Friday, December 26, 2008

Kehidupan baruku..



Alhamdulillah..akhirnya, saya dapat menjejakkan kaki ke UIA kampus kuantan untuk menyambung pengajian ijazah saya. masuk hari ni dah nak dekat seminggu lebih duk kat kuantan ni. kelas pun ada yang dah start. keputusan untuk mengambil kos biomedic memang sangat memerlukan saya untuk berfikir pro dan kontra.

Alhamdulillah, berkat istikharah dan doa keluarga dan sabahat-sahabat akhirnya saya pun membulatkan tekad untuk mengambil kos ni..walaupun sebelum ni rasa nak buat Biotech,tapi petunjuk Allah adalah segalanya buat saya dan membuatkan saya lebih tenang membuat keputusan ni. bila difikirkan kembali, saya dapat rasakan ternyata memang ada hikmah yang tersingkap di sebaliknya..Now, i'm student in Bachelor of Biomedical Science (BBioMed)..and i have to spend 4 years in this field to complete my bachelor..oh, satu keputusan yang sangat berat. Ya Allah, Kau mudahkanlah segalanya buatku..sesuatu yg saya tidak pernah pun terfikir sebelum ini..i'm become a scientist ..InsyAllah..

Suasana di sini yang masih baru bagiku memerlukan saya untuk banyak belajar untuk adapt semuanya.dari segi pembelajaran, kelas, kehidupan bersosial, dan yang paling penting sekali untukku fahami adalah waqi' untuk jaringan dakwahku berkembang di bumi Kuantan ni. Alhamdulillah, setakat ni kehidupanku masih terurus dengan baik..untuk hari-hari yang mendatang, semoga ia akan berkekalan hendaknya. Membuat keputusan untuk tidak balik rumah sempena cuti krismas dan ma'al hijrah ni membuatkn saya lebih belajar dan memahami environment kampus ni. syukran atas bantuan sabahat-sahabat yang sudi membantu diri ini.

Teringat kata-kata ustaz ketika belajar di pondok dulu, pelajar baru di sana akan berpantang selama 40hari untuk tidak balik rumah semata-mata perlu menyesuaikan diri dengan suasana tempat belajar dan guru-guru di sana. Alhamdulillah, suasana di kuantan ni membuatkan saya lebih tenang dan selesa unuk belajar berbanding semasa di matrik pj dlu. semoga hari-hariku disini selama 4 tahun yang akn datang akan lebih tenang dan mendapat redha Allah dalam segala apa yang saya lakukan. harapan mak dan abah yang menggunung tinggi saat menghantar ku ke sini untuk melihatku berjaya akan ku tunaikan..InsyaAllah... Doa dari mak dan abah sangat didambakan..Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini..

1 comments:

hajarzainal said...

selamat datang ke kuantan
a new chalengges will begin
bulatkan tekad
kuatkan semangat!

uhibbuki fillah=)