Friday, March 2, 2012

Keberkatan rezeki



Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di laman ini atas kesibukan aktiviti seharian. Ahh..seringkali masa menjadi mangsa atas alasan ini. Pagi tadi berkesempatan menghadiri Liqa' Silaturrahim bersama principal Mahallah Talhah, kakitangan sokongan mahallah ofis dan beberapa orang sahabat. Program yang dirancang untuk meraikan dan menyambungkan ukhuwwah bersama makcik-makcik cleaner yang bekerja di Mahallah Talhah.



Selesai agenda menjamu selera, kedengaran seorang makcik membuka ceritanya. Saya yang sedang makan di kerusi belakang hanya memasang telinga. Beliau memperkenalkan diri sebagai Mak Wan, berusia 64 tahun. Sebelum ini beliau bekerja di Radicare selama beberapa tahun. Saya sangat teruja mendengar ceritanya. Beliau bercerita, niat beliau bekerja di Radicare tersebut ternyata ikhlas. Beliau memasang niat di awal hari kerjanya, sebaik sahaja memegang mop untuk membersihkan lantai, "Ya Allah berkatilah rezeki dan pekerjaan ku ini...nak simpan duit untuk pergi haji ni"....begitulah niat yang selalu dipasakkan di hati sebelum beliau memulakan kerja. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, beliau diizinkan menjadi tetamu-NYA di Baitullah pada tahun 2006 hasil usaha menyimpan duit gajinya selama bekerja di Radicare tanpa meminta sedikit pun duit suaminya. Ceritanya lagi, beliau sangat teruja dan merasai ketenangan yang teramat apabila menjejakkan kaki di sana.

Tidak mustahil kan..kerana hasil titik peluh menyimpan duit beserta niat yang betul, insyAllah akan diganjari sebaiknya. Saya yang ketika itu sedang makan, sedikit terkedu mendengar ceritanya. Allahuakbar!

Kali ni, apabila beliau bekerja sebagai cleaner di UIAM kuantan, beliau memasang niat untuk membuat umrah pula..



Tukang cuci, pemandu bas, peniaga pasar malam, tukang rumah dan tukang sapu sampah...pekerjaan yang kelihatannya hina dan jijik di pandangan manusia itu sebenarnya mampu menarik perhatian di sisi malaikat dan mendapat tempat yang tinggi pada pandangan Allah. Dengan syarat, sumbernya halal, niatnya ikhlas.

Jiwa-jiwa yang ikhlas bekerja, dengan pekerjaan yang halal, keberkatan rezeki akan menyinggahi. Teruskan kerja kalian dengan penuh rasa itqan. Ibadah yang seringkali manusia lupa.

Dalam pada itu, saya teringat kepada bonda di kampung. Beliau juga memasang impian untuk ke Baitullah. Namun, masih menunggu giliran dari pihak Tabung haji sekalipun rayuan telah dibuat. Ya Rabb, Permudahkan urusan beliau.

Hakikat sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang sedang menunggu jemputan dan panggilan dari Tuhan. Apabila niat kita betul-betul ikhlas, kadang-kadang kita tidak menyangka Allah akan menjemput kita..doa dan terus berdoa..

Mode tahun akhir pengajian. Mengintai-intai cabaran selepas bergraduasi di dunia sana. Cabaran kerjaya yang bakal mempertemukan dengan pelbagai ragam manusia. Baitul muslim yang menjanjikan hak-hak dan amanah yang berat dan gerakerja amal islami yang tiada kompromi.


Wednesday, February 22, 2012

Hijau itu indah




Monday, February 13, 2012

silence


Kadang-kadang diam adalah jawapan yang paling baik.

Friday, January 6, 2012

Perkongsian Hadith 27


5 Januari 2012

Sebelum keluar untuk ke exam Herbal Medicine petang itu, hati terasa kuat untuk membaca hadith 27. Lantas mencapai buku hadith 40 dari rak buku. Mengambil sedikit masa selepas zohor untuk membaca dan menghadamnya. Semoga ia bisa menjadi penenang jiwa menghadapi peperiksaan dunia sebentar nanti.

Hadith 27 : Perkara kebaikan dan dosa

1) kebaikan itu elok budi pekerti

1) kebaikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada ibu bapa dan banyak juga digunakan untuk sekalian makhluk secara umum. Jadi, yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat suatu yang baik kepada sekalian makhluk.

2) keelokan dalam ertikata melaksanakn segala amal taat sama ada yang zahirnya mahu pun yang batinnya sejajar dan sesuai dengan petunjuk AL Quran iaitu:

1. Taat pada zahir;

Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji, kesabaran menghadapi segala kesukaran dll

2. Taat pada batin;

keimanan kepada Allah, Rasul, malaikat, kitabNya

"Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut"


2) Dosa itu getaran dalam Islam

Rasulullah bersabda;" Apa yang bergetar dalam diri engkau, dan engkau benci akan dilihat manusia kepada sesuatu yang berdosa itu."
"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan" - Abu Darda'

3) Mintalah fatwa hati engkau

Bertanya dan mengambil ketetapan sikapnya dalam suatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dalam perkara syubhah. Dosa itu menggoncangkan hati. Jadi, hati adalah pedoman @ pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seseorang.

kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Menurut riwayat Syarah al-Arbain al-Nawawiyyah bahawa Nadi Adam berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Antaranya:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu makan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat dan fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang2 tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah yang terlarang itu.



Saturday, December 31, 2011

Saman dunia vs saman akhirat


02:05 am

1 Januari 2012

Pertama kalinya dalam hidup saya kena saman kerana masuk lambat ke kampus selepas menjalani xpdc tahun baru. Dengan wajah dan senyuman yang manis masih lagi boleh tersenyum dengan akak guard tu walaupun dalam hati rasa geram je. Allah. Allah

Apalah sangat kena saman kerana melanggar peraturan manusia, andai peraturan Allah pun ada sistem saman macam ni, confirm dah pokai dan muflis sebab tidak mampu untuk membayarnya.

Ini adalah antara beberapa kesalahan di kampus:

Squatting RM 50
failure to conserve energy (electricity & water) RM 50
Disturbing the peace & transquility in the Mahallah RM 50
Loss of key room RM 50
Making noise RM 50
Parking at reserved parking RM 50
smoking RM 50
Cooking RM 50
Late registration RM 50


Antara kesalahan peraturan Allah di atas muka bumi ini:

Membazir air ketika wudu' RM 50
Melewat-lewatkan solat RM 50
Tidak menghormati hak jiran RM 50
Menyakiti manusia RM 50
Mempersendakan hukum Allah RM 50
Riya' RM 50
Tak ikhlas dalam amalan RM 50
Pakaian tidak menutup aurat RM 50
Tidak khusyuk dalam solat RM 50
Membaca Alquran tanpa tajwid yang betul Rm 50
Membuang masa dengan perkara sia-sia RM 50

dan banyak lagi peraturan dan undang-undang Allah yang kita tidak mampu menghitungnya, berapa banyak saman yang kita perlu bayar. Ganjaran dan balasan Allah tidak diperlihatkan secara langsung di dunia ini, kerana itu manusia masih mampu melanggar peraturan Allah sewenang-wenangnya.

Kerana itu juga Islam datangkan konsep taubat.

Rahmat Allah sangatlah luas

Bagi mereka yang hati-hatinya masih lagi hidup.

Insan-insan suci, mereka adalah pilihan Allah.


Monday, December 26, 2011

Mumtaz dunia akhirat



Kiranya peperiksaan ini medan juangmu,maka bertarunglah sedaya upayamu kerana ALLAH..kau telah dpertaruhkan segala ilmu dari gurumu,maka manfaatkanlah ia semampu akalmu utk memartabatkn kedudukan ummahmu,bukan semata2 utk kepuasan diri....Tuhanmu x menilai natijahnya ttp yg dinilai adalah kesungguhanmu,berjuanglah wahai pejuang, dengan kalimah Tuhanmu, dengan ilmu yang dipinjamkn sementara kepadaamu....yang selebihnya sandarkn saja pada ketentuannya.

A is for ALLAH~selamat mengulangkaji....salam imtihan

30/12/2011 - Research Methodology
4/1/2012 - Industrial Pharmaceutical Regulation
5/1/2012 - Herbal medicine
13/1/2012 - Drug Abuse


Monday, December 19, 2011

Muhasabah Alquran



Masih berkilat atau sudah berkarat kah alquran di dada? Satu semester bakal berakhir tanpa kelas tasmi' dan diikuti satu semester lagi selepasnya.. Allah. Hanya berbekalkan disiplin dan kekuatan diri sendiri untuk istiqamah menjaga kalamMU..

Ya Allah, hadiahkanlah Al quran ke dalam hati kami..redhailah kami sebagai penghafaz kalamMU.. amin..