Thursday, February 18, 2010

Cahaya itu...


Malam itu saya tidur lewat. Hampir jam 3 pagi baru dapat melelapkan mata. Lab report yang sepatutnya boleh disiapkan malam itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan kebuntuan idea dan ketidaklengkapan maklumat yang ada. Lantas, saya ke bilik air untuk mengambil wudu’, seterusnya mencapai mushaf al-quran yang saban hari menemani diri ini. Mencari sedikit modal untuk kelas tasmi’ pada esok hari. Beberapa minit kemudian, terlena juga akhirnya.

Jam 5.21 pagi, terjaga dari lena tanpa ada sedikit pun perasaan mengantuk selepas itu. Lantas, segera mencapai air dan roti sebagai syarat sahur untuk berpuasa sunat keesokan harinya. Selepas itu, terlena seketika dan terjaga kembali apabila masuknya waktu subuh.


Usai sudah solat subuh, membaca ma’thurat dan sekali lagi hajat ingin mencari modal untuk kelas tasmi’ malam itu. Rasa mengantuk yang teramat akibat tidur lewat semalam akhirnya membawa saya untuk terlena kembali dengan mushaf al quran yang masih lagi di tangan. Dalam mimpi itu, saya melihat diri saya yang sedang tidur dan dikelilingi cahaya putih di seluruh tubuh. Lantas bertanya sendiri, cahaya apakah itu? Dari mana datangnya?..




Tidak berapa lama kemudian, saya terus terjaga lantas segera beristighfar. Astagfirullahal ‘azim.. apakah maksud mimpi di awal pagi ini? lantas saya teringat kembali apa yang saya telah lakukan sebelum tidur malam itu.


Berwuduk dan membaca al-quran!!


Ya Allah, betapa besarnya petunjukMu buatku..


Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya.


Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah kelebihan berwudu’ sebelum tidur dan mengekalkan wuduk sepanjang masa. Ternyata, banyak kelebihan antaranya kita akan dilindungi oleh malaikat dari gangguan syaitan sepanjang kita tidur sehinggalah kita bangun keesokan harinya. Seperti yang kita sedia maklum, banyak gangguan yang terjadi semasa kita sedang tidur.


Daripada ‘uthman bin Affan r.a., katanya, Rasulullah saw bersabda, “sesiapa yang berwuduk, lalu mengelokkan wuduknya, keluarlah segala dosa daripada badannya hingga akan keluar daripada bawah kukunya”. (Riwayat Muslim)


Selain itu, boleh mengelakkan penyakit datang kepada kita. Kebiasaanya, penyakit datang semasa kita tidur. Itulah sebabnya apabila kita demam, perasaan sakit dan tidak sedap badan itu dapat dirasai selepas bangun dari tidur. Sunnah nabi juga turut mengajar kita supaya berstokin kaki semasa tidur kerana kebiasaanya penyakit masuk ke dalam tubuh kita melalui tapak kaki. Setakat ini, saya tidak pasti adakah kajian saintifik menunjukkan kebenaran ini. ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat dan ilmu yang orang tua saya ajarkan. Mungkin selepas ini saya perlu buat kajian, bakal saintis kn..=)


Terlalu banyak hikmah-hikmah dari sunnah yang telah Nabi tinggalkan kepada kita, umat akhir zaman ini. Hanya kita sahaja yang tidak menyedari dan malas untuk mengamalkannya..betulkah begitu? tepuk dada, bertanyalah pada iman.



Mafhum hadis, Orang yg mengamalkan Islam sangat susah, ibaratnya mengenggan bara api.cuba banyangkan, genggam bara api yang tengah marak menyala. Panas bukan? Tapi, kita mesti mengenggamnya supaya tidak jatuh (bara api umpama Islam itu sendiri). Tapi, amatlah panasnya bara api itu sehinggakan kita terlalu susah untuk pegangnya, hampir2 untuk menjatuhkannya..Jika kita lepas, bara api jatuh, tapi jika terus pegang, ianya sangat panas.



begitulah perumpamaan susahya mengamalkan Islam pada akhir zaman. Jika kita amalkan islam, kita akan ditimpa ujian dan cabaran yg banya (seperti panasnya bara api tadi), tapi jika kita lepaskan Islam, kita terpaksa gadaikan agama kita..Jelas bukan?

Sunday, February 14, 2010

Kesusahan itu tema kehidupan..


Mensyukuri nikmat iman dan islam di pagi hari ini…alhamdulillah, usai sudah paper terakhir midterm saya pada malam jumaat yang lepas, clinical biochemistry. Agak mencabar juga,tapi, di saat ini hanya tawakkal itulah yang sepatutnya. Agak kaku untuk memulakan penulisan kali ini setelah lama tidak menulis. insyAllah..semoga Allah memudahkan segalanya.

Kesusahan adalah TEMA KEHIDUPAN.


Sesuatu hakikat yang sepatutnya kita akui. Ini kerana, kalau hendak mencapai sesuatu tujuan, perlu menghadapi kesusahan dulu. Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita perlu akur dengan tema dunia ini..iaitu perlunya berkorban.


Kenapa kita perlu berkorban?


Kerana kita tahu ada kelebihan dan ganjarannya sekiranya kita melakukannnya. Namun demikian, tidak semua orang akur dengan sunnatullah ini, iaitu dalam usaha menikmati secebis iman, perlu menghadapi kesusahan. Dalam usaha untuk mentarbiyyah diri, memerlukan kesukaran, mehnah dan ujian.


Kenapa ya dalam usaha hendak memperbaiki diri pun perlukan kesusahan? Bukankah Allah menyuruh kita menjadi baik? Tetapi kenapa Allah tidak memudahkan jalan itu?................??


Persoalan-persoaln yang seringkali dilontarkan oleh mereka yang sering diuji di medan perjuangan ini, lagi2 bagi mereka yang dalam usaha bermujahadah untuk mengislahkan diri.


Ingatlah sahabat-sahabat, Allah akan menguji kita dalam pelbagai bentuk, samada dengan kesukaran mahupun kesenangan.


Kenapa kita sanggup bersusah payah untuk semua ini?


Janganlah mengamalkan double standard dalam diri kita, lagi-lagi dalam amalan seharian kita. Sebagai contoh, mengapa kita boleh berjaga hingga lewat malam untuk study di musim peperiksaan, tetapi tidak mampu untuk berjaga malam walau sekejap untuk qiam dan beribadah kepada Allah?...inilah double standard yang dimaksudkan. Kita sanggup bersusah payah melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat dunia, tetapi kita berlengah-lengah dalam mencapai matlamat akhirat. Kenapa? Mungkin kerana ganjaran dunia itu sering terpampang di hadapan mata. Kekayaan harta benda, kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya. Mungkin juga, matlamat akhirat itu kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kita. Syurga, neraka, pahala, dosa??...tidak mampu dibayangkan oleh diri manusia yang terbatas kesempurnaannya ini.


Inilah hakikat hidup..



Bagaimanakah cara untuk menghadapinya?.............dengan berSABAR


Firman Allah yang bermaksud :


Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)


Ada dua dafi’- ilmu berkaitan jiwa dan psikology yang kita boleh gunakan dalam menghadapi hidup ini.


Pertama, secara fisiologi. Contohnya, apabila kita lapar, otak akan memberi isyarat kepada tubuh kita untuk kita makan. Dan menggerakkan kaki kita menuju ke kafe untuk membeli makanan. Sekiranya kita menolak isyarat tubuh ini dengan mengabaikannya dan meneruskan sahaja kerja-kerja kita tanpa makan, akhirnya tubuh kita akan collapse.


Kedua, secara ruhiyyah. Sekiranya kita berada dalam keadaan kesukaran, kita mencari-cari sesuatu yang dapat menolong kita iaitu Allah. Sebagai contoh, apabila kita menaiki kapal terbang, sebaik sahaja pesawat berlepas meninggalkan lapangan, kita akan merasa takut,cemas dan gelisah. Masa itu, kita pun akan segera berdoa dan akan kedengaranlah muzik-muzik yang bernada lembut dari corong2 pembesar suara pesawat tersebut bertujuan untuk menenangkan para penumpang.


Hakikatnya, Allah mendatangkan kesukaran adalah untuk mematangkan dan menguatkan jiwa kita. Menjadikan kita seorang hamba yang cekal dan tabah. Diri ini apabila kita tidak sibukkan dengan sesuatu yang bermanfaat, dia akan mencari benda lain untuk sibuk. Hikmah Allah memberi kita kesukaran dalam kesibukan kita melakukan kerja-kerja islam ini sebenarnya adalah hendak menyelamatkan kita. Sebagai contoh, kita mempunyai masa yang sedikit untuk study berbanding kawan-kawan kita yang tidak terlibat dengan kerj-kerja islam ini. apabila difikirkan kembali, sekiranya saat itu kita ada masa untuk study pun, mgkin apa yang kit a baca tu tak masuk kepala pun disebabkan kita asyik berfikir dan berkhayal benda2 lain yang tidak sepatutnya. Oleh yang demikian, kualiti dan berkat dalam study itu sangat penting.


Dalam menghadapi segala kesusahan hidup ini, kekuatan jiwa sangat diperlukan sebagai persiapan para daie sekalian. Allah telah memberikan tips-tips di dalam surah al muzammil ayat 2 ;


“Bangunlah untuk solat pada malam hari kecuali sebahagian kecil..”


Dan Allah sambung lagi pada ayat yang berikutnya…


Seterusnya di dalam surah al-muddassir juga Allah ada menyatakan inzar buat golongan daie sebagai persiapan mereka. Ini adalah antara ayat-ayat awal yang diturunkan untuk pekerja-pekerja dakwah.


Seharusnya persiapan diri perlu diperkemas. Sekiranya persiapan diri tidak cukup, kita tidak akan mampu bertahan di jalan ini.


Gunakanlah peluang sebagai pekerja-pekerja dakwah ini dengan sebaiknya. For the sake to achieve mardhatillah and syahid fi sabilillah. Kalau tidak, Allah akan menggantikan tempat kita dengan orang lain yang sanggup ditarbiyyah oleh Allah. The common words, Islam tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan islam.



Di dunia ini, apabila ada orang baik, mesti akan ada orang jahat. Dan kemenangan islam itu akanwujud apabila orang baik membuat kerjanya lebih daripada orang jahat.

Thursday, February 11, 2010

Syahid yang hidup


Gelaran "Syahid yang hidup" bagi Thalhah bin Ubaidillah At-Tamimi bermula di hari terjadinya perang Uhud. Disaat kaum muslimin telah berada jauh dari Rasulullah SAW, baginda hanya ditemani 11 orang laki-laki dari kalangan Ansar bersama Thalhah bin Ubaidillah dari kalangan Muhajirin. Dalam situasi yang sangat genting, Rasulullah SAW bersama sahabat2nya beruseha mendaki bukit, tiba2 sekelompok pasukan musyrikin berhasil menyusulnya segaligus ingin membunuh baginda.

Saat itu Baginda bersabda:" Siapa yang ingin menghadang pasukan itu akan menjadi pendampingku disyurga?"

Thalhah langsung menyahut " Aku wahai Rasulullah". Namun Baginda menolaknaya dgn berkata :" tetaplah enkau pada posisimu"

Lalu seorang laki-laki dari kalangan Ansar berkata "Aku wahai Rasulullah"

Baginda menjawab:" Benar! kamulah yang akan menghadapi mereka". Laki-laki itupun bertempur menghadapi musuh hingga akhirnya dia terbunuh.

Peristiwa itu terjadi berulang2 kali,sehingga semua pengawal yang menyertai baginda gugur syahid kecuali Thalhah.

dan ketika itu pasukan musyrikin Quraisy berhasil menyusul Nabi SAW, lalu Baginda bersabda:" sekarang hadapilah mereka wahai Thalhah"
Disaat Baginda diserang dan menghadapi luka2, Thalhah dengan tegar tampil menghadang setiap musuh yang cuba mendekati baginda.

Abu Bakar berkata: waktu itu aku dan Abu Ubaidah b. Jarrah berada dalam posisi yang lebih jauh dari baginda, dan ketika kami berhasil mendekati baginda utk menolongnya, baginda bersabda:" Tinggalkan diriku dan tolonglah sahabatmu(Thalhah)". dan ternyata sekujur tubuh berlumuran darah serta tujuh puluhan luka2 terjatuh di sebuah lobang tak sedarkan diri.

Mengenang kembali peristiwa itu, Rasulullah SAW sering mengatakan:" Barang siapa yang ingin melihat syahid yang masih berjalan dipermukaan bumi, maka lihatlah Thalhah bin Ubaidillah".

Abu Bakar as-Siddiq jika terkenang peristiwa Uhud, beliau berkata.


"Hari itu semuanya milik talhah"


p/s : Talhah adalah nama mahallah (kolej kediaman) saya sekarang ni..=) mesti mcm pelik je kn? mcmna sister boleh dpt duduk kat mahallah bro..huhu..

Saturday, February 6, 2010

Yakinilah Dia..

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya. Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah, tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNYA....


Wednesday, February 3, 2010

Exam mood..

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..Ya rabbul Jalil...

alhamdulillah..baru lepas exam medical microbiology pada tengahari td..masih ada berbaki 2 papers lagi pada minggu hadapan..subjek quality assurance 8hb dan clinical biochemistry 10hb...

dalam exam mood ni macam-macam perasaan ada..biasalah..fatrah exam dan persekitaran yang menekan..

exam + kelas + assingment + kerja2 society + usrah + halaqah + program2

..menjadikan diri ini agak keletihan dan kelemasan sedikit. .kadang-kadang dalam situasi macam ni, 'brain damage' pun boleh berlaku..seperti apa yang berlaku pada saya malam tadi.huhu..
teruk betul..unconscious mind!!

mujur ada MU, Ya Allah..tempat untukku mengadu segala kepenatan dan keletihan yang mencengkam diri. Akhirnya hati ini menjadi tenang dengan kalamMu yang indah..Al Quran yang mulia..sebagai pemujuk diri ini. penenang segala hati yang gundah dan resah.
biarlah kita keletihan di dunia, insyAllah moga syurgalah tempat peristirehatan yang abadi..


my aim is..

exam + kelas + assingment + kerja2 society + usrah + halaqah + program2 = redha Allah!!

redha Allah matlamat utama..


pengemis cinta Ilahi,
perindu syahid abadi.
- kuantan-

p/s : mencari modal untuk kelas tasmi' mlm ni..huhu