Friday, February 13, 2009

Menginsafi perjalanan...

Bismillahi wal hamdulillah...

10 Februari (selasa) yang lepas, berkesempatan untuk bermusafir ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional pukul 3.30pm..

kenapa ya pergi sana?...sebab perlu menghadiri interview untuk pinjaman yayasan selangor di uia gombak yang masih tidak selesai lagi. Harapnya lepas ni bolehlah dapat pinjaman tu..ramai sahabat2 saya pelik dan hairan yang teramat, kenapalah saya tiba2 nak gi gombak, waktu hari kuliah pula tu..ada pulak yang ingat saya pergi atas urusan UBM..huhu..

hakikatnya apa yang saya nak ceritakan disini adalah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah dan sebagai orang yang mengetahiu sesuatu berkaitan hukum..semasa menuggu bas di terminal makmur, saya menghabiskan masa di surau terminal sambil baca nota..yelah,hari khamis tu saya ada molecular biology midsem..tapi sempat lagi pegi Gombak..huhu..

sedang khusyuk membaca note, saya ternampak seorang makcik tu amik quran dan letak kat sejadah. Then ,dia pun solat..lepas tu dia pun baca quran..tapi, apa yang saya musykil, kenapa dia letak quran tu kat bawah (lantai)..mungkin dia nak mudahkan dia.lepas solat boleh terus baca.tak payah nak gi berjalan ke rak quran tu..tapi,bukan ke sepatutnya kalamullah itu kita kena letak di tempat yang tinggi sebagai tanda kita menghomati dan meninggikan hukum2 yang termaktub di dlm al quran itu.

disini, saya boleh nilai diri saya..mengaku sebagai seorang daie, tapi masa tu saya rasa macam takde kekuatan nak tegur makcik tu..Ya Allah,betapa lemahnya iman saya,sampaikan saya hanya dapat melihat sahaja al quran tu di letakkan di bawah..kalaulah perkara kecik seperti itu pun saya tak boleh nak tegur, apatah lagi masalah2 sosial dan maksiat2 di luar sana. entah la, mugkin masa tu banyak perkara yang saya fikir..sampaikan saya tak sempat pun nak bagitahu ayah tentang perjalanan saya ke kuala lumpur hari tu...Alhamdulillah, di uia gombak berjumpa dengan sahabat2 yang sama2 ditarbiah serba sedikit memberi sinar dan kekuatan kepada saya, boleh jugak melepaskan rindu pada sahabat2 gombak.=)

kesimpulannya, jangan hanya berani mengaku sebagai seorang daie, tapi amik tak endah tentang sesuatu perkara..lagi satu,kena cari kekuatan dan mohonlah kepada Allah supaya kita sentiasa diberi kekuatan dalaman dan luaran untuk kerja2 dakwak kita..

p/s: sebenarnya saya baru je lepas balik dari operasi "masih ada yang sayang"..under one faith unit, icb mrc uia kuantan sempena hari valentine-14 Feb di Teluk Chempedak dan benteng..=)









0 comments: