Friday, January 6, 2012

Perkongsian Hadith 27


5 Januari 2012

Sebelum keluar untuk ke exam Herbal Medicine petang itu, hati terasa kuat untuk membaca hadith 27. Lantas mencapai buku hadith 40 dari rak buku. Mengambil sedikit masa selepas zohor untuk membaca dan menghadamnya. Semoga ia bisa menjadi penenang jiwa menghadapi peperiksaan dunia sebentar nanti.

Hadith 27 : Perkara kebaikan dan dosa

1) kebaikan itu elok budi pekerti

1) kebaikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada ibu bapa dan banyak juga digunakan untuk sekalian makhluk secara umum. Jadi, yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat suatu yang baik kepada sekalian makhluk.

2) keelokan dalam ertikata melaksanakn segala amal taat sama ada yang zahirnya mahu pun yang batinnya sejajar dan sesuai dengan petunjuk AL Quran iaitu:

1. Taat pada zahir;

Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji, kesabaran menghadapi segala kesukaran dll

2. Taat pada batin;

keimanan kepada Allah, Rasul, malaikat, kitabNya

"Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut"


2) Dosa itu getaran dalam Islam

Rasulullah bersabda;" Apa yang bergetar dalam diri engkau, dan engkau benci akan dilihat manusia kepada sesuatu yang berdosa itu."
"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan" - Abu Darda'

3) Mintalah fatwa hati engkau

Bertanya dan mengambil ketetapan sikapnya dalam suatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dalam perkara syubhah. Dosa itu menggoncangkan hati. Jadi, hati adalah pedoman @ pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seseorang.

kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Menurut riwayat Syarah al-Arbain al-Nawawiyyah bahawa Nadi Adam berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Antaranya:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu makan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat dan fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang2 tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah yang terlarang itu.



Saturday, December 31, 2011

Saman dunia vs saman akhirat


02:05 am

1 Januari 2012

Pertama kalinya dalam hidup saya kena saman kerana masuk lambat ke kampus selepas menjalani xpdc tahun baru. Dengan wajah dan senyuman yang manis masih lagi boleh tersenyum dengan akak guard tu walaupun dalam hati rasa geram je. Allah. Allah

Apalah sangat kena saman kerana melanggar peraturan manusia, andai peraturan Allah pun ada sistem saman macam ni, confirm dah pokai dan muflis sebab tidak mampu untuk membayarnya.

Ini adalah antara beberapa kesalahan di kampus:

Squatting RM 50
failure to conserve energy (electricity & water) RM 50
Disturbing the peace & transquility in the Mahallah RM 50
Loss of key room RM 50
Making noise RM 50
Parking at reserved parking RM 50
smoking RM 50
Cooking RM 50
Late registration RM 50


Antara kesalahan peraturan Allah di atas muka bumi ini:

Membazir air ketika wudu' RM 50
Melewat-lewatkan solat RM 50
Tidak menghormati hak jiran RM 50
Menyakiti manusia RM 50
Mempersendakan hukum Allah RM 50
Riya' RM 50
Tak ikhlas dalam amalan RM 50
Pakaian tidak menutup aurat RM 50
Tidak khusyuk dalam solat RM 50
Membaca Alquran tanpa tajwid yang betul Rm 50
Membuang masa dengan perkara sia-sia RM 50

dan banyak lagi peraturan dan undang-undang Allah yang kita tidak mampu menghitungnya, berapa banyak saman yang kita perlu bayar. Ganjaran dan balasan Allah tidak diperlihatkan secara langsung di dunia ini, kerana itu manusia masih mampu melanggar peraturan Allah sewenang-wenangnya.

Kerana itu juga Islam datangkan konsep taubat.

Rahmat Allah sangatlah luas

Bagi mereka yang hati-hatinya masih lagi hidup.

Insan-insan suci, mereka adalah pilihan Allah.


Monday, December 26, 2011

Mumtaz dunia akhirat



Kiranya peperiksaan ini medan juangmu,maka bertarunglah sedaya upayamu kerana ALLAH..kau telah dpertaruhkan segala ilmu dari gurumu,maka manfaatkanlah ia semampu akalmu utk memartabatkn kedudukan ummahmu,bukan semata2 utk kepuasan diri....Tuhanmu x menilai natijahnya ttp yg dinilai adalah kesungguhanmu,berjuanglah wahai pejuang, dengan kalimah Tuhanmu, dengan ilmu yang dipinjamkn sementara kepadaamu....yang selebihnya sandarkn saja pada ketentuannya.

A is for ALLAH~selamat mengulangkaji....salam imtihan

30/12/2011 - Research Methodology
4/1/2012 - Industrial Pharmaceutical Regulation
5/1/2012 - Herbal medicine
13/1/2012 - Drug Abuse


Monday, December 19, 2011

Muhasabah Alquran



Masih berkilat atau sudah berkarat kah alquran di dada? Satu semester bakal berakhir tanpa kelas tasmi' dan diikuti satu semester lagi selepasnya.. Allah. Hanya berbekalkan disiplin dan kekuatan diri sendiri untuk istiqamah menjaga kalamMU..

Ya Allah, hadiahkanlah Al quran ke dalam hati kami..redhailah kami sebagai penghafaz kalamMU.. amin..


Catatan Borneo 4


Hari ke 5 (26 Oktober 2011)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Brunei. Seawal jam 7 pagi kami bersiap-siap untuk bertolak ke bandar dengan ditemani sahabat2 MPP dari UBD. Bandar Seri Begawan. Seindah namanya. Pada masa yang sama kami terus mengangkut segala beg dan barang2 untuk check out kerana flight kami dijadualkan pada jam 2.30 pm.

Dalam perjalanan ke Muzium Brunei, kami melalui perkampungan air. Teruja melihat perkampungan tersebut. Rumah, sekolah, masjid hatta stesen minyak juga berada di atas air. Kerana kesuntukan masa, kami tidak berkesempatan untuk singgah ke sana. hanya dapat melihatnya dari kejauhan.

Antara tempat menarik yang sempat kami lawati antaranya Pasar Tamu Kianggeh, Muzium Brunei, Kampung Ayer dan Royal Regalia. Di Royal Regalia, terdapat banyak barang-barang perhiasan Kesultanan Brunei dan kerabatnya. Sebelum bertolak ke airport, kami sempat solat jama' zohor and asar di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang merupakan masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Brunei. Antara masjid yang mesra jemaah dan unik kerana terletak di atas air. Juga terdapat tasik yang indah dengan dihiasi replika kapal yang sangat menarik perhatian semua pengunjung. Kami dimaklumkan bangunan2 di Brunei tidak boleh melebihi ketinggian masjid. Alhamdulillah, masjid adalah syiar Islam di sana.

Flight bertolak pada jam 2.30pm dan selamat sampai ke KLIA pada jam 5.00 pm. Alhamdulillah, tiba dengan selamatnya di UIA kuantan pada jam 2.30 am.


Sunday, December 11, 2011

Catatan Borneo 3

Hari ke-4 (25 October 2011)

Pada hari ini, seharian program kami di UBD dan campus tour dari pagi hingga petang. Dimulakan dengan pertemuan dan perkongsian pintar di antara MPP UBD, SRC IIUM dan MRC Talhah. Banyak yang diperbincangkan antaranya berkenaan prgram-prgram dan sistem MPP itu sndiri yang ternyata jauh berbeza di antara UBD dan UIAM. Sessi dialog diteruskan lontaran-lontaran persoalan dan bertukar-tukar pandangan di antara 2 kampus ini. Alhamdulillah, banyak yang kami dapat belajar daripada UBD terutamanya tentang 'peace & safety' nya belajar dan tinggal di kampus tersebut. MPP UBD akan mengawal selia semua persatuan yang ditubuhkan di sana dan pemberian budget setiap persatuan juga adalah dibawah seliaan MPP. Penubuhan satu2 persatuan di sana agak mudah, hnya memerlukan 5-10 ahli sahaja.

(Faculty of Science)

Sessi perkongsian dua hala tersebut berakhir menjelang zohor. Kami dibawa untuk bersolat di masjid UBD yang cantik dan indah. Masjid yang mesra jemaah. Pada sebelah petangnya, kami meneruskan aktiviti dengan melawat library UBD, Cansellory, Bangunan admin, Student center dan fakulti2 yang terdapat di UBD. Agak kepenatan dengan cuaca disana yang agak panas dan berjalan kaki mengelilingi satu kampus. Namun, bukan selalu pengalaman itu diperoleh.


(Bangunan Student affairs)

(Perkongsian pintar UBD-UIAM)

Campus tour berakhir menjelang asar. Kemudian, kami telah mengadakan sharing moment bersama ahli-ahli MYC (muslim youth club) di Muzakarah hall yang terletak di masjid UBD. MYC adalah satu-satunya persatuan yang berbentuk islamik di UBD ini. Mereka menyediakan program2 dakwah antaranya kem ibadah dan mass gathering sesama ahlinya setiap minggu. Apa yang menariknya, setiap minggu akan ada topik-topik yang diperbincangkan dan akan disampaikan oleh ahli MYC sendiri. Ini bertujuan untuk melahirkan ahli MYC yang mahir public speaking dan cakna isu. Ini adalah salah satu platform dakwah yang mereka gerakkan di UBD.


(Welcoming remark yang terpampar di TV plasma library UBD)


(salah satu replika yang menarik perhatian kami)

Pada sebelah malam, kami dijemput untuk makan malam dirumah saudari mukramah, salah seorg ahli rombongan kami. Beliau adalah warganegara Malaysia, tapi PR Brunei sebab mak ayah beliau bekerja di sana.

Aktiviti malam itu diteruskan dengan ber 'shopping'..kami di bawa ke sebuah kedai untuk membeli cenderahati brunei yang boleh dijadikan buah tangan buat keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.

(Student Center UBD, nampak mewah dan cantik)



Thursday, December 8, 2011

Catatan Borneo 2



Malam 24 October 2011, 7.00pm

Dengan selamatnya sampai ke Universiti Brunei Darussalam (UBD). Kami disambut oleh AJK Kolej kediaman mereka. Diberikan kunci bilik untuk chek-in. Bilik asrama di sini agak mewah bagi kami. 1 bilik, 1 pelajar. macam bilik hotel pn ada. Kemudahan asrama yang sangat lengkap. Setiap blok ada 3-4 mesin basuh. Dalam shower, ada paip air sejuk dan air panas. Setiap level, ada pantry yang disediakan peti ais, dapur dan microwave. Setiap level, ada bilik TV yang berhawa dingin. Usai khidmat diri dan solat, kami bergerak untuk dinner bersama pihak UBD. Mereka menyediakn satu majlis resepsi khas untuk menyambut tetamu mereka. Kebetulan, UTM Skudai juga melakukan lawatan dan pembentangn kertas kerja di UBD. Dewan resepsi mereka yang simple, tapi nampak mewah. Alhamdulillah. Saat ini saya banyak belajar tentang islamiknya Brunei ni.


Pertamanya, bila majlis bermula, terdengar suara pengerusi majlis, seorang perempuan. Semua duk tercari-cari mana pengerusinya. Tiada. Beliau duduk di belakng stage barangkali. Hnya suara sahaja kedengaran. It's good!.

(kumpulan hadrah yang memukau hadirin)

kedua, semasa persembahan mereka. Agak islamik persembahan kebudayaan mereka. Persembahan kumpulan hadrah, qasidah dan nasyid yang sangat mengujakan.


(persembahan nasyid yang menarik, bergaya macam nak bersilat)

(Delegasi UIAM bersama Dekan fakulti UBD)


Ketiga, semasa makan. Semua VIP mereka mengambil makanan di tempat yang sama dengan pelajar. Tiada perbezaan jawatan. kelihatan pensyarah mereka sangat mesra dengan pelajar. Ukhuwah mantap. Sangat kagum dengan mereka. Sebelum bersurai, ada sesi photografi bersama VIP mereka yang juga merupakn Dekan2 fakulti. Selepas bergambar, kami sempat berbual mesra dengan VIP mereka. Sangat seronok berbual dengan mereka. Malam pertama di Brunei telah mendedahkan saya dengan nilai-nilai islam yang sangat dipraktikan disini walaupn ramai kawan-kawan yang lain tidak mnyedari perkara ini.

Melihat dengan mata, menilai dengan hati dan akal. Semoga Allah terus membuka pintu hati kita untuk melihat kebesaran dan keindahan agamaNYA dalam segenap ruang hidup ini.


to be continue...