Friday, December 26, 2008

Kehidupan baruku..



Alhamdulillah..akhirnya, saya dapat menjejakkan kaki ke UIA kampus kuantan untuk menyambung pengajian ijazah saya. masuk hari ni dah nak dekat seminggu lebih duk kat kuantan ni. kelas pun ada yang dah start. keputusan untuk mengambil kos biomedic memang sangat memerlukan saya untuk berfikir pro dan kontra.

Alhamdulillah, berkat istikharah dan doa keluarga dan sabahat-sahabat akhirnya saya pun membulatkan tekad untuk mengambil kos ni..walaupun sebelum ni rasa nak buat Biotech,tapi petunjuk Allah adalah segalanya buat saya dan membuatkan saya lebih tenang membuat keputusan ni. bila difikirkan kembali, saya dapat rasakan ternyata memang ada hikmah yang tersingkap di sebaliknya..Now, i'm student in Bachelor of Biomedical Science (BBioMed)..and i have to spend 4 years in this field to complete my bachelor..oh, satu keputusan yang sangat berat. Ya Allah, Kau mudahkanlah segalanya buatku..sesuatu yg saya tidak pernah pun terfikir sebelum ini..i'm become a scientist ..InsyAllah..

Suasana di sini yang masih baru bagiku memerlukan saya untuk banyak belajar untuk adapt semuanya.dari segi pembelajaran, kelas, kehidupan bersosial, dan yang paling penting sekali untukku fahami adalah waqi' untuk jaringan dakwahku berkembang di bumi Kuantan ni. Alhamdulillah, setakat ni kehidupanku masih terurus dengan baik..untuk hari-hari yang mendatang, semoga ia akan berkekalan hendaknya. Membuat keputusan untuk tidak balik rumah sempena cuti krismas dan ma'al hijrah ni membuatkn saya lebih belajar dan memahami environment kampus ni. syukran atas bantuan sabahat-sahabat yang sudi membantu diri ini.

Teringat kata-kata ustaz ketika belajar di pondok dulu, pelajar baru di sana akan berpantang selama 40hari untuk tidak balik rumah semata-mata perlu menyesuaikan diri dengan suasana tempat belajar dan guru-guru di sana. Alhamdulillah, suasana di kuantan ni membuatkan saya lebih tenang dan selesa unuk belajar berbanding semasa di matrik pj dlu. semoga hari-hariku disini selama 4 tahun yang akn datang akan lebih tenang dan mendapat redha Allah dalam segala apa yang saya lakukan. harapan mak dan abah yang menggunung tinggi saat menghantar ku ke sini untuk melihatku berjaya akan ku tunaikan..InsyaAllah... Doa dari mak dan abah sangat didambakan..Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini..

Monday, December 22, 2008

kenangan di pondok..





Sekalung penghargaan buat sahabatku...


syukran jiddan ana ucapkan buat sahabat kesayangan ana, Nur Syuhadah binti Izwar Arfani atas banner yang telah dibuat khas untuk blog ana ni..cantik tak?wah..nampak bersemangat nk gi berjuang bila tengok banner ni kn..=)apapun,terima kasih banyak kerana telah meluangkn masa seharian untuk create banner ni..nak bt sendiri tak reti,tu yang mintak adah tlg buantkn tu..hehe..dan syuktan jugak sbb sudi lawat sya kt kuantan ni. sempat lagi singgah sini walaupun masa tu tgah on the way nak balik gombak..walaupn jmpa kejap je, tapi saya sagt menghargainya..lain kali lawat la sya lagi ye..=)..sahabt2 gmbak pun bila nak turun kuantan?..k la,setakat ni dlu post untuk hari ni.sebenarnya tagh tunggu kelas physiology kul 2pm ni..sempat lagi snggah lab comp :p
buat adah dan sahabat2..selamat meneruskan perjuangn untuk sem2 kalian..slm jihad,salam juang!!

Saturday, December 20, 2008

Kembara ilmu...

Pengajian pondok 2008~19Nov-4Dis 2008::Madrasah Diniah Bakriah,Pondok Pasir Tumbuh::

Alhamdulillah..inilah kali kedua ana menjejakkan kaki ke Kelantan, kali ini mempunyai tujuan yg amat besar dan mnjadi impian ana..pengajian pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh. Walaupun lebih kurang 2 minggu sahaja berada di sana ,tapi pengalaman yg dapat sngat berharga dan tidak akan dilupakan.

Antara kitab2 yg kami pelajari disana ialah matan jurumiah(nahu), matli’ul badrain(feqah), durus thamin(tauhid), kitab masbuq muafiq. Walaupn nmpak banyak,tapi sebenarnya tidak habis pun kami belajar selama 2 minggu..memang tidak cukup. insyaAllah ana menyimpan anganan untuk belajar pondok slpas menghabiskn pengajian ijazah ana di UIA..smg ianya tidak mnjadi anganan semata-mata.

Terasa diri sangat dhaif bilamana berada di sana. Bnyak perkara2 baru yang ditimba sepanjang berada disana dan memang sangat mementingkan adab dengan guru. Itulah kunci kejayaan seorang pelajar yg mana ana rasa susah nak jumpa suasana macamtu kat tmpat lain.apa2 pun mmg banyak pengajaran yang boleh diambil.

Berkampung selama 2minggu bersama sahabat2 adalah satu kenangan manis dan tak mungkin dilupakan. Smg ianya dapat mengeratkan ukhuwah dgn sahabat2 gombak yang sekarang ni jauh di mata.

sesekali kami diuji disana, kebetulan musim tengkujuh melanda kelantan,dan sepanjang berada disana hujan turun tanpa henti. dan yg peliknya,kami lebih brsemangat pergi kelas dengan meredah hujan lebat dan banjir. mungkin ustaz2 dan ustazah kami pun datang mengajar dengan ikhlas. berkat keikhlasan semua, memudahkn kami menuntut ilmu Allah. dan ianya mengajar ana mnjadi seorang yang redha menerima apa saja ketentuan Allah.
gambar2 tak dapat nak masukkn untuk kali ni..InsyaAllah pada entry berikutnya=)