10) Bermanfaat pada orang lain
Puas ku rayu, puas kuseru jawapanmu tetap yang dulu, oh, sukarnya mengajakmu! namun kasihku padamu tetap padu, lantaran itu, aku akan terus menyeru, pada Yang Satu. kugenggam satu azimat, "kita hanya penyeru, bukan penghukum" Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku. seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu.. Akan kuteruskan semampuku, hingga ke hujung waktu.. -Tautan hati,Fatimah Syarha-
"sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.
- Dr Yusuf Qardawi-
Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.
-Ibnu Qayyim Al-Jauziy-
Renungan..
Memulakan langkah memang perit…bertatih…jatuh…dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian..impikan syurga idaman..sedangkan diri tak tahan ujian…kerdilnya diri bila menghitung keringat yg gugur..titisan air mata kecewa..rupanya masih sedikit kasih ini dipadu.....mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam..
My Beloved Parents
Insan yg tersayang dlm hidupku..Mohamed Sujari bin Mat Yatim & Rahimah bt Raden Bustam..