Friday, April 30, 2010

Menangislah disini...


SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Setelah hampir sebulan "berpuasa" dari dunia maya, rasa rindu pulak nk menulis dalam blog ni. Saya masih lagi mencari butir-butir mutiara kata yang ingin dicoretkan di laman ini buat peringatan diri dan tatapan para pengunjung blog sekalian.

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu, bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi, berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun, setitis air mata kerana takutkan Allah persis permata, indahnya gemerlapan. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak berdukacita di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. "alangkah sempit kuburku," keluh seorang abid. "alangkah sedikit hartaku", kesal seorang hartawan.


Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus peluh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan, dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni syurga itulah orang2 yang menang." (Al-Hasyr:20)

Tangisan adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa berada dalam dua tangisan. Samada yang membawa untung atau yang merugikan. Sabda Rasulullah SAW. "ada dua titisan yang Allah cintai, pertama, titisan darah para syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah". Rasulullah bersabda lagi, "tangisan para pendosa lebih Allah cintai lebih dari tasbih para wali".

Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawaa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik dari abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak ia akan bertakhkta. Nabi bersabda, "kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama' dunia, hilang dunia, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Rasulullah saw bersabda, " JIka kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.

Seorang hukama' pernah bersyair, "aku hairan dan pelik melihat orang ketawa kerana perkara2 yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang mneyenangkan".

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya. Kita ketawa, walaupun sedar diri masih kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda, "siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke dalam neraka dalam keadaan menangis"

Nauzubillahiminzalik...Ya Allah, Kau peliharalah kami dari siksaan api nerakaMU..

0 comments: