Wednesday, November 2, 2011

Post TABBAS

(
Masjid Sultan Sharif Ali di Bandar Seri Begawan. Terletak di atas air, dari pandangan hadapan dengan replika kapal Diraja)


Bismillahi wal Alhamdulillah.. 22 - 26 October yang lepas telah bermusafir ke Brunei dan Limbang, Sarawak. Safar yang sangat bermakna. Membawa 1001 misi dan harapan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan sekalipun banyak perancangan yang tidak menepati apa yang kami rancang. Ternyata, Allah sebaik-baik perancang!


Bermusafir ke sana baru-baru ini turut meninggalkan kesan kepada saya terutamanya biological clock yang sdikit terganggu. Perubahan masa di sana yang awal lebih kurang 1 jam lebih dengan masa di Malaysia membuatkan pertama kali saya solat subuh seawal 4.30 am. huhu.

Apabila balik ke Malaysia, masih terikut-ikut lagi dengan keadaan ini. Tidur seawal jam 12 malam dan bangun seawal 4.00 pagi. hhuhu.

InsyAllah details catatan perjalanan sepanjang berada di borneo akan dipost selepas ini.
Semoga ini bisa membuatkan saya lebih mudah bangun qiam dan study..insyAllah.

to be continue....


(Dewan Besar @ UBD)

(Masjid Sultan Sharif Ali di Bandar Seri Begawan, Brunei)

(Cansellory at University Brunei Darussalam)



Tuesday, November 1, 2011

Surat cinta yang tidak dibaca..


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

-
حولولاقوةإلابالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT CINTA (AL-QURAN) dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT CINTA yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Monday, October 17, 2011

JOM....













Sunday, October 9, 2011

Go Green. Save the earth





Wednesday, October 5, 2011

Minuman Sunnah





Adakah sahabat- sahabat mengetahui bahawa susu merupakan minuman susu sunnah nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw. Menurut firman Allah swt:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu,kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar.Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya,yang lahir dari antara hampas makanan dan darah (iaitu) susu yang bersih,yang mudah diminum lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya” (Surah An-Nahl:66)

Di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi disebutkan seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban).


SUSU KAMBING:Kepentingannya Dalam Gaya Hidup Anda.


Selalunya, apabila menyebut susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.


Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Hakikatnya , susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?

Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.


satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq,Rasulallah
SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal2kan orang" Kita sedia maklum kebanyakan Rasul-rasul dan Nabi-nabi semuanya pernah menjadi pengembala kambing dan tentu ada Hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.

Oleh itu, marilah kita mengamalkan sunnah yang baik ini, waima ia hanya sekadar minuman. Banyak jenis minuman yang ada, tapi adakah ia memberi kesan yang baik kepada kita. Bagi sahabat-sahabat yang mungkin mengalami ‘lactose tolerant’ atau sebagainya, mungkin ia memerlukan ‘mujahadah’ yang tinggi untuk mula mengamalkan minuman sunnah ini..

Selain itu, sebagai persiapan kita bagi menjalankan gerakerja amal islami, inilah peluang kita semua bagi mempersiapkan tubuh badan kita untuk menghadapinya.. Mantap jasad untuk memenangkan Islam. Hak pada tubuh badan juga perlu ditunaikan. Wallahua'lam.


Monday, August 8, 2011

Rindu itu anugerah....



kalaulah Baginda bersama kita

yang jauh dan dekat pasti merapati

mengharap kebaikan sebelum terbenam

ingin bersama dengan Kekasih

bersamanya jiwa pasti terubat...

berdoa ke hadrat Allah moga terjawab

cahaya Baginda pastinya tiada suram

ya Tuhan, kabulkan kami bertemu baginda

rohku sebagai perisai buatmu kekasih

Muhammad dimuliakan si asing

bersamanya jiwa pasti terubat

Wahai rahmat sekalian alam.

~Engkaulah insan sempurna~



p/s : kredit to Rancangan Laukana bainana, TV al Hijrah.

Rindu itu anugerah. Merindui haramain, sekalipun diri ini tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Merindui bumi anbiya'...agar berpeluang merasai ruh-ruh jihad dan perjuangan para sahabat baginda, Saidina Ja'afar bin Abi Thalib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Ibn Rawahah, pemuda ansar yang disayangi Rasulullah. Memasang impian dan cita-cita untuk menuntut ilmu di bumi siraman darah syuhada' itu. Ya Allah, izinkanlh aku untuk menjadi tetamu-Mu di sana.


9 Ramadhan 1432H
PUSPEN Dengkil
1.33 pm



Monday, August 1, 2011

Madrasah Ramadhan



SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Memulakan coretan hari ini dengan kalimah memuji-muji Allah. Selayaknya pujian hanya untukNya. Melangkah ke 1 Ramadhan dengan ketenangan dan kebahagiaan. Antara khauf dan raja', menjadi tetamu Ramadhan 1432H. Hidup di antara dua perbatasan.


Teringat saat berusrah di kampus pada tahun lepas, seminggu sebelum tibanya ramadhan. Si naqibah bertanya kepada semua ahli usrahnya, apakah azam dan persediaan ramadhan tahun ini? Bermacam-macam jawapan yang keluar dari setiap ahli usrah. Dan saya akan terus mengingatinya sehingga saat ini. Jawapan yang lahir dari hati, hati yang sangat merindukan ketibaan ramadhan. Semoga titisan air mata rindu ini menjadi saksi di hadapan Allah kelak.


Antara persediaannya ialah setup siap-siap lagu-lagu yang berkaitan Ramadhan dalam laptop dan mainkannya ketika kita sedang membuat kerja-kerja di laptop. Lagu-lagu yang membina diri dan minda kita untuk persediaan Ramadhan. Boleh juga setup desktop background komputer kita dengan wallpaper Ramadhan. Mencari mood supaya ia bisa sebati dalam diri.


Seterusnya, beli kain telekung baru, cadar baru dan sepasang baju kurung baru (bagi muslimah). Kemas dan hias bilik kita supaya ia mengikuti “rentak” kehidupan kita semasa bulan Ramadhan. Kain telekung yang baru akan lebih menambahkan semangat kita untuk bersolat tarawih dan ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga dengan baju baru. Baju yang akan dipakai untuk pergi bersolat tarawih di masjid atau surau berdekatan.


Ketika kecil dulu, abah akan mengajak saya menziarahi kubur arwah nenek sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Dan saya tidak suka bau setanggi yang abah bakar untuk mewangikan persekitaran kubur arwah nenek. Semantara abah membaca doa2 dan zikir, saya melilau mata melihat kubur-kubur yang lain. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa orang lain tak datang ziarah kubur seperti pada pagi 1 Syawal? Erm….


Yang paling penting, kita perlu ada persiapan ilmu untuk memasuki bulan Ramadhan supaya ia tidak berlalu dengan sia-sia. Melangkah ke bulan yang penuh barakah perlukan persediaan yang secukupnya. Perbanyakkan bahan bacaan tentang fadilat dan hikmah ramadhan dan ilmu-ilmu yang berkaitannya


ILMU + AMAL + ISTIQAMAH = MUJAHADAH


Saya kira ini adalah persediaan yang sangat praktikal. Saya yakin dan percaya setiap orang punya perancangan, persediaan dan azam masing-masing bagaimana ingin memenuhi dan mencorakkan ramadhan kali ini.


Menambahkan ibadah-ibadah sunnat, banyakkan bacaan Al quran, solat di awal waktu, kurangkan percakapan dan perbuatan yang sia-sia, tadabbur quran, iadah, lewatkan makan sahur, segerakan berbuka dan lain-lain.


Hidup adalah seni membuat pilihan dan keputusan. Manusia diamanahkan oleh Allah untuk mentadbir dirinya dalam lingkungan takdir Allah.


Memilih untuk mencari keuntungan berlipat kali ganda di bazaar ramadhan atau keuntungan akhirat yang tidak terhingga. Tidak salah jika hendak berniaga, memilih untuk mengikuti Sunnah NAbi dalam pencarian rezeki, asalkan sumbernya halal dan perniagaannya diberkati. Menunaikan solat dan menutup aurat dengan sempurna.


Rancangan televisyen yang ada kalanya kurang membina ‘mood’ Ramadhan sangat-sangat merisaukan saya untuk membenarkan anak-anak saudara saya menontonnya. Kanak-kanak sekecil 2-6 tahun memerlukan rancangan TV dan hiburan yang dapat membina hati dan perilaku mereka. Erm, think to ponder after this.


Selamat menjadi tetamu istimewa Ramadhan dengan amal ibadah yang istimewa juga!

“Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu dan bukan hamba Ramadhan.”

Mohon maaf atas segala khilaf diri hina ini.


Ramadhan Kareem. Menghampiri zohor 1 Ramdhan 1432H