Friday, April 30, 2010

Menangislah disini...


SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Setelah hampir sebulan "berpuasa" dari dunia maya, rasa rindu pulak nk menulis dalam blog ni. Saya masih lagi mencari butir-butir mutiara kata yang ingin dicoretkan di laman ini buat peringatan diri dan tatapan para pengunjung blog sekalian.

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu, bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi, berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun, setitis air mata kerana takutkan Allah persis permata, indahnya gemerlapan. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak berdukacita di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. "alangkah sempit kuburku," keluh seorang abid. "alangkah sedikit hartaku", kesal seorang hartawan.


Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus peluh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan, dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni syurga itulah orang2 yang menang." (Al-Hasyr:20)

Tangisan adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa berada dalam dua tangisan. Samada yang membawa untung atau yang merugikan. Sabda Rasulullah SAW. "ada dua titisan yang Allah cintai, pertama, titisan darah para syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah". Rasulullah bersabda lagi, "tangisan para pendosa lebih Allah cintai lebih dari tasbih para wali".

Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawaa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik dari abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak ia akan bertakhkta. Nabi bersabda, "kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama' dunia, hilang dunia, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Rasulullah saw bersabda, " JIka kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.

Seorang hukama' pernah bersyair, "aku hairan dan pelik melihat orang ketawa kerana perkara2 yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang mneyenangkan".

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya. Kita ketawa, walaupun sedar diri masih kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda, "siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke dalam neraka dalam keadaan menangis"

Nauzubillahiminzalik...Ya Allah, Kau peliharalah kami dari siksaan api nerakaMU..

Wednesday, April 7, 2010

Seindah peribadi Ummu Sulaym

Ketika sedang mencari-cari maklumat tentang tokoh muslimah, saya tertarik dengan susuk tubuh yang satu ini. Mungkin beliau tidaklah hendak disamakan dengan Saidatina Khadijah atau Aisyah, namun beliau mempunyai keperibadian yang tersendiri sehingga namanya tersohor sehingga kini.

Namanya Ar-Rumaisa bt Milhan.

Juga dikenali sebagai Ummu Sulaym. Walaupun sebelum kedatangan Islam ke Madinah, Rumaisa sudah dikenali kerana perwatakannya yang baik, kebijaksanaannya, dihiasi pula dengan kecantikannya dan pemikirannya yang luas dan tersendiri. Tidak hairanlah kelebihannya ini mendorong sepupunya, Malik b Nadhir untuk menikahinya dan beliau kemudiannya melahirkan Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang sahabat baginda Rasulullah yang terkenal.

Apabila cahaya Islam mula terbit, orang-orang yang sihat akal & lurus fitrahnya bersegera memeluk Islam. Umm Sulaym termasuk di kalangan orang-orang pertama dari kalangan Ansar yang menerima dakwah ini daripada Mus’ab bin Umair, utusan Rasulullah yang pertama untuk berdakwah ke Madinah. Umm Sulaym juga adalah salah seorang dari 3 wanita yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah II.

Yakin

Halangan besar yang pertama buat dirinya adalah kemarahan suaminya, Malik bin Nadhir. Malik yang baru pulang dari permusafiran amat terkejut dan baran dgn keislaman Umm Sulaym. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak,

“Apakah engkau murtad dari agamamu?!”
Tanpa gugup Umm Sulaym menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”

Lagi-lagi menambahkan kemarahan Malik adalah tindakan Umm Sulaym yang ketika itu juga mengajarkan anaknya, Anas untuk bersyahadah. Anas yang masih kecil itu menurut ucapan ibunya, `Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah.`

“Jangan engkau merosakkan dia!“ tengking Malik.

“Aku sama sekali tidak merosakkan anakku.“ tegas Umm Sulaym. Malik kemudian meninggalkannya dan diceritakan telah dibunuh oleh musuhnya tidak lama selepas itu.

Tidak mungkin seorang perempuan yang ragu-ragu, lemah dan mudah terpengaruh akan mampu untuk berdiri dengan sabar, tenang & yakin seperti Umm Sulaym di hadapan suaminya, insan yang dicintai tetapi enggan menerima seruan dakwah Islam. Keimanan yang bukan ikut-ikutan, tetapi didasari kesedaran & kefahaman.



Bonda mithali

Umm Sulaym kemudian menumpukan sepenuh tenaganya mendidik Anas. Dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi, melainkan dipersetujui oleh Anas. Umm Sulaym menyerahkan Anas kepada Rasulullah saw untuk berkhidmat kpd baginda setiap masa. Beliau juga mengajar Anas supaya menjaga segala rahsia baginda, walaupun terhadap diri Umm Sulaym sendiri. Hasilnya, jadilah Anas bin Malik r.a seorang sahabat Rasulullah yang begitu arif dalam ilmu-ilmu islam dan sangat banyak meriwayat hadith. Apabila Anas pulang, beliau pasti menanyakan Anas apa yang dipelajarinya dari Rasulullah hari itu. Umm Sulaym…. pastilah dia bukan calang-calang ibu.

Mahar Termahal

Berita tentang Umm Sulaym yang keseorangan telah sampai ke pengetahuan Abu Talhah, seorang bangsawan kacak & hartawan, menjadi kegilaan wanita-wanita Madinah. Selain merupakan seorang yang mahir dengan kuda & pemanah yang handal, dia juga berasal dari suku yang sama dengan Umm Sulaym, Banu Najjar. Abu Talhah ingin meminang & dia begitu yakin Umm Sulaym tidak akan menolaknya.

“Lelaki sepertimu, Abu Talhah… tidak mudah untuk ditolak. Tetapi aku tidak akan berkahwin denganmu kerana engkau tidak beriman.”

Menyangka Umm Sulaym menolaknya kerana sudah menemui seseorang yang lebih kaya dan berpengaruh dari dirinya, Abu Talhah berkata,

“Apa sebenarnya yang menghalangmu dari menerimaku? Emas & perak?“

“Emas & perak?” kecewa dgn tekaan Abu Talhah, Umm Sulaym bernada sedikit sinis. “Demi Allah, jika engkau memeluk Islam, aku sudi menerimamu sebagai suamiku, tanpa sebarang emas & perak. Maharku hanyalah keislaman dirimu.”

Abu Talhah diam. Dia mengerti maksud ucapan Umm Sulaym. Fikirannya melayang mengenang berhala-berhalanya. Peluang dakwah terbuka di depan mata, Umm Sulaym meneruskan bicara,

“Tidakkah engkau perhatikan, berhalamu itu tumbuh dari bumi? Tidakkah merasa sia-sia menyembah bagian pokok, yang engkau ukir sendiri dan selebihnya engkau bakar pula untuk membuat roti? Tinggalkan kepercayaan karut itu dan jika engkau beriman kepada Allah, aku sudi menerimamu sebagai suamiku dan aku tidak mahu apa-apapun pemberian melainkan keislamanmu.”

Abu Talhah meninggalkan rumah Umm Sulaym dan berfikir sedalam-dalamnya kata-kata wanita itu. Dia tahu Umm Sulaym bukan wanita yang sengaja suka bermain merayu kemewahan. Dia kembali dengan wajah yang cerah sekali.

“Aku berada di atas apa yang engkau yakini. Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah!” Pernikahan mereka berlangsung dan Anas begitu senang hati. Muslimin Madinah lantas berkata, “Kami tidak pernah dengar mahar yang lebih mahal & berharga dari Umm Sulaym, kerana dia telah menjadikan Islam maharnya.“

Sungguh keimanan Umm Sulaym tidak dapat ditawar-menawar. Dia bukan seorang wanita yang cinta dunia & meminta kemewahan dari lelaki yang mendekatinya. Padahal ketika itu ia seorang ibu tunggal dan tidak punya apa-apa. Rupanya keteguhannya itulah yang menjadi perantara hidayah bagi Abu Talhah.



Sayap dakwah seorang suami

Cabaran tidak habis di situ. Ketika Abu Talhah memeluk Islam, pastilah Umm Sulaym yang lebih faham tentang Ad-Deen. Abu Talhah seorang Muallaf. Dengan keteguhan iman yang dimiliki, dia membimbing suaminya, hingga Abu Talhah menjadi seorang yang begitu taat kepada Rasulullah, salah seorang yang terlibat dalam Bai’ah Aqabah II, dermawan yang menafkahkan hartanya untuk dakwah dan menyertai kesemua peperangan besar Islam. Mampukah menjadi seperti Umm Sulaym? Isteri yang meniupkan ruh jihad dan menyuburkan iman suaminya. You don’t meet such woman everyday!

Isteri Mithali

Satu lagi kisah yang terkenal tentang Umm Sulaym……..

Suatu ketika Abu Talhah keluar berperang dan ketika itu anak mereka Abu Umair yang sakit meninggal dunia. Umm Sulaym berpesan kepada anggota keluarganya, “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Talhah hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya.”

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim menyeka air matanya, kemudian dengan semangat menyambut suaminya. Apabila ditanya keadaan Abu Umair, dia menjawab seperti biasa, “Dia dalam keadaan tenang.” .Abu Thalhah menyangka bahwa anaknya sudah sihat, sehingga dia bergembira. Dia tidak mahu mendekat karena khuatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Umm Sulaym bersolek lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami isteri. Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya,

“Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil semula pinjaman tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?”

Abu Thalhah menjawab, “Tentu saja tidak boleh.”

Ummu Sulaym berkata, “Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah dan Allah telah mengambilnya kembali, maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu.”

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya. Esoknya beliau pergi menghadap Rasullah saw dan menceritakan semuanya. Rasulullah saw memuji Umm Sulaym dgn bersabda, “Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua.” Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah oleh Rasulullah. Seorang sahabat berkata, “Aku melihat Abdullah memiliki 7 orang anak yang kesemuanya hafiz Quran.”

Lihat bagaimana Ummu Sulaim melaksanakan kewajibannya terlebih dahulu, mengawal perasaannya dengan melayani suaminya di hari pertama pulang perang. Umm Sulaym yang romantik dan tenang. Tidak mungkin perilaku-perilaku terpuji itu dilakukan oleh perempuan-perempuan yang kurang “mengenal” Rabbnya! Sungguh dia boleh bersabar, memahami kepenatan suaminya, tidak langsung menceritakan hal-hal buruk yang terjadi di rumah sebaik suaminya pulang “kerja”.

Berani

Umm Sulaym juga tidak kalah darihal keberaniannya. Dia ikut serta dalam perang Uhud, mengubat tentera yang luka di medan, menyisipkan pisau di celahan bajunya dan turut mempertahankan Nabi di saat-saat nyawa baginda terancam. Begitu juga ketika perang Ahzab, walaupun ketika itu Umm Sulaym sedang sarat mengandung, dia siap dengan pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan sesiapa yang lari dari medan jihad. Begitulah, Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah saw. Baginda sering menziarahi rumah keluarga itu, kadangkala solat & tidur di sana.

Ah….. Rumaisa. Seandainya aku dan muslimah lain bisa meneladanimu, betapa rumahtangga kami adalah syurga! Wanita yang faham sungguh peranannya sebagai da’ie, isteri dan ibu. Dari rahim wanita seperti itulah lahir benih-benih peradaban. Umm Sulaym perempuan yang hanif dan menghanifkan, teguh dan meneguhkan, cerdas dan mencerdaskan. Da’ie yang berfikiran tajam & berkeyakinan, kekasih yang istimewa, ibu mithali malah pejuang yang berani. Bukan calang-calang perempuan. Seorang sahabiyah Rasulullah yang akrab dan cemerlang dalam sirah.

Selamat buatmu Rumaisa. Semoga masih ada Umm Sulaym-Umm Sulaym hari ini. Moga kita menjadi salah satunya….. Ameen.



01:09 am
Talhah 6,
Indera Mahkota, Kuantan

Saturday, April 3, 2010

Uniknya manusia

Betapa agung dan indahnya ciptaan Allah dengan menjadikan kita manusia yang mempunyai berbagai-bagai sifat, perasaan dan sikap yang tersendiri bagi membezakan di antara lelaki dan perempuan. Raikanlah perbezaan sikap ini supaya kita lebih memahami dan menghargai nikmat Allah dan hikmah di sebaliknya.

cerita 1 :

Siang tadi berpeluang bertukar-tukar pendapat bersama seorang sahabat tentang perihal masalah sahabat-sahabat. Tiba-tiba beliau berkata, "muslimat ni lagi berahsia sangat. Masalah muslimin nak sangat tahu, tapi bila muslimin nak tahu masalah muslimat, tak nak cerita pulak..katanya muslimin xperlu tahu masalah muslimat"..huhu. terkedu juga saya dengar. Beliau menambah lagi, sebenarnya muslimin ni bukanlah suka nak berahsia sangat macam muslimat, tapi disebabkan satu benda, tak jadi nak bercerita dengan muslimat. Lantas saya bertanya, apa benda tu?...jawapannya, gossip muslimat la...huhu.. sekali lagi terkedu..

aduhai..muslimat2 sekalian..


Namun, saya tidak menyalahkan muslimin atau muslimat dalam hal ini. Tengah duk bersembang2 tu, saya tersedar satu perkara..noted! saya perasan inilah hikmah perbezaan sifat antara lelaki dan perempuan dalam kes perbincgn kami ni.

Perempuan beria-ria hendak tahu masalah lelaki, ini menunjukkan kaum hawa ni bersikap amik berat, prihatin dan penyayang. Manalah tahu mereka boleh membantu menyelesaikannya. Namun demikian, perempuan ni susah sikit hendak berkongsi cerita dengan lelaki kerana mereka mengaggap dan tahu yang lelaki ni kurang prihatin dan penyayang. Jadi, bagi mereka baik xperlu bercerita, kalu bagitahu lelaki pun, bukannya mereka boleh tolong untuk selesaikan.

Seperti yang Allah telah menjelaskan dalam Al Quran, Surah Al Hujurat :13



Mungkin pendapat ini tidak boleh digunakan untuk semua perkara. Bergantung kepada keadaan masalah yang dihadapi. Mari kita lihat perbezaan sikap antara lelaki dan perempuan yang sempat saya cari :

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(
P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.


(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.

(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.

(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan
.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara

(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel
.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat

(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.

(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.

(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.

(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran
.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya

(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf

(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran

(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan

(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga

(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara,
penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat.


Kesimpulannya, meraikanlah perbezaan sikap diantara lelaki dan perempuan, kelak kita akan tahu apa hikmahnya. Bagi memastikan kelangsungan kita bkerjasama dalam melakukan apa jua perkara. Bagi mengelakkan perbalahan, masalah hati, dan yang paling penting, bagi melancarkan gerak kerja kita dalam urusan menegakkan agama Allah dan memastikan kemenangan Islam tidak tertangguh hanya kerana masalah interaksi dengan kaum berlainan gender ini.

Akan membuatkan kita lebih memahami insan-insan di sekeliling kita, sahabat-sahabat, adik-beradik, jiran tetangga, classmate, roomate, housemate, saudara mara dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dalam hidup kita.

Seterusnya membuatkan kita lebih menghargai dan mengakui hakikat kebesaran ciptaan Allah yang tiada tandingan ini.

Boleh baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus" untuk lebih mendalami ilmu ini..=)

~Perbezaan itu adalah Rahmat~

Friday, April 2, 2010

Tiada lagi kata..

SubhanaAllah...Alhamdulillah..Allahuakbar.....

Saat jari-jemari ini menulis kalam, bersama ini juga hati kecil ini menuturkan kalimah suci. Berusaha untuk menghayati maknanya sedalam mungkin. Agar hati yang gersang ini mampu menerima percikan iman. Tiada lagi kata yang terucap melainkan pujian buatMU..

Diizinkan Allah, diri ini berjaya menghabiskan peperiksaan akhir bagi tahun kedua pada pagi tadi. Subjek Parasitology & Entomology sangat2 mencabar kekuatan ingatan saya yang sangat terbatas ini untuk menjawabnya dengan baik. Semoga dipermudahkan segalanya. Saat ini adalah fasa untuk bertawakkal dan berdoa. Msih ada lagi masa untuk berdoa sbelum keputusan diumumkan. Dan masa berdoa ini tidak akan habis sampai bila-bila. Kecuali jika manusia itu memang sudah penat dan malas untuk meneruskan doanya. Pray, pray dan keep praying!!

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah. Diuji sebagai tanda sayangNYA"..

Memang benar! tiada lagi kata yang terucap...terkedu + gembira + sedih dan sebagainya. Di saat rakan-rakan yang lain riang gembira dengan nikmat "merdeka" yang sementara ini, hati saya masih lagi berteka-teki..melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan hati yang tenang tanpa sedikit rasa risau walaupun soalan tadi agak susah..bak kata seorang sahabat "hati tenang sangat smpai tak risau nk exam, wlpn banyak lagi tak study ni..huhu"
"Supaya gelisah ini bernilai ibadah"....

Seolah-olah saya ada permasalahan konflik diri yang kronik nampaknya..oh, tidak!!

Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan pada hati ini, kerana masih banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Andai tidak, maka akan matilah hati ini dan meranalah diri..

Berhadapan dengan masalah-masalah dan beberapa perkara yang tidak mampu dilafazkan dan diluahkan membuatkan saya hanya berdiam diri dan menyendiri. Menyendiri kerana ingin mencari kekuatan yang msih berbaki.

Berhadapan juga dengan mereka-mereka yang memandang enteng sesetengah perkara amatlah menyakitkan. lagi parah, apabila mereka ada sikap prejudis yang tersendiri terhadap kita (siapakah kita?..org2 yg senasib dgn saya). Kerana apa?....kerana..

Tidak mampu untuk saya menjelaskan segalanya!!

that's the point..

bersabarlah duhai hati...

"jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus org dan jika di antara kamu ada seribu orang (yg sabar) nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah" (Al-anfal:66)


Berjiwa besarlah dalam menghadapi semuanya. Andai manusia berprasangka dan mencemuh dirimu, ketahuilah Allah dan semua makhluk di langit memandang tinggi usahamu...insyAllah

Semoga saya dan kalian semua tidak menjadi fitnah kepada ISLAM dan jalan dakwah yang tercinta ini.


cerita kedua.....

My final exam is overed!..now, the best time for me to focus on :

- Al Quran
- Thaqafah
- anak negeri
- keluarga
- isu semasa
- Tarbiyyah
- dakwah
- Penulisan
- Softskill (skill ape?...ah, apa2 jela..)
- hati dan perasaan
- perancangan masa depan

Wamakaru wamakarullah..Waallahu khairul maakirin...kita merancang, tapi Allah lah sbaik-baik perancang!!


Tiada lagi kata...
pengemis cinta Ilahi,

perindu syahid abadi