Saturday, January 22, 2011

Bercintalah dgn mukjizat teragung itu



Eh, tak pergi kelas tasmik ke?”

“Hm..tak.. tak cukup modal”

Saya terpana, mudahnya jawapan tersebut. Tak apalah, saya tak komen apa-apa tetapi cuma mengingatkan beliau bahawa ini sudah kali kedua beliau tidak hadir ke kelas tahfiz. Kemudian, saya ke bilik seorang sahabat, dan sekali lagi saya hairan melihat seorang lagi sahabat yang sepatutnya menghadiri kelas tasmik turut berada di situ.

“Eh, tak pergi kelas tasmik jugak ke?”

“Alah..malaslah..rasa malas sangat, mesej dah ustaz..”

Tak sampai 5 minit kejutan kedua saya terima. Saya tak komen juga jawapan beliau tapi sebaliknya saya menegur sahabat yang saya ingin bertemu itu,

“Hah, kawan ni malas pergi kelas, tak tegur dia kenapa?”

Sebelum sempat dia menjawab, sahabat tadi menyambung kembali sambil ketawa “Ala, dia pun malas jugak”

“Astaghfirullah..” Komenku dalam hati, “Sabar wahai diri.., husnuzon…mungkin itu bukan alasan sebenar mereka” Saya paksa diri untuk tidak mempersoalkan dan terus berlalu, tapi hati rasa tidak tenang, masih terfikir-fikir..

“Mudahnya tak pergi kelas sebab tak ada modal, yang tu pulak MALAS? MasyaAllah.. sambil malas pergi tu boleh lagi mesej ustaz? Bagusnya...tak tercapai dek akal rasenye..”

Saya kembali teringat kesah-kesah sahabat-sahabat laen yang mengadu ramai huffaz yang mengambil system blok mengambil mudah kehadiran kelas tasmik atas alasan-alasan seperti:

“Ala..rilekla, tak pergi sekali dua je pun bising” Aik, marah ke?

“Takpe, aku tak pergi pun lulus jugaknye” Yelah, pakai lulus gagal je kan, ustaz yang baik last2 luluskan je pelajar tersebut.

Ya Allah..sedihnya hati ini..Sahabat-sahabat yg dikasihi dan insyaAllah juga hamba-hamba pilihanNya sekalian. Saya sedia maklum antum memang orang yang hebat-hebat, (insan terpilih kan), tapi sudilah kiranya antum untuk sama-sama fikirkan kembali..Hakikat bahawa kita kini menjadi hafiz atau hafizah bukanlah satu destinasi, tapi menjadi hafiz atau hafizah ini adalah satu permulaan untuk kita. Baru permulaan ni sahabat-sahabat..kita ni baru memulakan perjalanan. Benar, memang berat tanggungjawab yang kita galas sekarang, ‘tanggungjawab automatik’ yang diterima sebaik sahaja kita mula menghafaz Quran lagi, apatah lagi bila dah bergelar hafiz dan hafizah.

Tapi sahabat-sahabat sekalian, ini sememangnya challenges yang kita nak tak nak mmg kena hadapi. Saya tak nak cakap pasal t/jwb laen. Saya cuma nak sampaikan kt sini pasal komitmen kita pada Quran dan kelas tahfiz. Apakah tanggapan antum pada kelas tahfiz? Hanya kelas biasa yang tak membawa makna kah? Hah? Bukan? Tapi sedar tak sedar, sikap antum telah memberi maksud yang sebegitu.

Sahabat-sahabat, saya pun bukanlah perfect, ada juga masanya saya pun tidak cukup modal, ada juga masanya saya pun rasa malas, saya bukan malaikat atau seorang perfectionist yg langsung tidak punya masalah atau halangan. Tapi sahabat-sahabat, kita jangan sekali-kali lupa, tanggungjawab kita yg paling UTAMA untuk Quran kita selain mengajarkannya adalah ‘MENJAGANYA’. Maka, bagaimanakah tahap penjagaan antum terhadap Quran antum?

Eh, Jangan rase ‘down’ sahabat-sahabat, antum hamba pilihan Allah, maka sudah semestinya antum tidak terlepas dari mendapat ujian dariNya. Perasaan malas, kesibukan yang menghalang kita dari mencari modal, exam yang mengganggu focus kita pada hafazan dan macam-macam lagilah.. ini smua ujian sahabat-sahabat..

Kita mungkin ada masalah juga hinggakan hati rasa serabut, tidak tenang, dan akhirnya kita membuat keputusan malas lah gi kelas tasmik. Tapi sahabat-sahabat yang disayangi, itu bukanlah keputusan yang bijak bagi seorang hafiz atau hafizah yang awalnya menyatakan kesanggupan untuk bermujahadah untuk Quran..

Sahabat-sahabatku, segala-gala di dunia ini sebenarnya remeh dan kecil. Nikmatnya kecil, Siksaannya juga kecil. Cuba go through balik juz 30, boleh hayati betapa jauh bezanya, keciknya dunia ini kalau nak dibandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan hakiki hati kita padaNya. Kalau kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti hati kita akan tenang dengan hal urusan dunia. Lalainya kita membiarkan diri kita ‘melayan’ hal dunia itu azab.. tanda kita diperhamba oleh dunia. Bukankah hadir ke kelas Tahfiz, mengaji Quran, mentadabbur ayat-ayatNya, mendapat redha ustaz kelas tasmik yang senang dengan kesungguhan kita itu lebih baik? Mungkin dalam kita bermasalah, bila hadir ke kelas Tahfiz, dapat redha Ustaz dan redha Allah, masyaAllah, satu bonus besar utk kita.

Maka, fikirkan, adakah apabila kita lari dari menghadiri kelas tahfiz itu adalah keputusan yang bijak? Ya Allah, sahabat-sahabat sekalian, bersyukurlah padaNya kerana DIA memilih kita sebagai hamba yang menerima banyak kelebihan kerana menghafaz Al-Quran.

“Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya ,” Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran?” Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, “ Aku menjadi saksi terhadap mereka”. ( Hadith Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan nasa’I ).

Kita mungkin rasa sangat susah nak maintain hafazan kita. Tapi jangan ‘down’ sahabat-sahabat, bagi yg ex-DQ atau maahad Tahfiz laen, imbas kembali kesusahan kita menghafaz Al-Quran dulu, ingat kembali rahmat Allah yang membantu kita mengingati ayat-ayatNya, ingat kembali nikmat gembira yang kita rasa bila berjaya menghabiskan 30 juz atau beberapa juz dari Quran. Subhanallah..

Maka, kenapakah sekarang kita terlalu beralasan untuk tidak mengulang? Untuk tidak ke kelas tasmik? Bagi yang mendapat ustaz/ustazah tasmik yang begitu toleransi, berpada2lah dengan tindakan kalian. Ini je peluang yang kita ada untuk mengulang (kelas), keluar UIA ada lagi ke? Muhasabah kembali sahabat-sahabat, sibuk mane pun kita, tidakkah ada walau sedikit untuk Quran? MasyaAllah..janganlah kita terlalu disibukkan dengan dunia..

Duka untuk saya nyatakan, bhw salah satu amanah saya dalam PROFAZ adalah untuk memastikan kualiti hafazan pelajar Tahfiz Al-Quran di UIAK sentiasa terjaga selain menjaga kebajikan antum (masyaAllah, beratnya, sy bukanlah org yg selayaknye). Maka sesungguhnya saya di sini ingin merayu sahabat-sahabat sekalian berilah sepenuh komitmen antum pada kelas tahfiz, bantulah saya. Bg yang dah menghafaz sebelum ni, malulah ntum pada adik-adik yang baru menyertai kelas tahfiz yang begitu bersungguh-sungguh menghafaz ayatNya, tapi kita yang dah menghafaz ni boleh ikut mood pulak nak atau tak nak mengulang. Nastaghfirullah..

Sy mohon seribu kemaafan jika ada insan yang terasa, tapi ketahuilah sy tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa, sesungguhnya saya sayangkan antum semua selaku saudara sesama Islam. Sy mahu kita sama-sama berubah ke arah yg lebih baik. Kalau waktu di UIA pun dah tak boleh bagi komitmen yg tinggi, bagaimanakah agaknya komitmen kita bila dah keluar nnt? Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita, hamba-hambaNya yang lemah lagi hina..

Sumber : PROFAZ IIUMK


Buat peringatan bersama, semangat itu terkadang meningkat, terkadang menurun, semoga berterusan mencari kekuatan dalam mengulang alquran.

Bercintalah dgn mukjizat teragung itu..~


Wednesday, January 19, 2011

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.


NONE
















“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.


“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.


“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.


“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.


Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.


Sumber : Malaysiakini.com


Tahniah kerajaan PR Selangor! yang sangat memandang serius isu ini dan telah pun menyediakan alternatif yg praktikal utk rakyat semata-mata ingin menyelamatkan rakyat Selangor daripada berterusan dengan dosa arak ini. Satu contoh yang patut dipuji!!

Friday, January 7, 2011

Al fateh Workshop


Grab this chance to deep our knowledge about Sultan Muhammad Alfateh and improve our leadership skill by attending Alfateh workshop.

Day : Sunday
Date : 9 January 2011
Time : 8-4pm
Venue : MPH Kuliyyah of Medicine, IIUM Kuantan Campus
Speaker : Ust Syaari Ab.Rahman

Come and join us !!

"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya."

~Meneladani kepemimpinan Sultan Muhammad Al-fateh~


* first program for Islamic Care Bureau (ICB) of MRC Talhah 2010/2011. May Allah bless us.

Monday, January 3, 2011

Manfaat syukur


Bismillahi walhamdulillah

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di laman blog ini. Atas alasan apakah? sibuk? oh, pasti sangat sukar untuk saya istiqamah dalam penulisan blog ini. Menjadikan modal untuk bermuhasabah di tahap manakah diri ini.

Pepatah arab berbunyi ; "manusia yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan dapat memberi apa-apa kepada orang lain."

Sekarang sudah memasuki minggu ke-4 untuk semester 2 2010/2011. Kelas dan lab practical sudah berjalan dengan lancar seperti biasa, assingment pun sudah mendapat tajuk yang sepatutnya. Kesibukan kerja-kerja persatuan dan amanah yang dipikul sudah mula terasa. Semester ini merupakan sem yang paling banyak jam kredit, 22.5..smg Allah memudahkan semua urusan ini.

Kata Salafus soleh "sesiapa yang diberikan empat perkara tidak akan terhijab daripada empat perkara lain;

1) Sesiapa yang mendapat sesuatu, lalu dia BERSYUKUR tidak akan terhijab daripada bertambahnya rezeki.

2) Sesiapa yang diberikan HIDAYAH untuk bertaubat, maka ia tidak akan terhijab daripada dikabulkan doa.

3) Sesiapa yang BERISTIKHARAH, tidak akan terhijab daripada memperolehi pilihan yang baik.

4) Sesiapa yang BERBINCANG & BERMUSYAWARAH tidak akan terhijab daripada kebenaran.

Jika Helen Keller yang buta dan pekak itu pun boleh mengatakan:

“Saya mendapati bahawa hidup ini sangat indah.”

Jadi, siapa kita untuk mengeluh tentang hidup kita? hebat sangatkah diri?

Persoalan syukur terkadang kurang dan masih belum disebatikan sepenuhnya dalam diri kita. Bagaimana pula dengan persoalan redha? Mencari hati yang syukur dan redha sangat susah. semudah ikhlaskah? pastinya tidak. Lalu bagaimana? Hatta orang yang kuat beragama juga kadang-kadang mengeluh dan tidak yakin dengan ujian Allah. Persoalan hati dan roh berkait rapat.

Allah pemilik segala hati, maka hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang bersarang di dalam hati manusia.

Ikhlas

Redha

Syukur

thinks to ponder! Mengukur sejauh mana amalan dan penerimaannya disisi Tuhan.



Awwaluddin ma'rifatullah

Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi

29 Muharram 1432H