Monday, June 21, 2010

Siapa Aku??...




SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


Perkenanlah aku mencintai-MU semampuku..

~Menjejak syahid di pinggiran dosa~

Friday, June 11, 2010

Usah bertanya!


Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian,
Aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.


Jalan hidupku adalah Al Quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya.
Para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka, jadilah ia taman yang dikelilingi cahaya.


Sedangkan penghujung jalanku adalah
Apa yang meredhakan Allah dan apa yang diingininya
Keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi,
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka, jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak, alangkah buruknya kewujudanmu….


Lagu oleh : Muhd Husayyan






p/s : lagu ini sangat-sangat menimbulkan rasa rinduku menuju syahid..Ya Allah, perkenankanlah. Semoga haruman kasturi syahid itu semakin menghampiri diri ini..oh, syahida laksana sumayyah~


Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi.


Saturday, June 5, 2010

Save for Palestine!



Alhamdulillah, Himpunan sejuta ummah berjaya dilaksanakan semalam. Himpunan besar-besaran di seluruh negara tanpa mengira ideologi, pegangan politik dan agama bagi mengutuk kezaliman & kekejaman Yahudi Israel ke atas konvoi misi kemanusiaan GAZA.

Ribuan manusia mnyertai himpunan ini, Malaysiakini melaporkan 10 ribu orang, manakala harakahdaily melaporkan 50 ribu orang. hakikatnya, memang ramai! moga jumlah yang ramai ini bukan sekadar berdemo sahaja, tetapi usaha ini perlu diteruskan untuk selamanya seperti dalam isu boikot, infak harta malah andai terpaksa untuk infak diri sendiri pun!

kutukan di seluruh dunia akan hanya 'menyakitkan telinga' mereka (israel) tetapi tidak akan sesekali memberhentikan kezaliman mereka..momentum ini perlu dikekalkan daripada rakyat bawahan hingga ke pimpinan atasan..,Israel perlu diserang dari pelbagai penjuru..

Disini, kita hanya sekadar mampu bermandi peluh, menahan keringat bahang matahari dalam 2-3 jam dalam perhimpunan ni, menahan sakitnya kaki berjalan jauh. Usahlah mengeluh!! andai hendak dibandingkan mereka yg berjuang di palestin, tersangat jauh bezanya. Mereka menggadai nyawa, sanggup bermandi darah, berhadapan dengan hingar-bingar bunyi letupan dan peluru demi mempertahankan tanah suci itu dan jua akidah yang satu.

setiap titis peluh dan darah,
tak akan sirna di telan masa,
segores luka di jalan Allah,
kan menjadi saksi pengorbanan.

Ya Allah, hanya inilah sahaja yang dapat aku persembahkan pd Mu di akhirat nanti sebagai bukti perjuanganku. Moga aku dapat beri yang terbaik lagi selepas ini. Kau terima semua amalanku ini. ameen.





(Ribuan manusia sedang berarak)

(DSAI sedang berucap)


p/s : tertarik dengan ucapan DSAI yang mengatakan supaya diwujudkan pasukan tentera di bawah negara2 OIC..

Thursday, June 3, 2010

Masa itu milik Allah

SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!

Dengan nama Allah yang Maha pencipta segala sesuatu, Maha pemilik masa, Maha pemudah cara..Sekali lagi dengan rahmat kasihnya, masih lagi diberi nikmat ruang dan peluang untuk saya menyelesaikan dua tugasan yang saban hari telah tertunda. Masa itu milik Allah, andai kita pandai mengurusnya, dan Allah izinkan, kita akan ada jua kesempatan untuk menyelesaikan segala kerja-kerja yang terbengkalai. Dalam kesibukan aktiviti seharian, alhamdulillah dapat juga mencelah-celah untuk melaksanakn 2 tugas ini.

Pertama, two thumb's up to me!! sebab berjaya meng'update' blog Nisa' Kapar yang dah lama bersawang tu..huhu. Dengan sebanyak 5 entry telah di'post'kan..kesemua entry tu adalah sebagai laporan untuk semua aktiviti Nisa' Kapar yang telah dijalankan. Saya dan sahabat saya, ain shaharuddin telah ditugaskan untuk mengendalikan blog Nisa' kapar ni,tetapi malangnya akibat kesibukan masa, kadang-kadang terabai sedikit amanah ini. Blog sendiri pun kdg-kdg x ter'update'..huhu..

boleh melawati http://nisakapar.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut


keduanya, semalam saya telah berjaya untuk turun ke sekolah yang sangat2 dirindui. Syukran sahabatku, Farahah yang sudi menemankan demi mnyelesaikan satu misi yang sangat penting.=)

Melawat adik-adik dan cikgu-cikgu sangat seronok rasanya. Alhamdulillah, banyak perubahan yang telah dibuat. kali terakhir melawat sekolah pada tahun lepas, sewaktu adik2 exam SPM. Saya berusaha mencari sisa-sisa saki baki semangat dan roh tarbiah yang pernah saya kecapi 5 tahun yang lepas. Ternyata, bumi karamah itu berjaya mendamaikan hati ini. Lokasi sekolah yang terletak di belakang Masjid Negeri mungkin mnjadi salah satu faktor kedamaian itu. Setiap hari, 5 kali azan dan bacaan al-quran sering berkumandang.

Disinilah juga saya berjaya mengislahkan diri, berusaha mnjadi seorang yang lebih baik dan berguna untuk Islam. Disinilah juga saya mula berjinak-jinak untuk menghafal Al quran..bermula dalam keadaan yg memaksa, akhirnya timbul rasa seronok dan rela. oh,syahdunya, terlalu banyak kenangan disini. Walaupun saya hanya bersekolah disini selama 2 tahun sahaja, namun saya sangat sayang sekolah ini. oh..SAMTTAJ..

(Bangunan asrama puteri)

(seluas mata memandang...)

(Pintu masuk SAMTTAJ)



ARMADA'10


Anak Muda Rai Masyarakat Desa @ ARMADA ‘10
3 JUN-8 JUN 2010
Sg Panjang, Selangor
Yuran sebanyak RM20
Anjuran Persatuan Mahasiswa Selangor ((PERMASIS)

Antara aktiviti menarik:
>Kenduri rakyat< >forum perdana< >program anak angkat<
>jamuan rakyat< >jamuan rakyat< >bengkel solat<
>mari mengaji< >projek pertanian< >program motivasi< >pameran<
>explorace< >merentas desa<

Berminat? Hubungi:
Adilah- 0136323361

Buat julung kali diadakan, jadi jangan lepaskan peluang ini. Mari bersama memeriahkannnya.
“Anak Muda Pencetus Persaudaraan” ^_^

kredit to farahah..=)