Wednesday, July 22, 2009
Alhamdulillah..
petang ni ada meeting untuk student tahfiz dengan ustaz/ah tasmi' masing-masing. insyAllah akan start class minggu ni kalu tak silap. walau apapn, knelah bersedia dengan modal-modal untuk di tasmi' dan iadah untuk yang lepas2..ya Allah, mudahkanlah segala urusanku untuk mengingati ayat-ayat MU ini..hnya dengan berkat dariMU sahajalah yang dapat membantu ku..
insyAllah strive for success!
Indahnya hidup bersulam Nur iman..
Catatan kehidupan, 22 Julai 2009
Hari ni terasa hidupku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Bermula dengan bangunku dari tidur pada awal pagi hari..alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh Allah untuk qiam dan bertahajjud sekali lagi. Nikmat ini sangat berharga dan memberi ketenangan kepadaku. Hamba yang kerdil ini mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang menghijab diri dari Tuhannya selama ini. Hatiku yang keras perlu dilembutkan dengan kalimah-kalimah thoyyibah dan zikir-zikir yang mendamaikan hati akibat ketandusan dan kehausan nur tarbiyyah dari MU. Kadang kala diri ini terleka akibat kesibukan urusan dunia yang melalaikan. Alhamdulillah, ternyata kasih sayangMu masih lagi bersinar buatku..hidayah MU masih lagi sudi menyapa diri ini. Titis air mata mngalir membasahi pipi mengenangkan dosa-dosa dan kealpaan diriku.
Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, samada aku sedar atau tidak. Sengaja atau tidak sengaja, ampunkanlah dosa2 yang telah aku lakukan, dosa-dosa yang sedang aku lakukan, dan dosa-dosa yang akan aku lakukan. Sesungguhnya Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar. Berilah kekuatan kepadaku dalam menghadapi ujian kehidupan ini. Peliharalah aku dari dosa dan kejahatan.
Hari-hari yang dilalui dimulakn dengan bacaan al quran sebelum pergi kelas. Semoga inilah sahaja cara yang dapat aku lakukan untuk memperoleh keberkatan dalam pelajaran dan seterusnya melancarkan perjalanan hidupku sepanjang hari tersebut.
Hari ni kelas ku bermula seawal 8 pagi. Kelas physiology. Alhamdulillah, dapat tumpukan sepenuhnya perhatian dalam kelas untuk kali ini. Kelas seterusnya pada pukul 9.30am untuk subjek principles of microbiology sampai pukul 11.30am. mengantuk sikit dalam kelas ni.huhu..sori Dr Othman ye..hehe. urusan seterusnya ialah berjumpa dengan kak mahfuza, my senior 3rd year biomed untuk berbincang tentang kerja2 s/u untuk kempen src pada sem ni. Kak mahfuza yang merupakan assistant saya untuk secretary sangat komited dalam kerjanya, dan dalam masa yang sama turut meringankan beban kerja saya sebagai s/u untuk kempen ni. Thanks, k.mahfuza..duk berbincang kat wackos sampai kul 12 lebih..lepas tu, kami pun berjalan kaki balik ke mahallah. Ingat nak tungu bas, tapi lambat pulak. Petang ni saya ada lab pukul 2pm. Terasa sangat sekejap dan tak penat pun berjalan kaki dari KOS (kulliyah of science) kali ni. Mungkin jugak sepanjang perjalanan kami banyak berbincang dan borak-borak. Tetiba je dah sampai café..hehe..bahagia betul rasanya hari ini.
Tapi, petng ni saya telah ,mengalami pengalaman yang sangat memenatkan. Lab practical untuk subjek principles of microbiology. Pukul 2pm sampai 5.30pm brada dalam lab yang tidak ber”air-cond”..sangt panas. Macam sauna pulak. Eksperimen kali ini menggunakn Bunsen bunner, lagi la panas.dengan lab coat yang tebal lagi. Huhu..ujian..kat neraka lagi panas kn.
Cabaran kedua ialah menghadapi eksperimen yang tak jadi..huhu..kenelah ulang 2,3 kali..penat sungguh. Hari ini cover 2 tajuk eksperimen. Jadi, banyaklah steps yang nak kne buat. Pukul 4.30pm baru buat second experiment. Pastu, slaid yang sepatutnya hany perlu flame pada Bunsen bunner telah pecah..sebab panas sangt huhu..knelah ulang lagi step tu..sabar ajelah..walauapapun,seronok bekerja dengan ahli kumpulan saya yang ceria. Kadang-kadang tu kalut jugak bila salah steps..habis kecoh dibuatnya.hehe. biasalah, kami ni bakal saintis, jadi memang kenalah banyak bersabar bila buat eksperimen . kemungkinan eksperimen tak jadi, tak dapat result dan sebagainya.
Lepas balik lab, sampai bilik dah pukul 6pm. Cepat-cepat solat asar. Lepas tu, terus tertidur. Exhausted sangat. Huhu..memang mnjadi kebiasaan kalau lepas balik lab, mesti kepenatan yang teramat..bayangkanlah dalam jadual aku tiap-tiap petang ada lab session. huhu. waktu malam ku hanya dihabiskan di bilik untuk mnyiapkan proposal2 dan kerja2 society yng banyak. Penat jugak mnghadap laptop ni. insyAllah semoga penghjung hariku pada malam ini diakhiri dengan pengakhiran yang baik dan diberkati dan diredhai Allah atas apa yang aku buat sepanjang hari ini. Wallahua’lam.
p/s : mulakanlah awal dan penghujung hari kita dengan kalamullah, penenang hati yang resah, pendamai jiwa yang gundah.
Thursday, July 16, 2009
Kurangkan ketawa, banyakkan menangis
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;
فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;
وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ
Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.
Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit. Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia.
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.
"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."
" Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang berharga di pandangan-Nya"...ameen..
Seuntai kata..
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang
Sunday, July 12, 2009
Sem baru..natijah baru..
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Friday, July 10, 2009
Tarbiah Jasadiyyah buatku..
lma tak menulis..dekat 2 minggu jugak blog ni terbiar tanpa coretan. selepas habis short sem hari tu, ingat boleh la duduk bercuti lama di rumah..tapi, rupanya baru 2,3 hari di rumah, dah kne panggil untuk jadi committee untuk satu program ni. huhu..habislah mak dan abah saya bising..saya ni name je cuti, tapi sokmo xde kt umah..gi program la, itulah..inilah...sabar jela mak abah ye..(^-^)
hari ni, saya dah berada di uia kuantan..balik awal dari tarikh yang ditetapkan..so, knelah bayar rm 3.50 kt mahallah ofis..teruk betul! habis duit saya, mujur jugak tak kne saman. dah la lepas short sem hari tu tak pulangkn kunci bilik..hehe..
sejak saya tiba di uia ni, tiba-tiba rasa badan tak sihat..selsema, sakit dan sangt berat kepala dan rasa macam nak demam..huhu..sedih betul!...xpe2, tarbiah jasadiyyah buat diriku..setakat ni x makan ubat dan x pegi klinik lagi..dua perkara tersebut adalah sesuatu yg saya akan elakkan untuk buat..hehe..mesti para nurse dan doktor marah ni..=) tapi rasanya macam kne makan ubat je ni, takut melarat pulak, next week dah start kuliah. kerja2 lain dah bertimbun nak kne siapkan..huhu
teringat kata-kata seorang sahabat..think positive to yourself! kalu nak sakit tu, jgn manjakan sangat diri..be strong dan lawan perasaan sakit tu..yakin dengan diri sendiri..sebutkan kata-kata yang dapat motivate diri. so, be strong syahida!...huhu.