Tuesday, November 11, 2008

Hanya 15 hotel miliki sijil halal?

Isu penyediaan dan makanan halal di Negara kita masih hangat dibincangkan dan tiada noktahnya. Sungguhpun pernah dilaporkan dan diketengahkan oleh media massa serta mendapat respon balas orang ramai, hokum ‘halal & haram’ masih dikesampingkan sedangkan ia satu tuntutan agama yg jelas dalam Al Quran antaranya dalam surah Al Baqarah dan Al Maidah.

Lebih mengejutkan , hasil maklumat dan semakan yg diperoleh pada 20 Oktober yg lepas, daripada ribuan hotel di seluruh Malaysia hanya 15 buah sahaja yg mempunyai sijil halal daripada JAKIM dari sudut penyajian dan penyediaan makanan (sila rujuk www.halal.gov.my)

menurut direktori halal di lama web jakim, hanya 5 buah terdiri daripada hotel yg berpusat di Kuala Lumpur manakala bakinya daripada ipoh, sabah, Sarawak dan negeri2 lain yg mendapat sijil halal

Tanpa disedari, umat islam samada secara individu, syarikat mahupun NGO islam ataupun parti politik seringkali menganjurkan pelbagai majlis di hotel2 terkemuka di seluruh Negara yg turut menyajikan hidangan makanan kepada penganjur yg meragukan dari sudut status pengesahan halalnya.

Ini termasuklah menganjurkan majlis brbuka puasa, majlis hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya di hotel2 sedangkan ianya mengundang persoaln samada sajian maknan yg disajikan halal atau sebaliknya.

Lebih mendukacitakn adakalanya program2 yg dianjurkan di hotel2 yg diragui halal dari segi makanan dan penyediaannya turut menghidangkn makanan kepada tetamu ty beragama islam termasuklah tokoh2 terkenal dan tokoh2 agama yg menghadiri majlis tersebut.

Samada meremehkan atau terlepas pandang , kebanyakan pelanggan hotel beragama islam tidak langsung menyelidiki atau mendapatkan pengesahan samada makanan di hotel terbabit mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Hanya berpandukan menu hidangan tradisi melayu seperti nasi goreng, rendang ayam atau kari daging belum tentu ianya menjamin halal sesuatu makanan itu.

Antara persoalan yg berbangkit ialah ramuan makanan itu yg mungkin bercampur dngan bahan yg ditegah oleh syarak seperti arak dan babi termasuklah penggunaan peralatan masakan dan makanan yg diragui tercemar dengan bahan yg diharamkan oleh agama islam sendiri.
Beberapa orang chef pernah mendedahkan sebelum ini di media bahawa beberapa sajian makann yg terdiri daripada ramuan arak ialah seperti sup, kek, desert dan makanan barat manakala sos dan pencecah ayam goring dan daging panggang juga dikhuatiri daripada bahan seperti minyak babi.

Selain itu dikhuatiri juga mesin pengisar di dapur hotel2 yg dikatakan mencampurkan semua jenis daging di dalam satu mesin termasuklah daging babi manakala tidak diasingkan peralatan seperti pinggan mangkuk dan cawan yg telah digunakan untuk menyajikan makanan terlarang seperti arak dan babi.

Jakim menjelaskn dalam lamannya bahawa ‘makann halal’ yg perlu mndapat mengiktirafan sijil halal mstilah mempunyai ciri2 ataupn syarat2 seperti brikut :

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa2 bahagian atau benda dari binatang yg orang islam dilarang dari memakannya atau yg tidak disembelih mengikut hokum syarak.

b) tidaklah mengandungi apa2 benda yg di hokum sebagai najis mengikut hokum syarak.

c) tidak disedia, diproses atau dihidang dengan menggunakn apa2 alat yg tidak bebas daripada banda2 najis mengikut hokum syarak.

d) tidaklah dalam masa menyedia ,memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dgn apa2 makanan yg tidak memenuhi kehendak perenggan a,b,c. atau apa2 bnda yg dihukum sebagai najis menurut syarak.

Dalam piawaian halal jakim menyatakan bahawa mana2 dapur yg disahkan halal hendaklah diadakn pengasinagn yg menyeluruh , tidak boleh bercampur dgn dapur yg tidak halal meliputi dari segi stor penyimpanan barang2 mentah, coldroom, freezer, dapur,peralatan memasak,peralatan makan dan minum, sudu garfu, cawan, sinki , peralatan membasuh dan pekerjanya (tukang masak) hendaklah muslim.

Amat memalukan apabila kerajaan bersungguh-sungguh memperkenalkn Malaysia sbagai ‘halal hub’ dan mempromosi makanan halal Negara namun hanya 15 buah sahaja hotel di Malaysia yg ‘mengizinkan’ rakyat yg beragama islam mnjamah dan menjamu selera tanpa syak wasangka.
Itu kategori hotel..bagaimana pula dengan produk makanan di resort, restoran, medan selera, cafeteria, kedai kek dan pastry, restoran makanan segera, pasaraya dan premis perniagaan yg lain?.....tepuk dada,tnya iman..

Dipetik daripada analisis Azamin Amin, Harakah 24-26 Oktober 2008

1 comments:

Unknown said...

astaghfirullah...

bahaya sungguh..
khuatir jugak makanan hotel sedap2 belaka..
kalo boleh anti bagitau hotel mana yang halal..
malas nak buka web jakim