Wednesday, July 22, 2009

Indahnya hidup bersulam Nur iman..

Catatan kehidupan, 22 Julai 2009

Hari ni terasa hidupku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Bermula dengan bangunku dari tidur pada awal pagi hari..alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh Allah untuk qiam dan bertahajjud sekali lagi. Nikmat ini sangat berharga dan memberi ketenangan kepadaku. Hamba yang kerdil ini mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang menghijab diri dari Tuhannya selama ini. Hatiku yang keras perlu dilembutkan dengan kalimah-kalimah thoyyibah dan zikir-zikir yang mendamaikan hati akibat ketandusan dan kehausan nur tarbiyyah dari MU. Kadang kala diri ini terleka akibat kesibukan urusan dunia yang melalaikan. Alhamdulillah, ternyata kasih sayangMu masih lagi bersinar buatku..hidayah MU masih lagi sudi menyapa diri ini. Titis air mata mngalir membasahi pipi mengenangkan dosa-dosa dan kealpaan diriku.


Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, samada aku sedar atau tidak. Sengaja atau tidak sengaja, ampunkanlah dosa2 yang telah aku lakukan, dosa-dosa yang sedang aku lakukan, dan dosa-dosa yang akan aku lakukan. Sesungguhnya Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar. Berilah kekuatan kepadaku dalam menghadapi ujian kehidupan ini. Peliharalah aku dari dosa dan kejahatan.


Hari-hari yang dilalui dimulakn dengan bacaan al quran sebelum pergi kelas. Semoga inilah sahaja cara yang dapat aku lakukan untuk memperoleh keberkatan dalam pelajaran dan seterusnya melancarkan perjalanan hidupku sepanjang hari tersebut.


Hari ni kelas ku bermula seawal 8 pagi. Kelas physiology. Alhamdulillah, dapat tumpukan sepenuhnya perhatian dalam kelas untuk kali ini. Kelas seterusnya pada pukul 9.30am untuk subjek principles of microbiology sampai pukul 11.30am. mengantuk sikit dalam kelas ni.huhu..sori Dr Othman ye..hehe. urusan seterusnya ialah berjumpa dengan kak mahfuza, my senior 3rd year biomed untuk berbincang tentang kerja2 s/u untuk kempen src pada sem ni. Kak mahfuza yang merupakan assistant saya untuk secretary sangat komited dalam kerjanya, dan dalam masa yang sama turut meringankan beban kerja saya sebagai s/u untuk kempen ni. Thanks, k.mahfuza..duk berbincang kat wackos sampai kul 12 lebih..lepas tu, kami pun berjalan kaki balik ke mahallah. Ingat nak tungu bas, tapi lambat pulak. Petang ni saya ada lab pukul 2pm. Terasa sangat sekejap dan tak penat pun berjalan kaki dari KOS (kulliyah of science) kali ni. Mungkin jugak sepanjang perjalanan kami banyak berbincang dan borak-borak. Tetiba je dah sampai café..hehe..bahagia betul rasanya hari ini.




Tapi, petng ni saya telah ,mengalami pengalaman yang sangat memenatkan. Lab practical untuk subjek principles of microbiology. Pukul 2pm sampai 5.30pm brada dalam lab yang tidak ber”air-cond”..sangt panas. Macam sauna pulak. Eksperimen kali ini menggunakn Bunsen bunner, lagi la panas.dengan lab coat yang tebal lagi. Huhu..ujian..kat neraka lagi panas kn.

Cabaran kedua ialah menghadapi eksperimen yang tak jadi..huhu..kenelah ulang 2,3 kali..penat sungguh. Hari ini cover 2 tajuk eksperimen. Jadi, banyaklah steps yang nak kne buat. Pukul 4.30pm baru buat second experiment. Pastu, slaid yang sepatutnya hany perlu flame pada Bunsen bunner telah pecah..sebab panas sangt huhu..knelah ulang lagi step tu..sabar ajelah..walauapapun,seronok bekerja dengan ahli kumpulan saya yang ceria. Kadang-kadang tu kalut jugak bila salah steps..habis kecoh dibuatnya.hehe. biasalah, kami ni bakal saintis, jadi memang kenalah banyak bersabar bila buat eksperimen . kemungkinan eksperimen tak jadi, tak dapat result dan sebagainya.




Lepas balik lab, sampai bilik dah pukul 6pm. Cepat-cepat solat asar. Lepas tu, terus tertidur. Exhausted sangat. Huhu..memang mnjadi kebiasaan kalau lepas balik lab, mesti kepenatan yang teramat..bayangkanlah dalam jadual aku tiap-tiap petang ada lab session. huhu. waktu malam ku hanya dihabiskan di bilik untuk mnyiapkan proposal2 dan kerja2 society yng banyak. Penat jugak mnghadap laptop ni. insyAllah semoga penghjung hariku pada malam ini diakhiri dengan pengakhiran yang baik dan diberkati dan diredhai Allah atas apa yang aku buat sepanjang hari ini. Wallahua’lam.




p/s : mulakanlah awal dan penghujung hari kita dengan kalamullah, penenang hati yang resah, pendamai jiwa yang gundah.


1 comments:

kingzul said...

Alhamdulilla. Semoga ramai lagi yg melakukan apa yg anda telah lakukan