Monday, February 14, 2011

Buktikan cinta itu...





"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh. kerana..

Rasulullah mencintai orang lain yang belum pernah baginda temui.

Disaat Rasulullah berkata demikian, apakah agaknya reaksi ummat baginda dikala ini?

Mengaku mencintai Rasulullah bukan setakat bermain kata-kata indah di bibir sahaja. Tetapi sejauh mana kita mengaplikasikan dan membuktikan cinta kita kepada baginda dalam segenap penjuru kehidupan kita.

Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah

Melakukan apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang

Menghormati dan mengasihi ahlul byt dan sahabat2 baginda

Sensitif terhadap isu-isu yang memburukkan Rasulullah

Sentiasa berselawat ke atas baginda S.A.W


Buktikan cinta itu dengan amalan. Supaya cinta itu tidak sia-sia dihanyut angin lalu.

1 comments:

insaN said...

Allah...
kasihanilah kami..
bantulah kami perteguhkan amalan kami..

bantulah kami agar mengingatimu sentiasa..
dan
berselawat sentiasa ke atas junjungan mulia..
kekasihmu..
Nabi Muhammad S.A.W

amin...yaRabb..