Maksudnya : “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)
Cuti ini banyak sungguh jemputan walimah daripada sahabat-sahabat yang ingin mendirikan rumah tangga. Bersyukur , tahniah dan gembira apabila mendengar berita tersebut. Apatah lagi bila mendapat tahu adik beradik seperjuangan saya sendiri yang ingin menikah. Gembira tak terkata!
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya" (HR Thabrani)
Baginda lalu berkata, “tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah”. (Riwayat Suyuti)
Rasululllah SAW berpesan lagi: “Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.” (Riwayat Al-Baihaqi)
Terlalu banyak hadith-hadith dan ayat al-quran yang mmenggesa dan menggalakkan manusia untuk bernikah. Tahniah buat sahabat-sahabat yang telah dan akan bernikah kerana berjaya menyahut seruan Nabi. Tahniah kerana berjaya menyempurnakanlah sebahagian daripada agama dan sebahagian lagi hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah. Tahniah kerana berjaya memikul amanah perkahwinan ini sekalipun kalian masih lagi belajar. Ingatlah, pernikahan bukanlah suatu yang dibanggakan, tetapi ia adalah amanah yg akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan. Buat yang belum bernikah, bukan bermakna kalian tidak berjaya melaksanakannya, Cuma mungkin belum bersedia atau belum menemui calon yang sesuai atau mungkin juga belum sampai masanya giliran kalian..(^-^)
Azrol dan Fadhilah
17 April 2010
Pasir Pekan, Kelantan
Alhamdulillah, berkesempatan untuk hadir majlis mereka ni.
17 April – Sg. Besar
2 Mei – Shah Alam
Nadrah Ismail (classmate, 2nd year biomed) + fakhrul hakimin (uia Gombak)
31 April – Akad nikah
1 Mei – Semambu, Kuantan
p/s: maaf nadrah, tak dapat datang walaupun berjanji untuk datang sekiranya ada short sem, malangnya saya dan rakan2 sebatch terpaksa mengambil keputusan saat akhir untuk meng “cancel” kan short sem kami atas sebab2 tertentu.
7 mei – akad nikah
8 mei – Dungun, Terengganu
5 Jun – Paka, Terengganu
10 Jun – Machang, Kelantan
12 jun 2010- Johor
19 Jun 2010 - Bangi, Selangor
5 Jun 2010– Perak
...??..... - Perlis
12 Jun – Muar, Johor
19 Jun – Alor star, Kedah
4 comments:
ada orang tya sha, kenapa ramai kat UIA kawin awal? nak jawab camne tu?
dah samapai jodoh? umm..bleh plak nanti dia jawab...jodoh kurang eh kat u lain..(n_n)~~
to zai
jawablah yg jodoh tu sampai ikut individu tu sndri, bukan ikut u..hehe.
Allah maha mngetahui segala yg terbaik bt hambaNya..samada kawin awal @lambat..
salam... enti pegi wlimah firdaus??
to farha..
ana xg walimah daus..xd kesempatan..huhu
Post a Comment