Monday, January 3, 2011

Manfaat syukur


Bismillahi walhamdulillah

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di laman blog ini. Atas alasan apakah? sibuk? oh, pasti sangat sukar untuk saya istiqamah dalam penulisan blog ini. Menjadikan modal untuk bermuhasabah di tahap manakah diri ini.

Pepatah arab berbunyi ; "manusia yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan dapat memberi apa-apa kepada orang lain."

Sekarang sudah memasuki minggu ke-4 untuk semester 2 2010/2011. Kelas dan lab practical sudah berjalan dengan lancar seperti biasa, assingment pun sudah mendapat tajuk yang sepatutnya. Kesibukan kerja-kerja persatuan dan amanah yang dipikul sudah mula terasa. Semester ini merupakan sem yang paling banyak jam kredit, 22.5..smg Allah memudahkan semua urusan ini.

Kata Salafus soleh "sesiapa yang diberikan empat perkara tidak akan terhijab daripada empat perkara lain;

1) Sesiapa yang mendapat sesuatu, lalu dia BERSYUKUR tidak akan terhijab daripada bertambahnya rezeki.

2) Sesiapa yang diberikan HIDAYAH untuk bertaubat, maka ia tidak akan terhijab daripada dikabulkan doa.

3) Sesiapa yang BERISTIKHARAH, tidak akan terhijab daripada memperolehi pilihan yang baik.

4) Sesiapa yang BERBINCANG & BERMUSYAWARAH tidak akan terhijab daripada kebenaran.

Jika Helen Keller yang buta dan pekak itu pun boleh mengatakan:

“Saya mendapati bahawa hidup ini sangat indah.”

Jadi, siapa kita untuk mengeluh tentang hidup kita? hebat sangatkah diri?

Persoalan syukur terkadang kurang dan masih belum disebatikan sepenuhnya dalam diri kita. Bagaimana pula dengan persoalan redha? Mencari hati yang syukur dan redha sangat susah. semudah ikhlaskah? pastinya tidak. Lalu bagaimana? Hatta orang yang kuat beragama juga kadang-kadang mengeluh dan tidak yakin dengan ujian Allah. Persoalan hati dan roh berkait rapat.

Allah pemilik segala hati, maka hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang bersarang di dalam hati manusia.

Ikhlas

Redha

Syukur

thinks to ponder! Mengukur sejauh mana amalan dan penerimaannya disisi Tuhan.



Awwaluddin ma'rifatullah

Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi

29 Muharram 1432H

0 comments: