Friday, January 6, 2012

Perkongsian Hadith 27


5 Januari 2012

Sebelum keluar untuk ke exam Herbal Medicine petang itu, hati terasa kuat untuk membaca hadith 27. Lantas mencapai buku hadith 40 dari rak buku. Mengambil sedikit masa selepas zohor untuk membaca dan menghadamnya. Semoga ia bisa menjadi penenang jiwa menghadapi peperiksaan dunia sebentar nanti.

Hadith 27 : Perkara kebaikan dan dosa

1) kebaikan itu elok budi pekerti

1) kebaikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada ibu bapa dan banyak juga digunakan untuk sekalian makhluk secara umum. Jadi, yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat suatu yang baik kepada sekalian makhluk.

2) keelokan dalam ertikata melaksanakn segala amal taat sama ada yang zahirnya mahu pun yang batinnya sejajar dan sesuai dengan petunjuk AL Quran iaitu:

1. Taat pada zahir;

Membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji, kesabaran menghadapi segala kesukaran dll

2. Taat pada batin;

keimanan kepada Allah, Rasul, malaikat, kitabNya

"Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut"


2) Dosa itu getaran dalam Islam

Rasulullah bersabda;" Apa yang bergetar dalam diri engkau, dan engkau benci akan dilihat manusia kepada sesuatu yang berdosa itu."
"Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan" - Abu Darda'

3) Mintalah fatwa hati engkau

Bertanya dan mengambil ketetapan sikapnya dalam suatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dalam perkara syubhah. Dosa itu menggoncangkan hati. Jadi, hati adalah pedoman @ pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seseorang.

kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak tenang kepada perkara yang haram.

Menurut riwayat Syarah al-Arbain al-Nawawiyyah bahawa Nadi Adam berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Antaranya:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu makan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat dan fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang2 tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah yang terlarang itu.