Monday, September 20, 2010

Kisah cinta iman dan hati



Tersebutlah kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI. ..

kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNYA...

Oh iman....jagalah hati..

hati sayang iman...andai iman pergi meninggalkan hati, pasti hati terluka..

imanlah penawar hati...

keranamu iman..

hati mengenal Sang Pencipta yang Maha Pengasih

Yang telah mengurniakan iman pada hati..

Iman, hati perlukanmu, iman..

Ya Allah, Kau peliharalah imanku ini ya Allah

Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati....



Cinta tanpa sempadan

Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi

Saturday, September 18, 2010

kembali memaknakan diri


Bismillahi wal hamdulillah

Salam eid mubarak buat semua. Hampir 2 minggu lebih "berpuasa" dari dunia maya akibat masalah internet connection semasa bercuti raya di rumah baru-baru ini. Menyebabkan beratus-ratus emel dalam inbox yang tidak terbaca, blog yang tidak ter'update' dan beberapa isu yang terlepas pandang.

Alhamdulillah, semalam baru sahaja sampai di kampus. Reset dari mood raya kepada mood study dan gerak kerja persatuan dan sebagainya. Masih berbaki 1 lagi paper pada 23/9 ni..Pathology, the study of disease..huhu

Aidilfitri pada tahun ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya, bezanya tahun ini lebih bersederhana bagi saya. Tanpa baju raya baru dan apa-apa sahaja aksesori raya yang baru. Pagi 1 syawal cukuplah bagi saya dengan mengenakan sepasang jubah dan tudung labuh yang biasa dipakai di kampus. Keadaan tidak mengizinkan untuk membuat persiapan raya berlebih-lebihan.

2 syawal...mendapat berita pemergian seorang sahabat, Nik Hafreez Affiq bin Mohd Ghazali. Rumahnya tidak jauh dari rumah saya, dalam 10 minit perjalanan. Malam itu berkesempatan menziarahi keluarganya dirumah, tatkala jenazahnya masih lagi di hospital, menunggu untuk di bedah siasat pada keesokan hari.

3 syawal...Majlis walimah sahabat saya di Kedah, Mohd Naim Rahim dan pasangannya, Syafiqah asna..barakallah. maaf kerana tidak dapat hadir, Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia menyulam cinta demi mencapai redhaNya.

5- 6 Syawal...jaulah raya bersama sahabat-sahabat selangor dan KL. Tahun ini kami merancang untuk buat jaulah selama 2 hari, 1 malam..alhamdulillah, Allah memudahkan urusan semuanya. Semoga ukhuwwah yang terbina dapat menguatkan lagi hati-hati kita dalam fasa-fasa perjuangan selepas ini.

7 Syawal....sambutan hari raya bersama pimpinan DPP, DMP kawasan Kapar. Alhamdulillah dapat mempertemukan mahasiswa dengan pimpinan kawasan.

9 Syawal....9 am, menaiki bas untuk kembali ke kuantan. Hampir2 tertinggal bas, perkara biasa yang berlaku apabila menaiki bas untuk ke kuantan. Bumi bertuah tempatku menimba ilmu amanah Allah.


Teringat tazkirah terawih yang disampaikan oleh Ust Nasaruddin Mat isa, jika dahulu Rasulullah dan para sahabat bertakbir raya dengan penuh bersemangat atas kemenangan mereka dapat memasuki Kota Makkah (fathul makkah), tapi kita...bertakbir pada 1 syawal atas kemenangan apa yang telah kita lakukan? kalau sekadar kemenangan dalam diri sendiri, ramai yang telah berjaya, tetapi untuk kemenangan ummat, mungkin belum lagi.....

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan diri ini. Taqabbalahhuminna wa minkum...kullu 'am wa antum bikhair.

semoga kalam "la'allakum tattaqun" terus bersemadi dalam diri..

Terus memaknakan diri!!

Wednesday, September 1, 2010

Peluang yang datang...


Wahai teman yang kusayangi,
berpesan aku akan Sabdaan Nabi,
yang mnjadi utusan Allahu rabbi,
Akan Allah telah berjanji
pada tiap yang meyakini,
akan pertemuan Rabbul izzati,
barangsiapa yang melazimi,
beribadah malam kala dinihari,
mencari lailatul qadr x pernah henti,
pasti kau akan dihanjari,
keampunan Tuhan yang meredhai,
serta Ar-rayyan syurgawi khususi,
bangkitlah kau wahai insani,
menghadap dihadapan Ilahi,
mengadu dan menangisi diri,
di 10 terakhir ramadhan kau gagahi,
mnjadi bukti cinta sejati,
pada Tuhan yang kau cintai.

~Let's grab this golden opportunity performing qiamullail or iktikaf at musolla or mosque
~may Allah bless us at the end of this ramadhan, insyAllah