perkara yang seringkali bermain di fikiran sejak akhir-akhir ni..
D.A.K.W.A.H
segalanya bermula :
- sejak balik dari MPISP di HUKM bulan lepas. - peristiwa semasa awal muharram - Bulan dakwah SRC (CAMPRO) - Rebranding dakwah workshop - Buat video untuk malam konsert amal sinar harian (fokus on dakwah also) - next program??????????
so, bersedialah hati dan diri untuk melaksanakan tuntutannya...... Allahu akbar!!
terasa begitu cepat masa berlalu. Tanpa sedar, dah masuk ke tahun baru. Ini menandakan semakin bertambahnya umur, tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul. Setahun yang berlalu meninggalkan memori dan setahun yang bakal dihadapi memerlukan kesabaran untk menempuhnya. Bila bertambahnya usia, memerlukan kita untuk merancang masa depan. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
quiz + midsem + lab report + assignment+final exam Intenship (praktikal) - short sem 3rd year membina keluarga dan masa depan anak-anak
banyak lagi sebenarnya perancangan, tapi tak tertulis di sini..walau sehebat manapun perancangan kita, Allahlah sebaik-baik perancang!!
Alhamdulillah..masih lagi dalam semangat tahun baru hijrah 1431H
hari ini 10 muharram 1431H, hari yang disunatkan berpuasa untuk memperingati peristiwa hari asyura yang di alami oleh Nabi Nuh a.s
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut :
1)Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu nabi) di Karbala’ 2)Diterima taubat Nabi Adam a.s 3)Dicipta Adam a.s 4)Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga 5)Dicipta arasy, kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 6)Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s 7)Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud 8)Selamat Nabi Musa dan pengikutnya 9)Dilahirkan Nabi Isa a.s 10)Diangkat Nabi Isa ke langit 11)Diangkat Nabi Idris ke langit 12)Mndaratnya kapal Nabi Nuh dgn slmt di atas bukit Judy 13)Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar 14)Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan nun 15)Nabi Yaa’kub dpt mlihat kmbali slpas drpd mnjadi buta 16)Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta 17)Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya 18)Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Sanah helwah buat diriku.. yang telah dilahirkan pada 10 muharam 1409 A.H bersamaan hari selasa
sebenarnya ada ralat 1 hari, mungkin 11 muharram disebabkan terdapat perbezaan samada tercepat @ terlambat sehari (maksudnya MESTI akan ada perbezaan ketepatan + atau - sehari sahaja)
kepada sahabat2 yang nak mengetahui tarikh lahir dalam tarikh hijri, bolehlah guna converter kalender mesihi-hijrah yang boleh di download di internet..hehe
Menjawab persoalan mengapa tarikh lahir dalam kalendar masihi dan hijrah apabila di convert-kan akan terdapat sedikit perbezaan samada terawal @ tercepat sehari..
"The conversion from & to the Hijri calendar is a pure mathematical one, & for the reasons of conversion, I had to make the Islamic day start at midnight. This is not true, but it makes conversion easier & wouldn't affect the +/-1 day error that much.
In reality, the sighting of the moon is the basis of determining when the month starts. Islamic Astronomers have a fixed 30 year cycle which has the 2nd, 5th, 7th, 10th, 13th, 16th, 18th, 21st, 24th, 26th, and 29th years as leap years of 355 days, this however is not taken into consideration by many Islamic countries which consider the physical sighting of the moon as the only method of determining the beginning of a lunar month. You have to remember also that the Islamic day starts at sunset & ends on the next sunset !
But come now !!! Even with all of these errors, the total error is +/- 1 day, & even the most accurate of calculations will have the same error at the end(look at the paragraph above) !! That makes my converter reliable, especially if you knew that the method of determining the 1st day changes from one country to another, bringing any converter to making predictions, not more ! "
Dalam memperkatakan tentang bulan Islam ini, sukalah saya untuk menyeru sahabat2 untuk kita meraikan hari lahir kita dalam tarikh hijrah..rigid sangatkah kita untuk menyambutnya dalam tarikh hijri ini??
Buat sesiapa yang lahir pada bulan Muharram, berikut adalah sifat-sifat yang nungkin ada pada anda :
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi kurang bijak jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
1) Aqidah yang sejahtera 2) Ibadah yang sahih 3) Akhlak yang mantap 4) Luas pengetahuan 5) Sihat tubuh badan 6) Mampu berdikari 7) melawan nafsu 8) Sangat menjaga masa 9) Tersusun urusannya 10) Bermanfaat pada orang lain
Puas ku rayu, puas kuseru jawapanmu tetap yang dulu, oh, sukarnya mengajakmu! namun kasihku padamu tetap padu, lantaran itu, aku akan terus menyeru, pada Yang Satu. kugenggam satu azimat, "kita hanya penyeru, bukan penghukum" Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku. seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu.. Akan kuteruskan semampuku, hingga ke hujung waktu.. -Tautan hati,Fatimah Syarha-
"sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.
- Dr Yusuf Qardawi-
Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.
-Ibnu Qayyim Al-Jauziy-
Renungan..
Memulakan langkah memang perit…bertatih…jatuh…dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian..impikan syurga idaman..sedangkan diri tak tahan ujian…kerdilnya diri bila menghitung keringat yg gugur..titisan air mata kecewa..rupanya masih sedikit kasih ini dipadu.....mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam..
My Beloved Parents
Insan yg tersayang dlm hidupku..Mohamed Sujari bin Mat Yatim & Rahimah bt Raden Bustam..