Monday, August 8, 2011

Rindu itu anugerah....



kalaulah Baginda bersama kita

yang jauh dan dekat pasti merapati

mengharap kebaikan sebelum terbenam

ingin bersama dengan Kekasih

bersamanya jiwa pasti terubat...

berdoa ke hadrat Allah moga terjawab

cahaya Baginda pastinya tiada suram

ya Tuhan, kabulkan kami bertemu baginda

rohku sebagai perisai buatmu kekasih

Muhammad dimuliakan si asing

bersamanya jiwa pasti terubat

Wahai rahmat sekalian alam.

~Engkaulah insan sempurna~

video

p/s : kredit to Rancangan Laukana bainana, TV al Hijrah.

Rindu itu anugerah. Merindui haramain, sekalipun diri ini tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Merindui bumi anbiya'...agar berpeluang merasai ruh-ruh jihad dan perjuangan para sahabat baginda, Saidina Ja'afar bin Abi Thalib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Ibn Rawahah, pemuda ansar yang disayangi Rasulullah. Memasang impian dan cita-cita untuk menuntut ilmu di bumi siraman darah syuhada' itu. Ya Allah, izinkanlh aku untuk menjadi tetamu-Mu di sana.


9 Ramadhan 1432H
PUSPEN Dengkil
1.33 pm



Monday, August 1, 2011

Madrasah Ramadhan



SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Memulakan coretan hari ini dengan kalimah memuji-muji Allah. Selayaknya pujian hanya untukNya. Melangkah ke 1 Ramadhan dengan ketenangan dan kebahagiaan. Antara khauf dan raja', menjadi tetamu Ramadhan 1432H. Hidup di antara dua perbatasan.


Teringat saat berusrah di kampus pada tahun lepas, seminggu sebelum tibanya ramadhan. Si naqibah bertanya kepada semua ahli usrahnya, apakah azam dan persediaan ramadhan tahun ini? Bermacam-macam jawapan yang keluar dari setiap ahli usrah. Dan saya akan terus mengingatinya sehingga saat ini. Jawapan yang lahir dari hati, hati yang sangat merindukan ketibaan ramadhan. Semoga titisan air mata rindu ini menjadi saksi di hadapan Allah kelak.


Antara persediaannya ialah setup siap-siap lagu-lagu yang berkaitan Ramadhan dalam laptop dan mainkannya ketika kita sedang membuat kerja-kerja di laptop. Lagu-lagu yang membina diri dan minda kita untuk persediaan Ramadhan. Boleh juga setup desktop background komputer kita dengan wallpaper Ramadhan. Mencari mood supaya ia bisa sebati dalam diri.


Seterusnya, beli kain telekung baru, cadar baru dan sepasang baju kurung baru (bagi muslimah). Kemas dan hias bilik kita supaya ia mengikuti “rentak” kehidupan kita semasa bulan Ramadhan. Kain telekung yang baru akan lebih menambahkan semangat kita untuk bersolat tarawih dan ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga dengan baju baru. Baju yang akan dipakai untuk pergi bersolat tarawih di masjid atau surau berdekatan.


Ketika kecil dulu, abah akan mengajak saya menziarahi kubur arwah nenek sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Dan saya tidak suka bau setanggi yang abah bakar untuk mewangikan persekitaran kubur arwah nenek. Semantara abah membaca doa2 dan zikir, saya melilau mata melihat kubur-kubur yang lain. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa orang lain tak datang ziarah kubur seperti pada pagi 1 Syawal? Erm….


Yang paling penting, kita perlu ada persiapan ilmu untuk memasuki bulan Ramadhan supaya ia tidak berlalu dengan sia-sia. Melangkah ke bulan yang penuh barakah perlukan persediaan yang secukupnya. Perbanyakkan bahan bacaan tentang fadilat dan hikmah ramadhan dan ilmu-ilmu yang berkaitannya


ILMU + AMAL + ISTIQAMAH = MUJAHADAH


Saya kira ini adalah persediaan yang sangat praktikal. Saya yakin dan percaya setiap orang punya perancangan, persediaan dan azam masing-masing bagaimana ingin memenuhi dan mencorakkan ramadhan kali ini.


Menambahkan ibadah-ibadah sunnat, banyakkan bacaan Al quran, solat di awal waktu, kurangkan percakapan dan perbuatan yang sia-sia, tadabbur quran, iadah, lewatkan makan sahur, segerakan berbuka dan lain-lain.


Hidup adalah seni membuat pilihan dan keputusan. Manusia diamanahkan oleh Allah untuk mentadbir dirinya dalam lingkungan takdir Allah.


Memilih untuk mencari keuntungan berlipat kali ganda di bazaar ramadhan atau keuntungan akhirat yang tidak terhingga. Tidak salah jika hendak berniaga, memilih untuk mengikuti Sunnah NAbi dalam pencarian rezeki, asalkan sumbernya halal dan perniagaannya diberkati. Menunaikan solat dan menutup aurat dengan sempurna.


Rancangan televisyen yang ada kalanya kurang membina ‘mood’ Ramadhan sangat-sangat merisaukan saya untuk membenarkan anak-anak saudara saya menontonnya. Kanak-kanak sekecil 2-6 tahun memerlukan rancangan TV dan hiburan yang dapat membina hati dan perilaku mereka. Erm, think to ponder after this.


Selamat menjadi tetamu istimewa Ramadhan dengan amal ibadah yang istimewa juga!

“Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu dan bukan hamba Ramadhan.”

Mohon maaf atas segala khilaf diri hina ini.


Ramadhan Kareem. Menghampiri zohor 1 Ramdhan 1432H