Wednesday, March 24, 2010

Berjuang!!

Baru lepas 2 papers pada siang hari tadi. Hampir nk demam rasanya..menahan kesejukan air-cond yang teramat dlm exam hall. mana taknya, first day exam dengan 2 paper sekali di exam hall yang sama. Masih ada 4 lagi exam yang berbaki termasuk tahfiz, syafawi..huhu

Teruskan berjuang sehingga ke titisan dakwat yang terakhir..

Monday, March 22, 2010

Hati seorang naqibah

Subhanaallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

Alhamdulillah..dapat juga saya membuat usrah untuk adik-adik tersayang. Rasa rindu apabila sudah hampir 2 minggu tidak berkesempatan untuk berusrah.

Usrah kami hanya bermula pada pukul 11.40 pm dan berakhir pada jam 1.57 am...tak pernah lagi buat usrah macam ni. Alhamdulillah, semuanya mampu bersabar dan fokus sehingga ke akhir, dan saya sangat yakin mereka ini adalah jiwa-jiwa yang telah ditarbiyah dan mampu untuk melaksanakannya..masing2 mampu untuk bertahan dengan gurau senda dan gelak tawa yang dapat menceriakan suasana walaupun sudah larut malam. walaupun pada hakikatnya, saya sangat letih kerana baru sahaja habis program. Namun, digagahi jua diri demi melaksanakn amanah Allah dan meraikan adik2 kesayanganku ini.

Kali ini saya sangat terkesan dengan usrah ini, mungkin juga pada topik dan isu-isu yang kami perbincangkan, yang rata-ratanya kami semua mampu bermuhasabah dan masing-masing mengakuinya. Bersyukur pada Allah, kerana masih lagi diberikan hati yang mampu tersedar dari kesilapan.

Dan usrah kali ini berjaya menguji tadhiyyah dan pengorbanan mereka untuk ditarbiyyah wlpun tempat usrah itu jauh dari blok asrama mereka dan habis pula hmpir pkul 2 pagi..tahniah adik-adikku!

Sebagai naqibah pun, inilah medan terbaik buat saya dan anak usrah untuk:

mencari buah iman

tempat melepaskan tension

tempat berkongsi rasa

tempat menambah ilmu

tempat brainstorm idea

tempat laksana program

temapat mendapatkan rahmat ALLAH

tempat berlatih berkasih sayang


tempat naqib melatih menundukkan ego

tempat naqib belajar ilmu sosiologi

tempat ilmu persahabatan dipraktikkan

tempat belajar ilmu psikologi dan komunikasi


yaa..saya sangat mengakuinya..dan sangat sayang akan usrah ini. walaupun kdg2 saya tidak mampu untuk menzahirkan semua perasaan ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

ketahuilah adik-adikku,

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang usang hampir roboh, maka akanku jelajahi seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah." - Imam As-Syahid Hassan al-Banna.

Moga kalian termasuk dalam golongan JIWA MUDA yang IKHLAS dalam membina kembali bangunan usang itu, insya-Allah

Yang paling seronok, di akhir usrah, adik usrah saya dengan senang hatinya memberi pinjam buku yang baru dibelinya...sayalah orang pertama yang akan membacanya. Syukran aisyah sebab bg pinjam buku ni..(^-^)...Walaupun tidak dapat berkunjung ke KLIBF, ada jgk org yg sudi bg pinjam buku kn..hehe.


Salam sayang buat adik-adikku..
~Naimah, Solehah, Farhan, Mardhiah, Sabati, Nadhirah, Fauziah dan Aisyah~

Saturday, March 20, 2010

Jadilah insan cemerlang

Hidup ini sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan cemerlang. Cuma kita ni yang selalu terlepas pandang. Hidup ini menemukan kita dengan situasi-situasi yang berbeza. Dari situ kita dapat ilmu berbeza-beza. Kita kena mentafsir, memahami, kemudian mengingati lantas mengamalkan apa yang kita pelajari dari kehidupan.

Bila kita merasa kurang bersemangat, cari, perhatikan lalu kaji kehidupan seseorang yang jauh lebih bermasalah hidupnya dari hidup kita sekarang ini.


Apabila kita melihat betapa susahnya dia menjalani hidup, serta merta akan timbul rasa kesyukuran yang amat mendalam dalam diri kita.

Kita bersyukur kita tak merasai kesusahan yang dirasainya. Dari kesyukuran itu, timbul semangat untuk kita memperbaiki hidup kita sendiri. Kita akan dapat satu dorongan untuk mengubah hidup kita menjadi lebih baik dari tahap sekarang.

Tiap kali kita berdepan cabaran berat, fikir kehidupan orang lain yang jauh lebih cemerlang, lebih senang daripada kehidupan kita. Fikir kekentalan jiwa mereka berdepan kesusahan, kepayahan dan keperitan dalam usaha mencapai kecemerlangan hidup....



Mesti ada sesuatu yang mendorong mereka menjadi kuat mendepani kesusahan tu semua.

Mereka boleh berjaya, mengapa tidak kita?


Soalan tu perlu kita tanya pada diri sendiri.

Thursday, March 11, 2010

Wanita solehah dambaan syurga

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghias bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman.

Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.



WANITA YANG DIKASIH

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

(Ya Allah..Jadikanlah kami wanita solehah dunia & akhirat)

Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah. Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

Ya Allah...seandainya aku tidak mampu menjadi wanita dan isteri yang solehah untuk suamiku, Kau matikanlah aku dalam keadaan aku menjadi anak yang soleh untuk kedua ibubapaku..





Sunday, March 7, 2010

Mengakui kelemahan...

Ada masanya kita mampu bersabar,
ada masanya kita mampu bertahan,
ada masanya kita mampu untuk menghadapinya segalanya...

tetapi...

ada masanya kita tidak mampu bersabar lagi, kerana kesabaran manusia juga ada hadnya,
ada masanya kita tidak mampu bertahan atas segala ujian yang menimpa..
ada masanya kita tidak mampu untuk menghadapinya..

lalu...

bercucuranlah air mata atas segala bebanan yang tidak mampu dipikul sebaiknya...
menitislah air mata kerana kekerdilan dan kelemahan diri ini,
mengakui hakikat hebat dan agungnya Allah, Maha Pencipta sgalanya..

Mujur ada Al Quran yang mampu memujuk kesedihan diri ini...
Namun, kadang-kadang itu pun tidak mampu dijaga sebaiknya..satu kerugian yang sangat besar!

Pesanan seorang sahabat yang memahami dan mengalami nasib yang sama...

Teruskan! Jangan kecil hati! Mereka ramai tidak memahani dan terlalu bermain-main! Kita buat kerja bukan sebab mereka! kuat dan terus kuatkan tekad!
-syukran sahabat...

Akulah seorang jundi yang mahu bekerja dan mati kerananya...
bukan seorang "anak-anak haraki" berjiwa sempit berbataskan label dan dasar pecah dan perintah!

Allahu akbar!!


Thursday, March 4, 2010

So you think it is useless?

An old man lived on a farm with his young granddaughter. Every morning atuk wakes u early sitting at the table reading his quran. His granddaughter wanted to be just like him and tried to imitate him in every way she could.

One day, the granddaughter asked, atuk, I try to read the quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand, I forget as soon as I close the book. What good does reading the quran do? The granddaughter quietly turned after putting a basket of coal in the gunny-sack and replied,”take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water”. The girl did as she was told, but all the water leaked out before she got back to the house..The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent her back to the river with the basket to try again. This time the girl ran faster, but again, the basket was empty before she returned home.



Out of breath, she told her grandfather that it was impossible to carry water in a basket and she went to get a bucket instead. The old man said, “I don’t want a bucket of water, I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” then he went out to watch his granddaughter repeating the task. At this point, the girl knew it was impossible, but she wanted to show her grandfather that even if she ran so fast as she could, the water would still leak out before she got back to the house. The girl again dipped the basket into the river and ran hard, but when she reached her grandfather, the basket was again empty. Out of breath, she said, ‘see atuk, it’s useless!”

‘so you think it is useless?” the old man said,”look at the basket”. The girl looked at the basket and for the first time she realizes that the basket was different. It has been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and outside!

“That’s what happens when you read the quran…you might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives”.


Read in the name of your lord who created, created man from clot of blood. Read! Your lord is the most bounteous, who has taught the use of the pen, has taught man what he did not know (96:1-5)

Allah has never changed the blessings that he has given to a people until they themselves changed what is in their souls. Allah hears all and knows all (8:53)

DOA BUAT SHBT2 YG KU KASIHI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...sesungguhnya bebanan dan amanah yang diberikan kepada kami ini terlalu berat dan kami hanyalah hambaMu yang diciptakan olehMu yang tidak punya apa-apa keupayaan melainkan dengan keupayaanMu yang Kau berikan kepada kami. Kami merayu dan memohon kepadaMu Ya Baari' Yang Maha Perancang agar Kau berikan perancangan yang baik buat kami melaksanakan kerja-kerja dakwah ini erana sesungguhnya perancanganMu lah yang paling hebat...

Ya Allah Ya Baari', sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur urusan manusia dan mengatur agenda makhlukMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat, tiada tolok bandingnya. Kami sedar, kami hanya seorang hamba yang tidak mampu mengatur urusan dan agenda. agenda kami sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan...

Ya Allah Ya Haadi yang Maha memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidup kami, berilah kami petunjuk apa yang harus kami lakukan bagi mengikuti agendaMu. bantulah kami dengan kekuatanMu Ya Aziz, Ya Qawwiy, Ya Matin agar kami merasa kuat dan bakarlah semangat kami Ya Ba'its agar kami tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat. bantulah kami Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid dengan ilmuMu agar kami mampu melaksanakan sesuatu agendaMu dengan penuh berilmu, berhikmah dan cerdas. bukalah jua bagi kami segala pintu kemudahan dengan sifat Ya FatahMu, bantulah kami dengan sedikit rezekiMu Ya Razaq, kekayaanMu Ya Ghaniy dan sifat memberi kekayaan Ya Mughniy agar kami mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin..

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwa kami ini dari sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang kami jalankan...

Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Affuw Yang Maha Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Penerima Taubat. Kami hambaMu yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan...Berkatilah usaha kami Ya Allah dan kekalkan ukhwah antara kami...temukan kami di SyurgaMu kelak...ameen Ya Rabb...