Friday, March 27, 2009

Saat ini..

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah tiba di penghujung sem 2 08/09 , ini bermakna final exam is just around the corner. Saya melalui sem ni dengan kelas yang banyak, program-program dan jadual yang agak pack. Ingatkan first sem saya di kuantan ni boleh la nak rilex sikit, tapi hakikatnya lain seperti yang di idamkan. Oleh itu, inilah masanya hendak membuktikan our best performance sebagai seorang pelajar untuk memastikan kita telah buat yang terbaik untuk menghadapi exam..

“sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan meletihkan. Orang yang lalai akan berasa hairan melihat daie tersebut menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya “sampai bila kau akan melelahkan dirimu?” jwb daie dengan pasti,”sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan yang abadi ketika di syurga” (Ibnu Qayyim)..

MasyaAllah , sungguh besar rahmat dan nikmatMu ya Allah..tidak diberi kesenangan kepada hambaNya di dunia, tetapi kesenangan yang akan kekal di akhirat nanti. Teringat kata-kata seorang sahabat semasa sesi muhasabah kami, katanya dalam segala kerja yang kita lakukan letakkan matlamat dan wawasan akhirat di situ. Dan ikhlaskn niat untuk buat kerana Allah dan Rasul, walaupun tiada orang mengetahui dan menghargai apa yang kita lakukan. Jangan sedih atau kecewa kerana kita telah meletakkan wawasan akhirat untuk semuanya dan bukan wawasan dunia semata2.

Mulakanlah dengan menjadikan diri kita penawar kepada mereka, penghidup hati-hati yang gersang…banyakkan memberi dari menerima, biarlah orang tidak menghargai kita asalkan kita menghargai orang lain kerana kelak Allah pasti menghargai kita ..(^-^)

Hari-hari yang mendebarkan bagi saya untuk menghabiskan sem ni ialah bila tibanya final exam. Lagi bebrapa hari saja lagi final exam akan menjelang tiba..makin kuatlah degupan jantung dirasakan dan boleh jadi makin sakit kepala ni. Boleh kata setiap sem saya akan menangis bila nak final exam..bukan kerana sedih atau gembira, tapi entahlah..mungkin rasa pasrah dan inilah masa pengharapan dan pergantungan yang terbaik kepada Allah, setelah kita berusaha sedaya upaya. Rasa diri sangat hina dan kerdil di sisiNya. Kadang-kadang rasa nak menangis bila tak faham sesuatu pelajaran tu, kenapa susah sangat saya nak faham ni…tapi bila belajar subjek agama, senang je nak faham dan hafal..ya Allah..petunjukkah ini??...takpelah, abaikan je..kalu fikir lagi hal ni, mesti rasa nak menangis..huhu..

dan hari-hari yang berlalu sejak akhir-akhir ini sangat-sangat menguji kesabaran saya. kadang-kadang rasa nak marah je. bukan dengan orang lain pun, dengan orang yang rapat dengan saya jugak, sahabat sendiri, mujurlah saya ini seorang yang penyabar, tapi tahap kesabaran manusia ada hadnya.huhu. saya tidak akan marah seseorang melainkan dia tidak tahu tentang sesuatu perkara tersebut, tapi bilamana orang tu lebih arif dari saya, tapi perkara yang simple pun tak dapat nak buat, itu memang sangat-sangat menguji saya.

syahida, belajarlah menjadi seorang yang kuat menahan marah dan bersabar lah ye..
(monolog untuk diri sendiri)..hakikatnya, manusia memang tidak sempurna. hatta saya sendiri pun.

Papers are waiting for me…

> 2 April - Management

> 3 April - UNGS 2030

> 7 April -Anatomy

> 9 April -KOS1110 (Computer in science)

> 10 April-Physiology

> 12 April-molecular Biology

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini yang mengenali saya, saya mintak maaf atas salah silap yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Halalkan segala ilmu dan makan minum saya, doakanlah saya berjaya dalam final exam ni dan tenang untuk menghadapi segalanya…insyaAllah..

Allah did not promise that life would be easy for us, but He did promise that He will be by our side, in every step we take, as long as we are in His path, SEEKING and HOPING to gain His Mercy and Love.

Peliharalah hatimu...

Bismillahi wal hamdulillah..

saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang dapat dari sebuah risalah..


Manusia terjerumus ke lembah dosa dan maksiat secara berperingkat. Virus dosa menghakis naluri sedikit demi sedikit. Oleh itu, peliharalah hatimu dari virus2 dosa..


Stage 1 : rasa bersalah dengan dosa

Pertama kali membuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah, mengapa? Jiwa resah kerana diri menentang fitrah manusia yang sememangnya baik.


Stage 2 : Rasa binasa dengan dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dilakukan berulang kali, rasa bersalah akan hilang sedikit demi sedikit. Jka dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan, tetapi tahap kedua ini, tiada lagi air mata. Alah bias tegal biasa.


Stage 3 : Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu racun yang disalut kemanisan dan keindahan. Dari tahap rasa biasa dengan dosa, penyakit hati akan meningkat ke tahap ketiga, rasa seronok dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan dosa.


Stage 4 : jadi pembela kepada dosa.

Tahap ke 4 yang dahsyat dan tenat ini merupakan satu usaha yang berjaya dilakukan oleh para syaitan. Di tahap kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi sebagai sesuatu yng indah, seronok dan menguntungkan.




Syeikh Ibn Ata’illah memberikan paduan kepada kiata menersi kata-katanya,"sebahagian daripada tanda maatinya hati iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tdak mnyesal jika terbuat satu perlanggaran dosa”.


Rasulullah bersabda," siapa yang merasa senang dengan amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin” (Riwayat At-tabrani)


Berkata imam al Ghazali : “carilah hatimu pada 3 tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca al quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakn solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah , pinta hati yang baru kerana pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati”





Sunday, March 15, 2009

...air mata

Semalam, dalam perjalanan balik dari walimah seorang kawan, tersentuh hatiku tatkala menerima msg kata2 daripada seorang adik dan juga kenalan dari Kipsas..

"Lebih indah dari senandung serunai yang merdu,
di kegelapan malam terdengar bacaan quran,

alangkah bahagianya kerana Tuhan mendengarnya,
suara yang merdu membangkitkan keharuan,
dan air mata pun bercucuran....

pipinya sujud menyentuh tanah,
bergelimang debu,

sedangkan hatinya penuh cinta Ilahi..
ia berkata..Tuhanku, Tuhanku..
ibadah padaMu meringankan deritaku..
"
~ Rabiatul Adawiyah~




Monolog ku..."Ya Allah, jadikanlah daku ini seperti Rabiatul Adawiyah,yang mana setiap saatdan detik cintanya hanya padaMu..kau jauhkanlah cinta dunia yang mendalam dihatiku ini..ya Allah, jadiknlah air mata yang mengalir di pipiku ini adalah air mata yang paling berharga dan dapat membantu mengurangkan panasnya api nerakaMu.."

Sunday, March 8, 2009

Business?..

Alhamdulillah..selawat dan salam untuk rasul junjungan, Muhammad SAW dan para sahabat baginda. hari ni diriku masih lagi bernyawa, dapat lagi merasai nikmat2 Ilahi yang tidak terhitung banyaknya. Ya Allah, hembusan nafas dan kerlipan mataku ini adakah aku dapat membalasnya?sungguh dhaif hambaMu ini. tidak ada apa yang dapat ku balas melainkan dengan beribadah, mentaati dan menuruti segala ajaranMu ..InsyAllah..

Bersyukur sekali lagi kerana saya telah pun hampir menyiapkan assignment management saya semasa cuti ni. setelah lama tertangguh sebab tidak berkesempatan untuk balik rumah dan interview manager2 tersebut.

sekadar perkongsian, kami dikehendaki menemuramah 2 orang manager dari syarikat yang ada title 'Sdn Bhd'..jadi, pagi tadi saya telah pun menemuramah seorang daripada mereka yang merupakan kenalan emak saya. banyak cerita yang dikongsikan bersama. saya yang selama ni tidak pernah pun terbuka hati dan fikiran dlm bidang business ni ,tiba2 rasa berminat pulak lepas tu. insyAllah, andai ada rezki lps belajar ni memasang niat untuk ada business, kalu share dgn kwn2 pun xpe.=) walaupn saya tidak memiliki background business, akaun,ekonomi @ apa2 yang berkaitan dengan bidang ni, tapi tak salah mncuba kn?(^-^) .lagipun bukan ke berniaga tu sunnah nabi kita? bila lg kita nak amalkn?

Dan apa yang saya terkesan dengan kata2 beliau ialah sekarang ni kurang @ xde pun buku2 yang menceritakan tentang ekonomi islam dan sejarah kegemilangn ekonomi islam itu sendri. contohnya semasa zaman Rasulullah berniaga ke syam dan pada zaman saidina Abu Bakar. bagaimana mereka semua ni menjalankan urusniaga sehingga perniagaan mereka boleh berkembang maju. mesti ada teknik dan formula2 business yang kita boleh praktikkan dan menjadi sumber rujukan usahawan melayu islam sekarang kini. disebabkan kita kekurangan sumber yng sebegitu la mnyebabkan kita terpaksa mengambil teori dan konsep dari barat.

antara lain yang beliau sentuh ialah berkaitan nasib orang melayu dalm perniagaan, mereka ni dilihat sebagai orang yang kurang bersungguh2 dan bekerja keras dalam berniaga jika nak dibandingkan dengan orang cina. ini kerna orang cina mengaggap kerjya berniaga sebagai first class, tapi mind-set orang melayu mengaggapnya sebagai second class, sampaikn mereka rasa bekerja sebagai kerani di pejabat adalah lebih baik daripada peniaga pisang goreng di tepi jalan. tapi, hakikatnya peniaga goreng pisang itulah lebih baik sebbnya dia dah membuat salah satu daripada sunnah nabi iaitu berniaga hasil titik peluh sendiri dan lebih mulia kerana dia mungkin terhindar daripada rasuah, riba' dan segala macam penyakit dalam ekonomi kita sekarang.. itu pada pendapat saya.. hakikatnya, Allah lebih mengetahui kebenaran dan kemuliaan seseorang hamba..Waallahua'lam.

lepas habis sessi interview, kami tertukar2 pendangan tentang ekonomi, politik dan grkan islam sekarng ni. beliau menasihatkn, ikhlaskn niat semasa belajar hanya kerana Allah untuk belajar ilmuNya, sebab bila niat belajar hanya untuk exam, lepas habis belajar insyAllah ilmu tu kita akan lupa. huhu.nipun berdasarkn pengalamn peribadi beliau jugak. sedikit tentang gerakn islam kampus, nasihatnya kita kenalah berani tanggung risiko dan jgn terlalu takut. Aktiflah semasa di kamps sebb pengalamn tulah yang akan membantu kita berjuang di medan sebenar nanti. orang yang telah ditarbiah semasa di kampus tidak sama dengan mereka yng ditarbiah di luar. walauapapun, niat paling penting dan istiqamah kita di jalan dakwah ni.



insyAllah Acik yan, lepas habis belajar ni syahida akan pulang menabur bakti di cawangan kita yang tersayang..(^-^)..

Sunday, March 1, 2009

Islam Bus Campaign

Chicago - Dakwah boleh dilakukan dengan berbagai cara yang syarie, salah satunya dengan memasang iklan di dinding bus yang bergerak di sekeliling kota. Hasilnya ternyata lebih dari yang diharapkan, banyak orang yang menyatakan diri ingin masuk Islam setelah melihat iklan tersebut. Adalah organisasi Muslim yang berbasis di Chicago,

Gain Peace yang memasang iklan-iklan tersebut. Mereka mengeluarkan biaya sebesar 29.900 dollar untuk memasang iklan layanan masyarakat di 25 bus CTA (Chicago Transit Authority) yang melayani jalur di sepanjang North Side.



iklan-iklan itu sebenarnya bagian dari kempen mereka dalam upaya meluruskan pandangan-pandangan yang salah tentang Islam di kalangan masyarakat Barat.

Kerana dipasang dibadan bus yang ukurannya cukup besar, iklan-iklan dengan mudah terlihat oleh masyarakat Chicago. Salah satu warga Chicago yang tertarik dengan iklan itu adalah Moses Robinson, 38, yang bekerja di sebuah perusahaan software.

Saat jam istirehat, ia keluar kantor dan melihat salah satu bis yang melintas di Canal Street dengan iklan Gain Peace di badan bus tersebut.

"Semua informasinya ada dalam satu tempat," kata Robinson yang langsung mencatat nomor telepon Gain Peace yang tertera di iklan tersebut. Ia lalu menelefon Gain Peace dan setelah bertemu dengan orang-orang Gain Peace, Robinson menyatakan dirinya ingin masuk Islam di hari berikutnya.

Tentu saja, banyak juga orang yang tidak mempedulikan iklan tersebut. Mereka yang tahu, sebagian mengatakan iklan semacam itu tidak layak ditempelkan di badan bus. Tapi pengelola CTA mengatakan iklan Gain Peace tidak bermasalah, karena banyak iklan-iklan kempen bertemakan keagamaan yang juga dipasang di bus-bus CTA lainnya.

Pihak Gain Peace mengatakan, kempen mereka dengan memasang iklan-iklan layanan informasi di bus-bus CTA cukup sukses. "Kami menerima delapan orang yang menyatakan ingin masuk Islam, menjawab sekitar 400 telefon yang masuk dan hit laman kami naik hingga 75.000 dalam satu minggu," kata Sabeel Ahmad, direktur Gain Peace.

Kerana sukses, Gain Peace memperpanjang pemasangan iklannya di bus-bus CTA untuk enam minggu kedepan.

Jika dengan bus boleh kita lakukan sebagai alternatif, apatah lagi dengan komik sebagai alternatif kepada remaja Islam

ohh...Tuhan..


Alhamduillah, hari ni masih lagi bernyawa. berpeluang lagi mmenghirup udra segar di pagi hari hari dan mash lagi diberi nikmat iman dan islam buat diri ini. sesungguhya Ya Allah, rahmat n nikmat MU sangatlah banyak dan tak terhitung nilainya. masakan aku dapat membalasnya walaupun dengan dunia dan isinya..

Astaghfirulah...lama sungguh saya tak update blog..lebih kurang 2 minggu tak menulis dalam blog ni. kesuntukan masa sebab exam midtem yang tak habis lagi dan sibuk dengan program...(ye ke ni?) alasan je sebenarnya..huhu. dalam masa 2 minggu, apa yang dah berlaku..

> dapat result midsem untuk subjek molec, physio dan anat..
> menguruskan paperwork untuk gathering profaz malam ni
> bayar yuran untuk sem ni.
> presentation MGT
> jadi committee registeration untuk Baitul Muslim Course MRC
> Cari bahan untuk term paper physio
> siapkan assignment KOS1110
> Online registeration for next sem
> meting...meting..dan meting...
> study...study..dan study....huhu


ada lagi sebenarnya..tapi malas plak nak tulis, dah tak ingat la..

sebenarnya sedikit sedih minggu lepas sebab reslt midsem yng tak berapa membanggakan..
tapi..mujur subjek molec pass..

Coming exam >> UNGS2030 Islamic World View rabu ni..

khamis ptg ni InsyAllah saya akan balik rumah setelah sekian lama tak balik..hehe..(macam lama sangat je..) kali terakhir saya balik kg sewaktu cuti raya cina, dan tulah kali pertama saya balik untuk sem ni.rindu la pulak kat orang2 kt rumah tu..=) Sabtu lepas, Abah pun dah tanya, bila cuti nak balik rumah?..kadang2 rasa tak sampai hati nak cakap yg saya tak boleh balik rumah sebab banyak kerja. dan memang pun tiap2 hujung minggu ada je program, tak pn class..huhu
maaf la abah ye..tapi mujur la mak dan abah saya seorang yang memahami kesibukan anaknya ni..samada kesibukan belajar @ kerja2 islam..akhirnya, abah pun pesan.."takpelah, belajar rajin2, biar jadi orang pandai.."..nasihat yng kadang2 membuatkn saya menangis hiba bila baca msg abah.

Bila dok kuantan ni kenalah belajr berdikari, kena pandai bawa diri dan tak boleh la selalu balik rumah..rumah jauh, bukannya dekat..duit untuk tambang bas pun xde..huhu.
sebenarnya nilah kali pertama saya belajar luar dari selangor. mujur kt kuantan je..dalam 4 jam perjalanan. dibuatnya belajar kat kelantan@sabah@sarawak ke..menangis tak berlagu la nampaknya..

tak sama masa kat matrik pj dlu..dua minggu sekali msti balik rumah. kalu malas nak naik bus,suruh je abang datang jemput..hehe.(macam anak manja la pulak..)..tp, hakikatnya, bukanlah anak manja pn..sebab rasanya adik bongsu saya lagi manja, sume nak blh je dapat..

Dan sebenarnya perlu juga balik, ziarah mak ayah kita. mana tahu lepas ni tak sempat jumpa mereka lagi. Tapi, bagi saya, bila balik rumah, saya boleh dapat semula semangat dan kekuatan bila tengok muka mak abah saya. kadang2 tu bila dah lama tak balik, rasa macam lemah semacam je..sedih pun ada.huhu.

hakikatnya, kita sangat memerlukan mak ayah kita..walau apa pun kedudukan kita..
sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita sewaktu kecil dan hargailah pengorbnan dan susah payah mereka sehingga kita boleh berada pada tahap ini sekarang.

SAYANG MAK & ABAH...(^_^)