Wednesday, July 10, 2013

Doa buat Mesir


Mesir berdarah lagi..

Disaat umat Islam diseluruh negara sibuk membuat persiapan Ramadhan, rakyat Mesir berjuang bermati-matian mempertahankan kerajaan Dr Mursi yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya yang lepas.

Saat ini, isu Mesir sangat dekat dihati. Mungkin juga kerana faktor adik saya yang sedang belajar di sana dan selalu menyalurkan maklumat-maklumat terkini apa yang terjadi disekeliling mereka.

Allahul musta'an.

Antara mesej yang disampaikan oleh adik kepada keluarga di Malaysia:


"Perintah berkurung sejak akhir bln 6 lg. Sampai sekarang. Mmg tak tahu apa akan jadi kt sini. Takda pemerintah jadinya, semua badan kerajaan mmg tak berfungsi. Jabatan agama pun tak akan tgk anak bulan dan tak ada pengumuman puasa. Pandai2 ijtihad sendiri. Lepas zohor tak boleh keluar rumah. Kes semalam pelajar Mesia dah ada yg kena kelar arab rompak.
Israel Amerika hantar tentera kt sini. Itu yg ada org Mesir kena bunuh. Kalu tak mana ada tentera Mesir sendiri yg sanggup bunuh rakyat. Ini bukan pertembungan poltik sekarang, tp pertembungan Aqidah. Mursi baru je tutup kedutaan Syria kt sini. Lepas dijatuhkan, puak pemberontak buka balik Kedutaan Syria. Pintu sempadan Rafah ditutup. Terowong yg selalu Mesir salurkan bantuan ke Palestin pun tutup jugak. 
 
Allah. Doakan lah khusus untuk Mesir. Kuasa Arab-Islam yang paling Israel-Amerika takut adalah Mesir. Diorg tergugat dgn Ulama Azhar. Sbb tu masih ada yg nak 'membeli' ulama' lagi kt sini.

Sekarang Dr.Mursi tak dengar berita pasal dia langsung. Tak tahu apa jadi dgn dia n keluarganya. Kami kt sini sgt terasa dgn suasana sini. Kt Msia pun dapatkanlah berita yg sahih."
Waallahua'lam.


Jadilah orang yang sentiasa peka akan apa yang terjadi kepada saudara seaqidah kita.
Celikkan mata hati
Cakna isu dunia
Rasai dan selami roh perjuangan mereka
Dapatkan maklumat dari sumber yang benar
Panjatkan doa yang tidak putus-putus.

Allah sebaik-baik pemelihara!

Ramadhan diatas titis air mata nasib ummat
2 Ramadhan 1434H

Wednesday, October 3, 2012

Motivasi buat bakal dan para huffaz




Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji’ dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.


1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang ‘memiliki’ 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : ” Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri…”

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu’. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan ‘mendampingi’ anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di’peras ugut’ oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di’benar’kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.


Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang ‘mencari pasal’ untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda ‘mencari pasal’ yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”

13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).

” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”

Friday, May 11, 2012

Pause..


Mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada aktiviti blogging dan menulis untuk sementara waktu. Demi untuk memberi laluan kepada penulisan thesis projek tahun akhir saya. Mohon doa semua.

Wednesday, April 4, 2012

positive!







Friday, March 2, 2012

Keberkatan rezeki



Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di laman ini atas kesibukan aktiviti seharian. Ahh..seringkali masa menjadi mangsa atas alasan ini. Pagi tadi berkesempatan menghadiri Liqa' Silaturrahim bersama principal Mahallah Talhah, kakitangan sokongan mahallah ofis dan beberapa orang sahabat. Program yang dirancang untuk meraikan dan menyambungkan ukhuwwah bersama makcik-makcik cleaner yang bekerja di Mahallah Talhah.



Selesai agenda menjamu selera, kedengaran seorang makcik membuka ceritanya. Saya yang sedang makan di kerusi belakang hanya memasang telinga. Beliau memperkenalkan diri sebagai Mak Wan, berusia 64 tahun. Sebelum ini beliau bekerja di Radicare selama beberapa tahun. Saya sangat teruja mendengar ceritanya. Beliau bercerita, niat beliau bekerja di Radicare tersebut ternyata ikhlas. Beliau memasang niat di awal hari kerjanya, sebaik sahaja memegang mop untuk membersihkan lantai, "Ya Allah berkatilah rezeki dan pekerjaan ku ini...nak simpan duit untuk pergi haji ni"....begitulah niat yang selalu dipasakkan di hati sebelum beliau memulakan kerja. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, beliau diizinkan menjadi tetamu-NYA di Baitullah pada tahun 2006 hasil usaha menyimpan duit gajinya selama bekerja di Radicare tanpa meminta sedikit pun duit suaminya. Ceritanya lagi, beliau sangat teruja dan merasai ketenangan yang teramat apabila menjejakkan kaki di sana.

Tidak mustahil kan..kerana hasil titik peluh menyimpan duit beserta niat yang betul, insyAllah akan diganjari sebaiknya. Saya yang ketika itu sedang makan, sedikit terkedu mendengar ceritanya. Allahuakbar!

Kali ni, apabila beliau bekerja sebagai cleaner di UIAM kuantan, beliau memasang niat untuk membuat umrah pula..



Tukang cuci, pemandu bas, peniaga pasar malam, tukang rumah dan tukang sapu sampah...pekerjaan yang kelihatannya hina dan jijik di pandangan manusia itu sebenarnya mampu menarik perhatian di sisi malaikat dan mendapat tempat yang tinggi pada pandangan Allah. Dengan syarat, sumbernya halal, niatnya ikhlas.

Jiwa-jiwa yang ikhlas bekerja, dengan pekerjaan yang halal, keberkatan rezeki akan menyinggahi. Teruskan kerja kalian dengan penuh rasa itqan. Ibadah yang seringkali manusia lupa.

Dalam pada itu, saya teringat kepada bonda di kampung. Beliau juga memasang impian untuk ke Baitullah. Namun, masih menunggu giliran dari pihak Tabung haji sekalipun rayuan telah dibuat. Ya Rabb, Permudahkan urusan beliau.

Hakikat sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang sedang menunggu jemputan dan panggilan dari Tuhan. Apabila niat kita betul-betul ikhlas, kadang-kadang kita tidak menyangka Allah akan menjemput kita..doa dan terus berdoa..

Mode tahun akhir pengajian. Mengintai-intai cabaran selepas bergraduasi di dunia sana. Cabaran kerjaya yang bakal mempertemukan dengan pelbagai ragam manusia. Baitul muslim yang menjanjikan hak-hak dan amanah yang berat dan gerakerja amal islami yang tiada kompromi.


Wednesday, February 22, 2012

Hijau itu indah




Monday, February 13, 2012

silence


Kadang-kadang diam adalah jawapan yang paling baik.