Monday, May 24, 2010

Dan bersujudlah kamu!...




Sebagai seorang pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan perubatan, saya cuba untuk berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat semua. Semasa kelas Physiology, Prof.Ridzwan ada menyebut kelebihan bersujud dalam konteks fisiology badan manusia, malah menggalakkan kami untuk mengkaji berkaitan terapi solat dan kaitannya dengan fisiologi, malah ibadah haji juga sama.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika solat.

1.
Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3.
Melegakan sakit hernia.

4.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.
Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6.
Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.
Meringankan kedudukan pelvis.

9.
Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.
Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic, secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11.
Bagi wanita, kedudukan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

12.
Mampu mengurangkan kegemukan.

13.
Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari daripada sakit gelombang perut (convulsions)

14.
Otak akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15.
Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat takabbur, sombong dan riya’.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambah kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.

Wallahua’lam.

0 comments: