Friday, October 29, 2010

Meniti hari..

Alhamdulillah...baru lepas satu paper pada pagi tadi, pharmacology. Berjaya juga menghabiskan 1 paper dengan keadaan diri yang agak tidak stabil. Suhu exam hall, kuliyyah of medicine yang agak rendah membuatkan saya sangat2 kesejukan dan kekakuan. Pucat tangan dibuatnya sampai susah nak menulis..huhu. sejuk sungguh aircond kt uia ni..

masih berbaki lagi 4 subjek, 1 assingment dan 1 kelas tahfiz yang masih harus diselesaikan.
semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya.

"yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan. yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyyah Allah tersirat rahmat & hikmah. Diuji sebagai tnda sayangnya."

I belong to no one except Allah..Dear Lord, I submit myself to You whole heartedly for these days to come..

Mohon doa dan restu semua sahabat2 yang mengunjungi blog saya ini. Semoga kita terus diberi kekuatan dan kejayaan dalam usaha menegakkan Ad-Deen ini.


Allah segalanya buatku..
~hujan rahmat~
kamar Arrahman
3.04 pm

1 comments:

.:Ismi Farha:. said...

To: Syahidah Sujari

Go all out shbt..

TERUSKAN PERJUANGAN..!!!
DIRI INI SENTIASA MENDOAKAN DIRIMU.. =)

"Dan bahawa manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya... dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kpdnya... Kemudian akan diberi balasan kpdnya dgn balasan yang paling sempurna. (A-Najm 39-41)". All the best! Usaha hingga saat yg terakhir.


Berpeganglah dgn ayat2 cinta Allah ini.. Insya-Allah...
Rancangan STRATEGI dgn baik yea...
Moga perolehi kejayaan fid dunia wal akhirat...amin, shbt.