Wednesday, February 18, 2009

..kadang-kadang...



Bismillahi wal Hamdulillah...

Baru sahaja lepas exam midtem untuk minggu ni. 'killer-paper' anatomy dan physio sangat2 menyakitkan otak saya ..huhu..boleh mengundang penyakit lama ni nampaknya,migrain..huhu.dah la terkejut dengan soalnnya yang minus marking, sampai tak tahu macamne nk jawab..huhu.next paper 4mac-ungas..emm, lame lagi..=)
lepas ni, banyak kerja2 society yang menanti akibat telah ditangguhkan sebentar sebab memberi laluan pada exam.

kadang-kadang dalam hidup kita ni banyak yang perlu dikorbankan atau kita sendiri yang terkorban. dan sebenarnya semua perkara yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. hanya hati yang diberi hidayah oleh sahaja dapat memahami makna yang tersirat.

Mafhum daripada 'ayat favourite' saya, surah Al Baqarah ayat 216.."perkara yang kita suka itu tak semestinya baik bagi kita dan perkara yang kita tak suka itu kadang2 baik bagi kita.."
related to my situation, dalam satu2 organisasi actually saya paling tak suka sekiranya dilantik sebagai setiausaha..sebab ape?..

saya ni kadang2 kurang sistematik sangat bila buat kerja,tak suka bab tulis2 ni..tapi, nak dijadikan cerita..sekarang ni saya dah jadi s/u untuk 3 perkara, pertama, s/u ntuk kelab dan jugak s/u untuk dua program..huhu.

takpelah, redha je.mungkin orang lain percaya kita boleh galas tanggungjawab tu dan yakin dengan kemampuan kita. tapi diri sendiri..insyAllah..

tapi bagus jugak, at least dapat pengalaman baru dan serba sedikit mengubah cara saya sebelum ni..become more sistematic person and good secretary..hopefully..=)

Friday, February 13, 2009

Menginsafi perjalanan...

Bismillahi wal hamdulillah...

10 Februari (selasa) yang lepas, berkesempatan untuk bermusafir ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional pukul 3.30pm..

kenapa ya pergi sana?...sebab perlu menghadiri interview untuk pinjaman yayasan selangor di uia gombak yang masih tidak selesai lagi. Harapnya lepas ni bolehlah dapat pinjaman tu..ramai sahabat2 saya pelik dan hairan yang teramat, kenapalah saya tiba2 nak gi gombak, waktu hari kuliah pula tu..ada pulak yang ingat saya pergi atas urusan UBM..huhu..

hakikatnya apa yang saya nak ceritakan disini adalah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah dan sebagai orang yang mengetahiu sesuatu berkaitan hukum..semasa menuggu bas di terminal makmur, saya menghabiskan masa di surau terminal sambil baca nota..yelah,hari khamis tu saya ada molecular biology midsem..tapi sempat lagi pegi Gombak..huhu..

sedang khusyuk membaca note, saya ternampak seorang makcik tu amik quran dan letak kat sejadah. Then ,dia pun solat..lepas tu dia pun baca quran..tapi, apa yang saya musykil, kenapa dia letak quran tu kat bawah (lantai)..mungkin dia nak mudahkan dia.lepas solat boleh terus baca.tak payah nak gi berjalan ke rak quran tu..tapi,bukan ke sepatutnya kalamullah itu kita kena letak di tempat yang tinggi sebagai tanda kita menghomati dan meninggikan hukum2 yang termaktub di dlm al quran itu.

disini, saya boleh nilai diri saya..mengaku sebagai seorang daie, tapi masa tu saya rasa macam takde kekuatan nak tegur makcik tu..Ya Allah,betapa lemahnya iman saya,sampaikan saya hanya dapat melihat sahaja al quran tu di letakkan di bawah..kalaulah perkara kecik seperti itu pun saya tak boleh nak tegur, apatah lagi masalah2 sosial dan maksiat2 di luar sana. entah la, mugkin masa tu banyak perkara yang saya fikir..sampaikan saya tak sempat pun nak bagitahu ayah tentang perjalanan saya ke kuala lumpur hari tu...Alhamdulillah, di uia gombak berjumpa dengan sahabat2 yang sama2 ditarbiah serba sedikit memberi sinar dan kekuatan kepada saya, boleh jugak melepaskan rindu pada sahabat2 gombak.=)

kesimpulannya, jangan hanya berani mengaku sebagai seorang daie, tapi amik tak endah tentang sesuatu perkara..lagi satu,kena cari kekuatan dan mohonlah kepada Allah supaya kita sentiasa diberi kekuatan dalaman dan luaran untuk kerja2 dakwak kita..

p/s: sebenarnya saya baru je lepas balik dari operasi "masih ada yang sayang"..under one faith unit, icb mrc uia kuantan sempena hari valentine-14 Feb di Teluk Chempedak dan benteng..=)









Sunday, February 8, 2009

Fatrah exam



Bismillahi wal hamdulillah…

minggu ni sedikit sibuk dengan kehidupan di kampus uia kuantan ni. Sebenarnya bukan minggu ni je sedikit sibuk, malah hari-hari saya disini agak sibuk. Sejak masuk kuantan ni, banyak pula dapat kerja. Tapi takpelah..tarbiah je semua tu. Macam-macam perkara yang perlu diuruskan. Dengan tanggungjawab sebagai pelajar, anak, dan jawatan2 di kampus yang harus dilaksanakan sebaik mungkin. Tanggungjawab pada diri sendiri dan hal-hal peribadi serta keluarga pun perlu ditunaikan juga. Dan yang paling penting sekali tangungjawab pada Allah sebagai hambaNya..yang kadang-kadang sedikit terabai lantaran kesibukan hal-hal dunia yang mnjerat diri ini. Ya ALLAH, Sesngguhnya aku cuba mencari cinta dan redhaMu dalam segala urusanku.. bimbinglah aku dan berilah petunjukMU kepadaku..

Sekarang sedang fatrah midterm untuk sem2 2008/2009..paper-paper yang menantiku..

5Feb – Molecular biology midsem exam..(repeated on 12Feb)

17Feb – Physiology midsem exam

18Feb – Anatomy midsem exam

4Mac- UNGS midsem exam

Minggu ni pula kena bersedia dengan kelas molecular biology atau kami selalu singkatkan jadi ‘molec’, Dr Tariq yang terkenal sebagai seorang yang straight dan ‘unexpectable’ person..huhu..malahan pula, kami semua kena repeat quiz dan midsem yang baru-baru ni gara2 tak puas hati sebab ramai sangat yang fail..huhu..sedih sungguh. Mujur juga Dr Tariq minta nak buat semula quiz dan exam. Kalu tak..satu batch 1st year biomed fail midsem dan quiz molec..nau’zubillah min zalik..

Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni, doakanlah saya untuk sem 1 saya di kuantan ni. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua..

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma”